WorksheetsRBT Tahun 4
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Berikut ialah peraturan keselamatan diri yang perlu dipatuhi di dalam bengkel RBT. Yang manakah tidak benar?
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai
Masukkan tudung ke dalam apron
Pastikan rambut diikat sebelum masuk ke dalam bengkel
Tidak memakai kasut semasa di dalam bengkel
Manakah antara berikut Bukan peraturan semasa di dalam bengkel RBT.
Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel
Buka semua tingkap dan pintu bengkel sebelum memulakan aktiviti
Letakkan beg di tempat yang disediakan
Biarkan sampah bersepah selepas melakukan aktiviti
Manakah antara berikut tidak tepat berkenaan peraturan keselamatan alatan?
Gunakan alatan yang telah rosak dan yang tidak diselenggara.
Gunakan alatan dengan cara yang betul
Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
Berhati hati semasa menggunakan alatan
Manakah antara berikut tidak tepat berkenaan peraturan keselamatan bahan?
Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada guru
Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat
Simpan bahan yang mudah rosak di tempat yang sesuai
Menggunakan bahan secara berlebihan dan tidak terkawal
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, apa yang perlu murid lakukan?
Biarkan sahaja kemalangan dan kecederaan itu berlaku
Cuba untuk bantu rakan yang tercedera.
Beritahu kepada guru dengan segera
Menyorokkan kemalangan dan kecederaan daripada guru
Tanda keselamatan diatas merujuk kepada
Lantai licin
Bahaya dihadapan
berhati-hati
Lantai tidak rata
Apakah maksud warna biru bagi simbol dan tanda keselamatan.
Informasi umum
Larangan
Wajib dipatuhi
Amaran
Penyelenggaran alatan perlu dilakukan supaya ___________________.
sentiasa dalam keadaan yang baik.
cepat berkarat
mudah digunakan
alatan mencukupi
Reka bentuk bermaksud .......... atau ......... sesuatu produk yang direka.
terang ... gelap
corak ... bentuk
garisan ... warna
bangunan ... kenderaan
Apakah tujuan reka bentuk produk seperti gambar di atas dicipta?
Untuk mencantikkan pemandangan sungai
Untuk manusia melintasi sungai dengan cepat
Untuk melumpuhkan perkhidmatan perahu dan feri
Untuk menunjukkan kecanggihan teknologi pembinaan
Yang manakah antara berikut merupakan reka cipta yang khas untuk kegunaan pemain bola sepak?
Berikut, merupakan kerjaya yang sangat berkaitan dengan reka bentuk produk kecuali ......
Chef
Arkitek
Juruanimasi
Pengawal Peribadi
Yang manakah antara berikut cara mengapresiasi reka bentuk di atas?
Bermain permainan video sepanjang masa
Memuat turun lagu - lagu terbaru secara percuma
Berhubung dengan rakan melalui media sosial pada lewat malam
Menggunakan semua aplikasi yang ada dengan cara berhemah dan betul.
Antara yang berikut, manakah kurang sesuai berkenaan kepentingan reka bentuk?
Mengaut keuntungan yang maksimum
Menjimatkan masa
Memberikan pelbagai pilihan dan cita rasa
Memenuhi keperluan dan kehendak yang berbexza
Pilih reka bentuk yang memudahkan kerja mencuci pakaian?
Berikut merupakan elemen reka bentuk kecuali …..
tekstur
warna
kontras
bentuk
Elemen apakah yang digunakan dalam proses melakar gambar tersebut?
Elemen ruang
Elemen saiz
Elemen bentuk
Elemen garisan
Berikut merupakan kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian KECUALI ..........................
Menjimatkan masa, tenaga dan kos
Komunikasi yang lebih berkesan dan cepat
Memudahkan urusan kerja
Peluang kerjaya yang terhad
Gambar di atas merujuk kepada bidang _________________ 🌟
Teknologi Pertanian
Teknologi Pembuatan
Teknologi Makanan
Teknologi Komunikasi
Apakah proses penghasilan projek yang telah dilakukan oleh Armand?
