wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SUHU DAN ORBIT PLANET SAINS TAHUN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan ahli dalam Sistem Suria?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

2.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

3.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

4.

Berapakah bilangan planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

5.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

6.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

7.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

8.

Satelit semula jadi juga dikenali sebagai...

a)

bulan

b)

asteroid

c)

komet

9.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

10.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

11.

Planet __________ merupakan planet yang paling panas dalam Sistem Suria.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Zuhrah

12.

Sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Neptun, adakah Bumi sesuai untuk kehidupan? Mengapa?

a)

Ya, kerana Bumi mempunyai atmosfera.

b)

Ya, kerana Bumi mengandungi air.

c)

Tidak, kerana suhu terlalu panas.

d)

Tidak, kerana suhu terlalu sejuk.

13.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Antara berikut, yang manakah merupakan pusat Sistem Suria?

a)

Bumi

b)

Bulan

c)

Matahari

14.

Antara berikut, yang manakah ialah planet dalam Sistem Suria?

a)

Bulan

b)

Komet

c)

Zuhrah

15.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Objek semula jadi yang beredar mengeliling sesebuah planet dikenali sebagai …………………….

a)

meteoroid

b)

jalur asteroid

c)

satelit semula jadi

16.

Rajah menunjukkan satu objek semula jadi.


Pelanggaran antara asteroid menghasilkan serpihan batu yang belih kecil di ruang angkasa dan dikenali sebagai …………………….

a)

meteor

b)

meteorit

c)

meteoroid

17.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria.


Planet Neptun paling jauh dari Matahari.

Jadi suhunya …………………….

a)

paling tinggi.

b)

paling rendah.

c)

sederhana sahaja.

18.

…………………… ialah lapisan gas-gas yang menyelubungi sesebuah planet.

a)

Ozon

b)

Asteroid

c)

Atmosfera

19.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Planet bergerak mengelilingi Matahari mengikut laluannya yang dikenali sebagai …………………….

a)

trek

b)

orbit

c)

paksi

20.

Rajah menunjukkan sekumpulan murid sedang meneliti orbit Marikh dan orbit Bumi.


Marikh lebih jauh dari Matahari berbanding dengan Bumi.

Jadi laluan Marikh pada orbitnya adalah …………………….

a)

lebih bulat.

b)

lebih pendek.

c)

lebih panjang.