wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI AKHLAK ISLAMIAH PART 2

Total questions: 16

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hukum beradab terhadap Rasulullah SAW?

a)

WAJIB

b)

HARUS

c)

SUNAT

d)

MAKRUH

2.

Pilih 2 hikmah beradab dengan Rasulullah SAW.

a)

Mendapat syafaat daripada Rasulullah

b)

Disayangi oleh Allah & Rasulullah SAW

c)

Dimurkai Allah

d)

Akidah tidak tepat

3.

Bagaimanakah tingkah laku yang tidak beradab terhadap Rasulullah SAW? (Pilih 2 tingkah laku dibawah)

a)

Bercakap dan buat bising ketika menziarahi maqam Baginda

b)

Tidak hormat para sahabat Baginda

c)

Sentiasa berselawat keatas Baginda

d)

Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW

4.

Apakah 2 contoh adab selepas kita bangun daripada tidur?

a)

Mengemas tempat tidur

b)

Membaca doa bangun tidur

c)

Bangun dan tinggalkan katil tanpa dikemas

d)

Membuka peti sejuk dan terus menjamah makanan

5.

Pilih 3 fadhilat mengamalkan adab-adab sebelum & selepas bangun tidur.

a)

Dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW

b)

Dapat menjaga kesihatan tubuh badan

c)

Melatih diri supaya tidak berdisiplin

d)

Tidak rasa mengantuk & letih ketika belajar

6.

Apakah adab-adab mandi yang patut diamalkan? (Pilih 3 jawapan)

a)

Membaca Basmallah "Bismillahirrahmanirrahim"

b)

Mandi ditempat yang tertutup

c)

Membazirkan air

d)

Tidak menyanyi dan bercakap-cakap

7.

Nyatakan doa masuk tandas dengan betul.

a)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبَائِثِ

 

“ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan.”

b)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي

“Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah), Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku”

c)

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

“Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

8.

Nyatakan bahagian aurat bagi perempuan.

a)

Seluruh tubuh badan kecuali muka & tapak tangan

b)

Dari pusat hingga ke lutut

9.

Apakah akibat tidak mengamalkan adab-adab berpakaian? (Pilih 2 jawapan)

a)

Maruah diri tergadai

b)

Tidak disukai oleh masyarakat

c)

Dapat mendisiplinkan diri

d)

Terhindar daripada berlaku maksiat

10.

Pilih 3 adab sebelum makan & minum.

a)

Pastikan halal & baik

b)

Membaca doa makan

c)

Mencuci tangan

d)

Menyediakan pinggan mangkuk yang kotor dan rosak

11.

Apakah akibat sekiranya kita tidak mengamalkan adab-adab makan & minum? (Pilih 3 jawapan)

a)

Boleh mendatangkan penyakit

b)

Menyebabkan pembaziran

c)

Perbuatan kita tidak disukai oleh masyarakat

d)

Disayangi dan dikasihi oleh Allah dan RasulNya

12.

Diantara berikut, yang manakah adab keluar rumah? (Pilih 2 jawapan)

a)

Pakaian menutup aurat

b)

Membaca doa keluar rumah

c)

Menggunakan kaki ayam untuk bejalan

d)

Meninggalkan rumah tanpa menguncinya

13.

Apakah kelebihan mengamalkan adab ketika masuk & keluar rumah? (Pilih 3 jawapan)

a)

Mendapat pahala

b)

Keselamatan & kebersihan rumah terjaga

c)

Terselamat daripada sebarang gangguan

d)

Rumah yang didiami itu tiada keberkatan

14.

Apakah 3 fadhilat beradab ketika menaiki kenderaan?

a)

Mudah sampai ketempat yang di tuju

b)

Selamat dalam perjalanan

c)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

d)

Dipandang hina oleh masyarakat

15.

Pilih doa menaiki kenderaan yang betul.

a)

 سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

 

“Maha Suci Allah yang telah menundukkan untuk kami (kenderaan) ini, padahal sebelumnya kami tidak mampu untuk menguasainya, dan hanya kepada-Mu lah kamu akan kembali.”

b)

 بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

"Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah."

16.

Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?

a)

12 Rabiulawal tahun gajah

b)

12 Jamadilawal tahun gajah

c)

12 Ramadhan tahun gajah

d)

12 Rabiulakhir tahun gajah