Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 5 : Fasa Bulan dan Buruj

Total questions: 35

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang menyebabkan fasa-fasa Bulan?

a)

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

b)

Putaran Bumi pada paksinya

c)

Putaran Bulan pada paksinya

d)

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi

2.

Rajah menunjukkan beberapa kedudukan Bulan apabila Bulan mengelilingi Bumi. Apakah fasa Bulan apabila kedudukan Bulan di Q?

a)

Anak Bulan

b)

Bulan Sabit

c)

Bulan separa

d)

Bulan Purnama

3.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan turutan fasa Bulan yang betul?

a)
b)
c)
d)
4.

Rajah menunjukkan susunan Bulan , Bumi dan Matahari. Apakah yang ditunjukkan dalam rajah ini?

a)

Bulan menghasilkan cahaya

b)

Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi

c)

Matahari memantulkan cahaya ke Bulan

d)

Bumi memantulkan cahaya matahari ke Bulan

5.

Pernyataan manakah yang tidak benar?

a)

Fasa Bulan berlaku kesan daripada peredaran Bulan mengelilingi Bumi.

b)

Putaran lengkap Bumi pada paksinya ialah selama 24 jam.

c)

Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi

d)

Bumi berputar pada paksinya dari arah Timur ke Barat

6.

Rajah menunjukkan empat fasa Bulan. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan fasa-fasa Bulan dengan betul?

a)

P,Q,R,S

b)

Q,S,P,R

c)

Q,R,P,S

7.

Antara berikut, yang manakah bukan fasa Bulan?

a)

Anak Bulan

b)

Bulan gelap

c)

Bulan Purnama

d)

Bulan Sabit

8.

Apakah nama buruj ini?

a)

Belantik

b)

Pari

c)

Biduk

d)

Skorpio

9.

SEORANG PENGEMBARA SESAT DI TENGAH PADANG PASIR PADA WAKTU MALAM. ANTARA BERIKUT, YANG MANAKAH TIDAK BOLEH MEMBANTU PENGEMBARA MENUJU KE ARAH UTARA.

a)

BURUJ PARI

b)

BURUJ SKORPIO

c)

BURUJ BIDUK

d)

BURUJ BELANTIK

e)

BURUJ SKORPIO

10.

Antara buruj berikut,yang manakah membentuk corak seperti objek dalam rajah 2

a)

Pari

b)

Biduk

c)

Skorpio

d)

Belantik

11.

Pilih pernyataan yang betul bagi buruj ini.

a)

terdiri daripada gugusan sepuluh bintang

b)

membentuk corak layang-layang

c)

muncul di hemisfera selatan

d)

sebahagian daripada buruj yang lebih besar iaitu Ursa Major

12.

Antara berikut, yang manakah kegunaan buruj?

a)

Untuk menilik nasib

b)

Untuk menunjuk arah

c)

Untuk mengenalpasti hari pertama setiap bulan dalam Kalendar Qamari

d)

Untuk menunjukkan masa yang betul untuk memancing

13.

Apakah kepentingan buruj pada petani-petani zaman dahulu?

a)

Menandakan musim hujan

b)

Menandakan musim menanam

c)

Menandakan musim berbuah

d)

Menandakan musim kemarau

14.

Antara berikut, yang manakah membantu pemandu arah mencari arah ke utara?

a)

Bintang-bintang di langit pada watu malam

b)

Kedudukan buruj

c)

Arah tiupan angin

d)

Fasa-fasa bulan

15.

Sebuah tempat di hemisfera utara akan mengadakan suatu pesta.

Jika mereka ingin mengadakan pesta itu pada musim menuai, buruj manakah yang dapat menentukan permulaan pesta itu?

a)

Belantik

b)

Skorpio

c)

Biduk

d)

Pari

16.

Mengapakah Bulan tidak kelihatan pada waktu siang?

a)

Cahaya bulan sangat terang.

b)

Cahaya matahari sangat terang

c)

Bulan dihalang oleh Bumi

d)

Matahari berada di hadapan Bulan

17.

