wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Elektrik, Haba, Pengaratan, Sistem Suria & Fasa-fasa Bulan

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Antara litar elektrik berikut, yang manakah menyala paling terang?

a)
b)
c)
2.

Apakah komponen yang diperlukan untuk membina litar elektrik lengkap?

a)

Sel kering. mentol, suis dan wayar penyambung

b)

Mentol dan wayar penyambung

c)

Sel kering dan suis

d)

Suis dan mentol

3.

Mengapa mentol dalam litar tidak menyala?

a)

Kedudukan sel kering tidak betul

b)

Bilangan mentol melebihi bilangan sel kering

c)

Suis tidak dipasang pada litar

d)

Satu mentol di dapati terbakar

4.

Gambar menunjukkan jenis litar ...

a)

Litar selari

b)

Litas pintas

c)

Litar bersiri

d)

Litar sehala

5.

Gambar menunjukkan jenis litar ...

a)

Litar sehala

b)

Litar bersiri

c)

Litar selari

d)

Litar pintas

6.

Namakan alat yang digunakan untuk menyukat suhu.

a)

Stetoskop

b)

Ammeter

c)

Binokular

d)

Termometer

7.

Apakah maksud suhu?

a)

Unit piawai bagi haba

b)

Ukuran darjah kepanasan atau darjah kesejukan suatu bahan

c)

Pemindahan tenaga daripada kawassan panas ke kawasan sejuk

d)

Tenaga yang menjadikan bahan panas

8.

Rajah menunjukkan sebahagian termometer. Berapakah bacaan suhu termometer itu?

a)

90 oC

b)

88 oC

c)

85 oC

d)

84 oC

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan cara yang betul untuk mengambil bacaan termometer?

a)
b)
c)
d)
10.

Bahan akan ............................ apabila kehilangan haba.

a)

mengecil

b)

mengembang

c)

membesar

d)

mengecut

11.

Bahan akan ............................ apabila menerima haba.

a)

mengecut

b)

mengecil

c)

mengembang

d)

membesar

12.

Selepas bebola besi dipanaskan, didapati bebola besi tidak dapat melepasi gelung. Berikan inferens?

a)

Gelung mengecut

b)

Bebola besi mengembang

c)

Gelung mengembang

d)

Bebola besi mengecut

13.

Mengapakah terdapat ruang pada penyambung landasan kereta api?

a)

Membolehkan landasan mengembang ketika suhu persekitaran menurun

b)

Supaya kereta api tidak terbabas

c)

Untuk memastikan landasan dalam keadaan lurus

d)

Membolehkan landasan mengembang ketika suhu meningkat

14.

Mengapakah kabel elektrik dipasang kendur?

a)

Supaya senang untuk disambungkan pada tiang elektrik

b)

Untuk memudahkan pengaliran arus elektrik

c)

Untuk membolehkan wayar mengecut apabila suhu meningkat

d)

Untuk membolehkan wayar mengecut apabila suhu menurun

15.

Antara berikut , objek manakah yang boleh berkarat?

a)

Baju kemeja

b)

Tayar

c)

Paku

d)

Kotak buku

16.

Apakah yang perlu dilakukan pada rantai basikal untuk melancarkan pergerakan basikal?

a)

Sapu dengan cat

b)

Gosok dengan kertas pasir

c)

Sapu dengan gris

d)

Sadur dengan timah

17.

Berikut adalah keburukan pengaratan kecuali....

a)

Menjimatkan kos baik pulih

b)

Menyebabkan kerosakan

c)

Membahayakan kesihatan

d)

Mencacatkan pemandangan

18.

Rajah menunjukkan kaki terpijak paku karat. Mengapa mangsa perlu mendapat rawatan di klinik?

a)

Boleh menyebabkan kancing gigi

b)

Mengurangkan kesakitan

c)

Supaya cepat sembuh

d)

Mengelakkan kencing manis

19.

Rajah menunjukkan penyiasatan mengenai pengaratan. Apakah kegunaan kalsium klorida kontang?

a)

Menyerap udara

b)

Menyerap wap air

c)

Membentuk lapisan pelindung pada klip kertas

d)

Menghasilkan air

20.

Rajah menunjukkan sebilah kapak. Mengapakah kapak berkarat jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama?

a)

Kehadiran air dan udara

b)

Kehadiran air

c)

Kehadiran udara

d)

Kapak dibuat daripada tembaga.

21.

Karat ialah lapisan berwarna perang kemerahan yang tebentuk pada permukaan sesetengah objek.

a)

Benar

b)

Palsu

22.

Objek yang berkarat diperbuat daripada .......

a)

kertas dan plastik

b)

kaca dan logam

c)

besi dan keluli

23.

Berdasarkan pemerhatian di atas, terangkan kesimpulan.

a)

Semua objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat

b)

Semua objek yang ditempatkan di luar rumah akan berkarat

c)

Semua objek yang boleh tenggelam di dalam air akan berkarat

d)

Semua objek yang boleh mengalir elektirk akan berkarat

24.

Nyatakan bilangan planet yang terdapat dalam sistem suria.

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

25.

Nyatakan planet yang paling dekat dengan matahari.

a)

Utarid

b)

Bumi

c)

Musytari

d)

Neptun

26.

Pilih 'BENAR' atau 'SALAH' bagi kenyataan berikut......


'..Semakin jauh jarak sebuah planet dari matahari, semakin banyak masa diperlukan untuk mengelilingi Matahari dalam satu orbit.."

a)

BENAR

b)

SALAH

27.

Putaran bumi menyebabkan

a)

Kejadian waktu siang dan malam

b)

Kejadian salji

28.

Namakan planet yang paling panas dalam sistem suria.

a)

Marikh

b)

Zuhrah

c)

Zuhal

d)

Utarid

29.

Musytari merupakan planet yang paling besar dalam sistem suria.

a)

Betul

b)

Salah

30.
Yang manakah antara berikut bukan ahli Sistem Suria?
a)
Planet
b)
Satelit buatan
c)
Asteroid
d)
Komet
31.

Satu-satunya planet yang mempunyai kehidupan ialah ______________.

a)

Utarid

b)

Zuhrah

c)

Bumi

d)

Musytari

32.

Gambar menunjukkan pusat sistem suria. Apakah nama pusat sistem suria tersebut ?

a)

Bulan

b)

Matahari

c)

komet

d)

Asteroid

33.

Mengapakah planet Utarid mengambil masa paling cepat untuk melengkapkan peredarannya mengelilingi matahari ?

a)

Orbitnya paling kecil

b)

orbitnya paling besar

c)

Orbitnya di tengah

34.

Mengapakah Bulan tidak kelihatan pada waktu siang?

a)

Cahaya bulan sangat terang.

b)

Cahaya matahari sangat terang

c)

Bulan dihalang oleh Bumi

d)

Matahari berada di hadapan Bulan

35.

Apakah yang menyebabkan fasa-fasa Bulan?

a)

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

b)

Putaran Bumi pada paksinya

c)

Putaran Bulan pada paksinya

d)

Peredaran Bulan mengelilingi Bumi

36.

Fasa-fasa Bulan berlaku disebabkan oleh peredaran ....

a)

Bulan mengelilingi Matahari

b)

Bumi mengelilingi Bulan

c)

Bulan mengelilingi Bumi

d)

Matahari mengelilingi Bumi

37.

Antara berikut, yang manakah bukan fasa Bulan?

a)

Anak Bulan

b)

Bulan gelap

c)

Bulan Purnama

d)

Bulan Sabit

38.

Rajah 1 menunjukkan fasa-fasa bulan. Antara yang berikut, bentuk Bulan yang manakah mewakili R?

a)
b)
c)
d)
39.

Mengapakah Bulan kelihatan bercahaya?

a)

Bulan memancarkan cahayanya sendiri.

b)

Bulan memantulkan cahaya dari Bumi.

c)

Bulan memantulkan cahaya dari Matahari.

40.

Anak bulan tidak dapat dilihat pada waktu malam daripada bumi kerana ...................

a)

Bulan tidak menerima cahaya matahari

b)

Bulan tidak memantulkan cahaya matahari

c)

Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari tidak menghadap bumi

d)

matahari berada diantara bulan dengan bumi dalam satu garisan lurus