wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan ulangkaji Bahasa Melayu

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Kamal dan ibu bapanya berada di kedai makan. _______________ makan di sebuah restoran makanan segera.

a)

Kami

b)

Kalian

c)

Dia

d)

Mereka

2.

Di Dewan Seri Alam sedang ________________ persandingan antara Tengku Fatihah dan Syed Ruzaimin.

a)

langsung

b)

berlansung

c)

berlangsungkan

d)

melangsung

3.

. _______________ di sekeliling rumahnya sangat cantik.

a)

Pandangan

b)

Pandanglah

c)

Pemandangan

d)

Pemandanganlah

4.

Ayah sedang menyapu daun-daun yang ___________ akibat hujan lebat semalam.

a)

jatuh

b)

tumbang

c)

gugur

d)

patah

5.

Junaidah menghadiahi ibunya ____________ selendang sempena Hari Ibu.

a)

seutas

b)

sehelai

c)

sebidang

d)

sekeping

6.

Lelaki itu disaman kerana menggunakan telefon bimbit ___________ memandu.

a)

jika

b)

atau

c)

sambil

d)

dan

7.

Penduduk Kampung Melati hidup saling ___________ antara satu sama lain.

a)

tolak-menolak

b)

bertepuk-tampar

c)

salam-bersalaman

d)

tolong-menolong

8.

Beberapa __________ timun diletakkan di atas nasi lemak itu.

a)

hiris

b)

biji

c)

batang

d)

buah

9.

Nama bapa saudaranya __________ Razali.

a)

akan

b)

ialah

c)

sudah

d)

telah

10.

Kamisah dan keluarganya telah ___________ ke Johor.

a)

memindah

b)

berpindah

c)

pindahan

d)

pindahkan

11.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Kedua-dua anaknya berjaya ke universiti."

a)

Kedua-dua anaknya belajar di universiti.

b)

Semua anaknya pergi melawat ke universiti.

c)

Kedua-dua anaknya suka belajar.

d)

Semua anaknya datang dari universiti

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Imran berasal daripada Kelantan.

b)

Saya tinggal di Kampung Pandan.

c)

Puan Rahimah dapat hadiah banyak.

d)

Pak Maidin ditebang sebatang pokok.

13.

Hafizah dan Syikin pergi ke pusat sumber sekolah kerana ………………… ingin meminjam buku cerita.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka