wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji b.melayu tahap 2

Total questions: 40

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan __________________ untuk melintas jalan.

a)

kusut-masai

b)

jejantas

c)

jambatan-jambatan

d)

reroda

2.

Serbuk _________________ kain itu sudah habis digunakan.

a)

mencuci

b)

pencuci

c)

bercuci

d)

dicuci

3.

Tuliskan kata dasar bagi perkataan kesedihan ialah (a)  

4.

Pilih satu ayat yang mempunyai tanda bacaan yang betul.

a)

Tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus.

b)

tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus.

c)

Tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus!

d)

Tali-tali Sape? diperbuat daripada rotan yang diraut halus

5.

Tali sape dipetek menggunakan jari.


Pilih ejaan yang betul bagi perkataan yang bergaris.

a)

dipetak

b)

dipitik

c)

dipetik

d)

dipatik

6.

Tun Perak dan Hang Tuah merupakan peminat hebat pada masa dahulu.


Pilih perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan peminat dalam ayat di atas.

a)

perajurit

b)

penyair

c)

pahlawan

d)

pemimpin

7.

_________________ nikmati kuih-muih yang ibu sediakan di atas meja itu.

a)

Usah

b)

Tolong

c)

Jemput

d)

Minta

8.

Datuk Ahmad Jais dilahirkan pada 28 Mac 1936.


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat penyata di atas?

a)

Siapakah nama beliau?

b)

Mengapakah beliau amat diminati?

c)

Bilakah beliau dilahirkan?

d)

Bilakah beliau meninggal dunia?

9.

Pohon angsana penghias desa,

Gugur bunganya di tengah laman;

Pantun Melayu warisan bangsa,

Sudah wujud zaman-berzaman.


Apakah maksud rangkap pantun di atas?

a)

Pantun merupakan warisan bangsa yang sudah lama wujud.

b)

Pantun perlu dipelihara supaya tidak lenyap di telah masa.

c)

Pantun sangat berharga dan tetap disanjung.

d)

Bahasa pantun indah dan dapat menawan hati orang yang mendengarnya.

10.

________________, Chia! Apa khabar?

a)

Eh

b)

Wah

c)

Hai

d)

Amboi

11.

Lipas mempunyai tiga pasang kaki dan sepasang __________________ yang panjang.

a)

sesiku

b)

kekabu

c)

lelayang

d)

sesungut

12.

Nama penulis buku cerita ialah Nora Harun.


Ayat tanya yang sesuai dengan jawapan di atas ialah..................

a)

Dia ialah Nora Harun?

b)

Siapakah dia?

c)

Nama penulis buku cerita itu?

d)

Buku cerita apa Nora Harun tulis?

13.

"Janganlah kamu ____________________ arahan dan nasihat guru kelas kita," kata Zaki kepada Muthu.

a)

kejari

b)

takuti

c)

ingkari

d)

cemari

14.

Pilih padanan yang BETUL.

a)

puteri - anak plelaki raja

b)

gering - sakit

c)

santap - tidur

d)

beradu - makan

15.

Pengacara majlis itu ____________ tetamu dan ibu bapa___________ selera.

a)

menjemputkan.......... berjamu

b)

menjemput.......... berjamu

c)

jemputkan.......... menjamu

d)

dijemput.......... berjamu

16.

Puan Dalia membubuh beberapa _______________ tomato di atas bihun goreng yang dihidangkannya.

a)

menghiris

b)

hiriskan

c)

hirisan

d)

dihiris

17.

Ahli Rukun Tetangga itu___________ di kawasan kediaman itu dengan membawa cota dan lampu suluh..

a)

dironda

b)

meronda

c)

peronda

d)

perondaan

18.

Puan Jayanti tertarik akan______________ yang halus dan cantik ini.

a)

sulaman

b)

bersulam

c)

menyulam

d)

disulam

19.

Abu amat ___________ penyayi itu sejak dari kecil lagi.

a)

peminat

b)

terminat

c)

berminat

d)

meminati

20.

Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Adam tidak pernah ___________ asa.

a)

terputus

b)

memutuskan

c)

berputus

d)

pemutus

21.

Aqif telah _________ menjadi ketua pasukan bola sepak di sekolahnya.

a)

melantik

b)

terlantik

c)

dilantik

d)

pelantikkan

22.

Kita harus mengambil __________ seimbang untuk menjamin kesihatan yang baik..

a)

pemakanan

b)

termakan

c)

memakan

d)

makanan

23.

Pihak berkuasa telah merampas kesemua barang______________ yang dijual di kedai itu.

a)

meniru

b)

peniruan

c)

tiruan

d)

tiru

24.

Ibu _____________ baju kemeja ayah yang sudah bergosok di belakang pintu.

a)

menggantungkan

b)

digantungkan

c)

tergantung

d)

bergantung

25.

Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak _________________ peluang untuk berenang di lautnya yang biru.

a)

berlepas

b)

pelepas

c)

terlepas

d)

melepaskan

26.

Din dan ayahnya ______ di pondok itu untuk menunggu buah durian gugur.

a)

semalam

b)

bermalam

c)

termalam

d)

memalamkan

27.

Para pengguna boleh _____________ bil elektrik atau bil air menggunakan talian Internet.

a)

jelaskan

b)

dijelaskan

c)

penjelasan

d)

menjelaskan

28.

Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk ______ daging.

a)

diproses

b)

terproses

c)

pemproses

d)

memproses

29.

Kaki Kumaran berdarah kerana_______ serpihan kaca di tepi jalan.

a)

dipijak

b)

terpijak

c)

memijak

d)

pijakkan

30.

Pihak tentera bersekutu telah _______ kubu pihak pengganas di kawasan itu.

a)

bom

b)

dibom

c)

mengebom

d)

pengebom

31.

Bapa Haikal dapat ______ keadaan persekitaran rumah dengan menggunakan alat keselamatan yang canggih..

a)

memantau

b)

dipantau

c)

terpantau

d)

pemantauan

32.

10.Aina memcuba baju kurung yang baru siap _______ oleh ibunya.

a)

menjahit

b)

jahitan

c)

menjahitkan

d)

dijahit

33.

Rina menebuk lubang yang digunting dengan __________ penebuk lubang

a)

sebiji

b)

sehelai

c)

sebatang

d)

sebuah

34.

Mereka menghias penanda buku itu dengan beberapa ___________ labuci.

a)

ekor

b)

biji

c)

buah

d)

batang

35.

Apakah maksud pepatah ' berat mata memandang, berat lagi bahu memikul '

a)

Adat resam tidak boleh dilanggar

b)

Jika melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai mendapat hasilnya

c)

Budi seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat sentiasa

d)

Betapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

36.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran __________ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

37.

"Minuman kotak yang berperisa strawberi itu tidak boleh diminum kerana __________ tamat tarikh luputnya," kata ibu kepada adik.

a)

akan

b)

telah

c)

belum

d)

pernah

38.

Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah _____________________ untuk Zaki melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka tembelang

39.

Ibu menumbuk cili itu sehingga ____________ hanya dengan menggunakan lesung batu.

a)

lumat

b)

pecah

c)

hancur

d)

lembut

40.

Sarah membantu ibunya ______________ bawang putih untuk ditumis ke dalam periuk.

a)

membelah

b)

menghiris

c)

menyiang

d)

mencantas