wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Fauzi dan Sufian berkawan baik. _______ ibarat isi dengan kuku.

a)

Mereka

b)

Beliau

c)

Anda

d)

Kita

2.

Sayur-sayuran yang dibeli oleh ibu di pasar tani itu sangat __________.

a)

kembang

b)

nyaman

c)

sedap

d)

segar

3.

Ibu _________ beberapa biji pisang untuk dibuat jemput-jemput.

a)

menguli

b)

menekan

c)

melenyek

d)

menggentel

4.

Robot ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menjalankan kerja harian melalui __________.

a)

alat pengawalan jauh

b)

alat mengawal jauh

c)

alat kawalan jauh

d)

alat kawal jauh

5.

Tangisan anak kecil Puan Sarina itu ________ kedengaran pada waktu malam.

a)

samar-samar

b)

sayup-sayup

c)

kelam-kelam

d)

balam-balam

6.

"Jemputlah makan ________ yang terhidang di atas meja," kata kakak kepada kawannya.

a)

apa-apa

b)

siapa-siapa

c)

mana-mana

d)

bila-bila

7.

Ibu _______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum.

a)

menatang

b)

menjinjing

c)

membimbit

d)

mengusung

8.

Kerja ini mudah dilaksanakan ______ pandangan sesetengah orang.

a)

daripada

b)

dengan

c)

kepada

d)

pada

9.

Emak menyuap _______ pulut ke mulut adik.

a)

seketul

b)

sebuku

c)

sekepal

d)

sebutir

10.

Puteri Intan Baiduri ditemani oleh dayang-dayang tatkala baginda ________ di kolam raja.

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersantap

d)

bersemanyam

11.

Kereta Kancil Encik Kamal telah dicat ________ warna putih ________ warna merah.

a)

dari .... ke

b)

dari ...... kepada

c)

daipada ..... pada

d)

daripada ..... kepada

12.

Setiap bangsa ada _________ yang perlu dipatuhi.

a)

asal-usul

b)

latar belakang

c)

pantang larang

d)

susur galur

13.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i. Air terjun menjadi keruh selepas hujan turun.

ii. Baju yang dipakai oleh Farah sudah keruh warnanya.

iii. Air mukanya keruh apabila mengetahui abangnya kemalangan.

iv. Keadaan negara itu menjadi keruh akibat perubatan kuasa pemerintah.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Pameran buku di Stadium Negeri dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

a)

Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan buku-buku di pameran buku Stadium Negeri.

b)

Buku-buku pameran di Stadium Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

c)

Buku-buku di Stadium Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

d)

Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan pameran buku di Stadium Negeri.

15.

Pilih ayat yang betul.


i. Kakak tidur ke dalam biliknya.

ii. Alif lebih tinggi daripada abangnya.

iii. Rosnah menerima sepucuk surat dari rakan baiknya.

iv. Amran amat rindu akan ibu dan ayahnya di kampung.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

ii, iii, iv

16.

Pilih ayat yang betul.


i. Encik Talhah dalam perjalanan ke manakah?

ii. Mengapakah kanak-kanak itu meronta-ronta?

iii. Kemalangan itu berlaku bagaimanakah?

iv. Bilakah kamu akan berangkat ke luar negara?

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

ii dan iii

d)

i dan iv