Rajah menunjukkan salah satu fasa Bulan. Bilakah fasa Bulan ini kelihatan?

a)

Pada hari pertama Kalendar Lunar

b)

Pada hari ke-tujuh Kalendar Lunar

c)

Pada hari ke-lima belas kalendar Lunar

d)

Pada hari ke-dua puluh Kalendar Lunar

18.

Pada setiap malam, kita dapat melihat bentuk Bulan yang berbeza-beza. Apakah fasa Bulan pada hari pertama dalam Takwim Qamari?

a)
b)
c)
d)
19.

Rajah menunjukkan kedudukan Bulan yang berbeza semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi. Apakah fasa Bulan yang dapat dilihat apabila Bulan berada di kedudukan X?

a)
b)
c)
d)
20.

Buruj sangat penting pada kelasi dan pelancong pada zaman dahulu. Alat yang manakah menggantikan buruj pada masa kini?

a)

Kompas

b)

Teleskop

c)

Periskop

d)

Prisma

21.

Mengapakah buruj sukar dilihat pada waktu siang?

a)

Lapisan atmosfera bumi pada waktu siang adalah tebal.

b)

Bintang tidak dapat bersinar pada waktu siang

c)

Pada waktu siang, buruj dilindungi bulan

d)

Pada waktu siang, matahari adalah terang

22.

Buruj terdiri daripada sekumpulan.......................

a)

asteroid

b)

bintang

c)

bulan

d)

meteor

23.

Terdapat buruj yang menunjukkan arah utara.

Buruj manakah yang boleh dikelaskan berdasarkan maklumat di atas?

a)

Belantik dan Skorpio

b)

Biduk dan Belantik

c)

Skorpio dan Biduk

d)

Skorpio dan Pari

24.

Pilih buruj yang terkecil.

a)
b)
c)
25.
Buruj ini kelihatan seperti sesuatu yang mempunyai kepala, badan yang panjang, berekor dan bersengat.Buruj ini boleh dilihat dari bulan Jun hingga Ogos.
Apakah buruj ini?
a)
Belantik
b)
Pari
c)
Skorpio
d)
Biduk
26.

Corak apakah yang terbentuk daripada gugusan bintang di atas?

a)

Ular

b)

Gayung

c)

Layang-layang

d)

Kala jengking

27.

Buruj Biduk merupakan sebahagian daripada buruj Ursa Major atau___________

a)

Serigala Besar

b)

Musang Besar

c)

Beruang Besar

28.

BERAPAKAH TEMPOH PEREDARAN BULAN MENGELILINGI BUMI?

a)

365 1/4 HARI

b)

27 1/3 HARI

c)

SATU HARI

29.

Bulan tidak memancarkan cahaya, tetapi bulan ............................... cahaya matahari ke bumi.

a)

memancarkan

b)

memantulkan

c)

memesongkan

30.

Bulan ....................... pada paksinya dan pada masa yang sama .......................... mengelilingi Bumi.

a)

berputar, beredar

b)

beredar, berputar

c)

berpusing, berputar

31.

Bagaimanakah arah peredaran Bulan mengelilingi Bumi?

a)

Arah jarum jam

b)

Arah ikut jam

c)

Arah lawan jam

32.

Apakah maksud Fasa Bulan?

a)

Gugusan bintang yang membentuk corak di langit pada waktu malam.

b)

Bentuk-bentuk bulan yang berbeza yang dapat dilihat dari Bumi pada waktu malam.

c)

Bintang yang membentuk corak seperti pemburu pada waktu malam.

33.

Buruj ini biasanya dapat dilihat di bahagian mana?

a)

Hemisfera selatan

b)

Hemisfera utara

c)

Hemisfera utada dan selatan

34.

Berdasar rajah buruj ini, anak panah yang manakah menunjukkan arah utara?

a)

X

b)

Y

c)

Z

35.

Apakah kegunaan buruj ini ?

a)

Sebagai petunjuk musim menanam.

b)

Sebagai petunjuk musim sejuk.

c)

Sebagai petunjuk musim menuai