Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KLASIFIKASI PERNIAGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Kos pengeluaran yang rendah

c)

Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Mudah untuk memperoleh pekerja yang mahir

2.

Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

3.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Kos upah yang tinggi

c)

Sukar untuk mengubah strategi perniagaan

d)

Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

4.

Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz besar?

a)

Dapat menguasai pasaran

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Berupaya membuat perubahan dengan cepat

d)

Senang mendapat pekerja yang berpengalaman

5.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

6.

Antara yang berikut, manakah yang digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran kereta

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

7.

Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder?

a)

Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah

b)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

c)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum

d)

Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

8.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong

b)

Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

c)

Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

d)

Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

9.

Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...

a)

antara penduduk luar negara.

b)

antara negara dengan negara.

c)

antara penduduk dalam negara

d)

antara sempadan sesebuah negara

10.

Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

MATRADE

11.

Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Saiz pasaran adalah kecil

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Tidak melibatkan operasi yang besar

d)

Kos yang ditanggung adalah rendah

12.

Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa?

a)

Skala zon

b)

Skala negeri

c)

Skala tempatan

d)

Skala kebangsaan

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Roti Aisyah.


[ Kilang Roti Aisyah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh. Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai]


Kriteria di atas merujuk kepada ...

a)

syer pasaran

b)

bilangan buruh

c)

jumlah modal

d)

jumlah jualan

14.

Pernyataan manakah menerangkan perusahaan kecil kategori pembuatan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Jumlah jualan daripada RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta

b)

Jumlah jualan daripada RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta

c)

Jumlah pekerja daripada 75 orang hingga tidak melebihi 200 orang pekerja

d)

Jumlah pekerja daripada 5 orang hingga tidak melebihi 75 orang pekerja

15.

Rajah di atas menunjukkan taburan lokasi Pasaraya Ku.

Apakah jenis skala perniagaan di atas?

a)

Skala perniagaan tempatan

b)

Skala perniagaan zon

c)

Skala perniagaan kebangsaan

d)

Skala perniagaan global