Proses Lakaran
Proses menghasilkan reka bentuk
Proses menjana idea
Proses pembentangan
Nama alat teknologi ini ialah ______________ .
Pen 3D
Pensel
Pen
Pensel warna
Teknologi merupakan penyelesaian masalah menggunakan pengetahuan ______________ bagi memudahkan urusan seharian manusia.
sejarah
bahasa
sains
muzik
Gambar berikut menunjukkan cara petani membajak sawah pada zaman dahulu. Apakah teknologi moden yang dicipta bagi membantu petani tersebut?
Teknologi telefon pintar
Teknologi kereta api
Teknologi pembungkusan
Teknologi jentera pembajak
(boleh rujuk buku teks halaman 44 sehingga 52)
Susun semula langkah penghasilan projek dibawah dengan urutan yang betul.
1-Menjanakan idea.
2-Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan
3- Melakarkan Reka Bentuk
4-Membentangkan projek
5-Mengira kos bahan
6-Menghasilkan Reka bentuk
1-2-3-4-5-6
1-3-2-5-6-4
6-5-4-3-2-1
1-2-3-6-5-4
Mengapakah kita perlu melukis lakaran sebelum menghasilkan suatu produk ?
Untuk mengetahui harga dan kos bahan produk
untuk memilih reka bentuk dan ukuran produk yang sesuai
mengetahui penggunaan alatan yang betul
Membentangkan produk yang telah dihasilkan
Lesung batu merupakan salah satu contoh teknologi konvensional dalam teknologi peralatan.
Apakah kekurangan alatan ini?
Harganya yang murah
Mudah diperoleh di kedai
Memerlukan penggunaan tenaga yang banyak
Saya kurang pasti
Pembungkusan tradisional lazimnya melibatkan penggunaan .................................................
bahan kitar semula.
bahan tahan lasak.
bahan plastik.
bahan semula jadi berasaskan tumbuhan.
Ciri pembungkusan produk adalah seperti berikut KECUALI...
Mesra alam
Mudah disimpan
Mempunyai maklumat pelabelan
Mudah rosak
Semasa menjana idea untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan, .....
hanya 1 lakaran idea sahaja diperlukan
beberapa lakaran idea diperlukan.
tidak perlu membuat lakaran.
pilih semua jawapan di atas.
Setelah lakaran terbaik dipilih, apakah yang perlu anda lakukan sebelum mengira kos bahan?
menilai lakaran dan membuat penambahbaikan.
mengira kos bahan.
menjanakan idea.
menghasilkan reka bentuk bahan.
Kita hendaklah mengamalkan kesederhanaan dalam berbelanja untuk ..................... .
nampak menarik dan cantik.
mengelakkan menggunakan bahan rakan sekelas.
menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran.
mengikut kehendak sendiri.
Berikut adalah contoh lakaran....
Antara berikut, manakah bukan contoh teknologi pembungkusan?
Berikan erti pembungkusan.
Pembungkusan ialah sejenis makanan.
Pembungkusan ialah sejenis permainan.
Pembungkusan ialah kaedah atau cara penyimpanan sesuatu produk.
Reka bentuk makanan bermaksud penghasilan makanan secara ________________ atau ukiran.
hiasan
kreatif
masakan
pembungkusan
Khai Bahar membuat _____________ untuk reka bentuk makanan yang akan beliau hasilkan.
lukisan
lakaran
gambar
label
Rajah diatas merupakan _______________ untuk menghasilkan kek.
bahan-bahan
kuantiti
harga
kos bahan
Berikut merupakan kepentingan reka bentuk makanan KECUALI .....................................
Mengikut trend semasa
Memperkenalkan budaya pelbagai kaum
Memberikan pilihan yang terhad
Meningkatkan nilai komersial
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat dilihat terutamanya di pasaran. Antara berikut, yang manakah BUKAN tergolong dalam jenis-jenis reka bentuk makanan?
Apakah elemen reka bentuk yang boleh diaplikasikan pada reka bentuk makanan?
I. Rupa
II. Tekstur
III. Warna
IV. Kontras
I, II dan III
I, II dan IV
I,III dan IV
II, III dan IV
