wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

M46 - Fiqh Islami (Ulangkaji)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu asnaf penerima zakat adalah golongan miskin yang mampu bekerja dan menampung kehidupan seharian tetapi tidak _______________

a)

memiliki pakaian yang cantik

b)

mempunyai rumah yang besar

c)

membeli makanan yang berkhasiat

d)

mencukupi keperluan hariannya

2.

Antara tujuan zakat fitrah diwajibkan adalah untuk __________________.

a)

mensucikan hati dan jiwa manusia

b)

memberitahu bahawa individu itu berkemampuan

c)

membezakan darjat orang yang susah dan senang

d)

membantu pengendalian aktiviti Ramadan di masjid

3.

Perlaksanaan ihram diwajibkan dari batas-batas waktu dan tempat yang dinamakan ____________.

a)

miqat

b)

Arafah

c)

jamrah

d)

gua Hira’

4.

Harta kekayaan adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri. Kita disuruh mengeluarkan zakat agar kita sedar bahawa ____________________.

a)

harta akan sentiasa menyusahkan pemiliknya

b)

harta yang banyak boleh dibawa ke dalam kubur

c)

harta dapat memberi kemewahan yang dibanggakan

d)

setiap harta yang kita miliki adalah pinjaman dari Allah s.w.t.

5.

Pada zaman para sahabat r.a, mereka bertindak tegas terhadap orang-orang yang tidak berzakat. Ini menunjukkan bahawa ________________.

a)

ekonomi waktu dahulu tidak stabil

b)

orang-orang miskin dan fakir tidak perlu bekerja

c)

agama Islam tidak menggalakkan umatnya menjadi kaya

d)

zakat sangat penting untuk memelihara kesejahteraan masyarakat

6.

Orang yang tidak mampu membayar hutangnya berhak menerima zakat jika hutangnya ialah untuk ________________.

a)

menderma kepada fakir miskin

b)

berfoya-foya untuk kemewahan

c)

menganjurkan sambutan hari lahir

d)

menampung keperluan asas kehidupannya

7.

Waktu yang paling baik dan afdal untuk membayar zakat fitrah ialah ___________.

a)

selepas solat Aidilfitri

b)

sebelum solat tarawih 1 Ramadan

c)

selepas solat Subuh sebelum solat Aidilfitri

d)

sebelum solat Jumaat pada setiap hari Jumaat di bulan Ramadan

8.

Ibadah haji dan umrah kanak-kanak yang belum baligh tetap sah, tetapi mereka wajib mengerjakannya sekali lagi setelah mereka _____________.

a)

mencapai usia 21 tahun

b)

mencapai usia aqil baligh

c)

mempunyai keluarga sendiri

d)

selesai belajar dan mula bekerja

9.

Dalam melaksanakan ibadah haji, jemaah harus berwukuf atau berhenti sebentar di Arafah kerana ianya merupakan antara rukun terpenting. Antara hikmah wukuf di Arafah ialah ______________________.

a)

menghilangkan kesabaran manusia kerana cuaca terlalu panas

b)

membuat manusia serik menghadapi kepayahan sewaktu di sana

c)

menyedarkan manusia bahawa hidup di negeri sendiri lebih baik dari bersusah payah di negeri orang

d)

memberi kesedaran kepada jiwa manusia supaya mengingati kehidupan akhirat khususnya di padang mahsyar

10.

Farid mengeluarkan zakat dari wang simpanannya di dalam bank sebanyak 2.5% kerana telah mencukupi ___________.

a)

nisab dan haulnya

b)

kadar simpanannya

c)

keperluan dirinya sendiri

d)

keperluan isteri dan anak-anaknya

11.

Ahmad wajib membayar zakat fitrah untuk anaknya yang baru sahaja lahir pada hari terakhir Ramadan kerana _____________.

a)

mereka keluarga yang kaya

b)

anaknya sempurna dan cukup sifat

c)

anaknya belum mendapat duit Hari Raya

d)

anaknya dilahirkan sebelum matahari terbenam

12.

Asyraf baru pertama kali menemani ibu dan adik perempuannya mengerjakan umrah. Dia bertahallul dan sengaja tidak melakukan sa’i atas alasan penat. Hukum ibadah umrah Asyraf _________________.

a)

sah tetapi dia tetap berdosa

b)

sah dan tidak berdosa kerana alasan penat

c)

tidak sah kerana dia seorang yang muda dan bertenaga

d)

tidak sah kerana dia meninggalkan salah satu dari rukunnya

13.

Setelah Said selesai melakukan semua rukun haji dan umrahnya, dia pun bertahallul iaitu ______________ untuk keluar dari ihramnya.

a)

bergunting rambut atau bercukur

b)

mandi dan membersihkan seluruh badan

c)

merapikan misai, janggut dan memotong kuku

d)

menukar pakaian ihram kepada pakaian biasa

14.

Sewaktu menziarahi kota Madinah ketika melaksanakan ibadah umrah, Amirah dan rombongannya menziarahi makam Rasulullah s.a.w. di dalam Masjid Nabawi. Ketika berziarah, Amirah perlu menjaga adab dan meninggalkan perkara yang dilarang. Antara perkara yang dilarang untuk dilakukan ialah ____________________.

a)

mengucapkan salam kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w

b)

berdoa buat diri sendiri, keluarga dan orang-orang tersayang

c)

menunjukkan rasa kasih kepada Rasulullah s.a.w dengan mengusap kubur dan meraung menangis

d)

membelakangi kiblat dan menuju ke makam Rasulullah dan mengucap salam kepada baginda s.a.w

15.

Zakat harta diwajibkan ke atas individu yang berkemampuan. Antara jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat ialah _____________________.

a)

harta perniagaan

b)

ikan-ikan peliharaan dalam kolam

c)

ternakan ayam dan rumah yang didiami

d)

kereta atau kenderaan yang digunakan