wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

MANAKAH MAKSUD YANG TEPAT BAGI DEFINISI BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

a)

YAKIN DENGAN KEHANCURAN SELURUH ALAM SEMESTA

b)

TAHU BAHAWA DUNIA AKAN HANCUR DAN BINASA

c)

YAKIN DENGAN KEWUJUDAN DAN KEHANCURAN ALAM DAN MANUSIA DIBANGKITKAN SEMULA UNTUK PEMBALASAN

d)

HARI UNTUK KEBANGKITAN SEMULA DAN AMALAN AKAN DIHITUNG

2.

Beriman kepada Hari Akhirat adalah

a)

rukun Islam

b)

rukun solat

c)

rukun iman

d)

rukun nikah

3.

Hukum beriman kepada hari Akhirat ialah

a)

Sunat Muakkad

b)

Fardhu Kifayah

c)

Wajib

d)

Harus

4.

Seseorang yang meninggalkan maksiat kerana beriman kepada hari Akhirat adalah salah satu daripada aspek __________.

a)

Akidah

b)

Akhlak Islamiyah

c)

Ibadat

d)

Muamalat

5.

Ahmad yakin dengan kewujudan hari Akhirat dan beliau menunjukkan semua akhlak berikut kecuali

a)

Bersifat amanah dalam sesuatu pekerjaan.

b)

Bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan.

c)

Sanggup berkorban masa, harta dan jiwa.

d)

Berusaha untuk mendapat pujian orang ramai.

6.

يوم الجمع ialah

a)

Hari Berkekalan

b)

Hari Penyesalan

c)

Hari Ancaman

d)

Hari Perhimpunan

7.

يوم البعث bermaksud

a)

Hari Pemerhatian

b)

Hari Kebangkitan

c)

Hari Keluar

d)

Hari Keputusan

8.

Hari Akhirat dikenali juga dengan nama-nama berikut kecuali

a)

Yaumul Qiyamah

b)

Yaumul Din

c)

Yaumul Dhat

d)

Yaumul Hisab

9.

____________ ialah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

a)

Pahala

b)

Dosa

c)

Bahtera

d)

Wildan

10.

______________ ialah penimbang amalan yang disediakan oleh Allah SWT untuk menimbang amalan baik dan buruk manusia.

a)

Mizan

b)

Hisab

c)

Sirat

d)

Mahsyar

11.

Alam _________ialah alam pemisah antara dunia dengan akhirat.

a)

ukhrawi

b)

barzakh

12.

___________ ialah tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka.

a)

Mahsyar

b)

Hisab

13.

_____________ ialah tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan untuk golongan yang beriman dan beramal soleh.

a)

Al-Jahim

b)

Syurga

14.

Maksud bagi istilah HISAB ialah

a)

Tempat yang disediakan untuk golongan kafir dan orang yang melanggar perintah Allah SWT.

b)

Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang melanggar larangan-Nya.

c)

Perbicaraan terhadap amalan manusia setelah menerima buku catatan amalan masing-masing.

d)

Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

15.

Pilih pernyataan-pernyataan yang mengandungi maksud yang betul.

a)

Mahsyar : Tempat berhimpun semua makhluk setelah dibangkitkan kelak.

b)

Hisab : Perpisahan Roh dari jasad

c)

Mizan : Penimbang amalan baik dan buruk

d)

As-Sirat : Titian yang merentang di atas neraka antara Mahsyar menuju ke syurga.