Font size
WorksheetsPSV T2 : ULANGKAJI
Total questions: 70
Worksheet time: 1hrs 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan seni ragam hias?
Mereka cipta sesuatu produk
Proses membuat hiasan atau menghias sesuatu produk atau seni kraf
Membuat pengubahsuaian ke atas sesuatu produk
Proses membentuk idea dan objek
Berikut merupakan komponen bahagian perahu yang dihiasi dengan seni ragam hias kecuali
bangau
kepala
okok
caping
Apakah fungsi ragam hias bagi sebuah pengangkutan tradisional?
I. Mudah bergerak
II. Nilai estetik
III. Menarik perhatian
IV. Tujuan keselamatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah nama seni ragam hias domestik di atas?
Rehal
Kukuran
Acuan Putu
Jebak Puyuh
Apakah yang pailng penting dalam penghasilan wau?
Alat dan bahan yang digunakan
Hiasan motif pada wau
Rupa dan bentuk
Keseimbangan
Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu ?
Untuk keselamatan penumpang
Untuk menunjukkan kemahiran
Untuk menunjukkan identiti bangsa
Untuk nilai estetik dan menarik perhatian
Apakah fungsi ukiran bangau dari aspek kepercayaan pada satu masa dahulu?
Sifat sabar nelayan
Lambang kemurahan rezeki
Simbol kekuatan tenaga nelayan
Simbol semangat dan mencari rezeki
Apakah media yang digunakan dalam lukisan gua di Gua Tambun, Perak?
Kapur
Arang
Krayon
Hematit
Manakah antara media yang berikut sesuai untuk menghasilkan seni lukisan?
I Cat
II Pensel
III Krayon
IV Akrilik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tajuk karya Abdullah Ariff yang bertemakan situasi pro-Jepun?
Hang Tuah (1945)
World's Rubber (1949)
Hidup Berjuang (1946)
The Long Arm Nippon (1942)
Senaraikan dua tokoh terawal catan moden yang berasal dari Pulau Pinang.
I. Abdullah Ariff
II. Dzulkifli Buyong
III. Chuah Thean Teng
IV. Yong Mun Seng
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah tentang tokoh catan Malaysia pada tahun 1950-an. Siapakah tokoh catan tersebut?
"Mempelopori penggunaan teknik membatik dalam karya seni halus"
Zakariah Noor
Tay Hooi Keat
Chuah Then Teng
Syed Ahmad Jamal
Seni Lukisan merupakan salah satu bidang dalam seni halus. Lukisan merupakan suatu teknik menggambar menggunakan media
kering
basah
keras
lembut
Tandakan pada maksud seni lukisan yang betul
Suatu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang menggunakan media kering atau warna yang minimum.
Suatu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang menggunakan media basah atau warna yang minimum.
Kebanyakkan pelukis awal cat air terpengaruh dengan aliran ________________.
Realisme
Kubisme
Impresionisme
Ekspresionisme
Apakah itu cat akrilik?
Cat yang dicampur dengan air
Cat sintetik yang berasaskan air
Cat daripada number alam semula jadi
Cat yang dihasilkan daripada minyak
Antara berikut, yang manakah merupakan pelukis tempatan?
Paul Gaugain
Leonardo da Vinci
Syed Ahmad Jamal
Syurook Amin
Apakah teknik cat air yang menghasilkan kesan lut sinar dan paling sukar dikawal sapuan warnanya.
Basah atas basah
Kering atas kering
Basah atas kering
Kering atas basah
Kebanyakkan pelukis awal cat air terpengaruh dengan aliran ________________.
Realisme
Kubisme
Impresionisme
Ekspresionisme
Cetakan merupakan proses menghasilkan kesan imej pada permukaan perantara melalui terapan _________ atau plat yang disapu dakwat cetak.
blok
kertas
seni
kayu
Sebelum merdeka, kebanyakan karya seni cetakan adalah bertema ___________
alam sekitar
kemasyarakatan
budaya
pembangunan
Berikut merupakan kaedah timbulan atau relief kecuali
Potongan kayu
Kolagraf
Gurisan kayu
Kolaj
Gambar di bawah menunjukkan keratan rentas satu kaedah seni cetakan. Apakah kaedah cetakan tersebut?
Kaedah benaman
Kaedah timbulan
Kaedah planografi
Kaedah sutera saring
Dakwat cetak, Blok kayu dan Penggelek digunakan dalam kaedah _________
Timbulan (Relief)
Benaman (Intaglio)
Saring Sutera (Serigrafi)
Permukaan (Planografi)
Sekuji perlu ada untuk digunakan dalam kaedah ____________
Timbunan (Relief)
Benaman (Intaglio)
Saring Sutera (Serigrafi)
Permukaan (Planografi)
Apakah kelebihan dan keunikan seni cetakan bebanding karya seni halus yang lain?
Bahan dan media cetakan mudah untuk diperolehi
Mudah dipamerkan kerana karya bersifat dua dimensi
Boleh dihasilkan dalam beberapa keping (edisi)
Bahan blok cetakan mudah diperolehi dan dihasilkan
Gambar di atas menunjukkan satu karya seni cetakan yang bertajuk "Romance of Country Life, 1968"
Siapakah pelukis karya tersebut?
Juhari Said
Lee Joo For
Tay Hooi Keat
Ponirin Amin
Manakah antara berikut peninggalan landskap oleh penjajah Inggeris yang masih wujud hingga kini?
Taman Botani, Putrajaya
Taman Botani, Shah Alam
Taman Tasik Taiping, Perak
Taman Tasik Kenyir, Terengganu
Apakah yang dimaksudkan dengan landskap?
Reka bentuk hiasan bangunan
Susun atur di dalam bangunan
Susun atur elemen di luar rumah
Rekaan elemen hiasan di sekitaran
Senaraikan dua fungsi landskap berdasarkan nilai estetik.
I. Menyejukkan iklim
II. Mengawal hakisan tanah
III. Melembutkan persekitaran
IV. Membentuk ruang lebih menarik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut adalah merupakan prinsip-prinsip Reka bentuk landskap kecuali ?
Penegasan
Kepelbagaian
Imbangan
Harmoni
Yang manakah merupakan elemen-elemen Reka bentuk landskap ?
Gambar
Warna
Konsep
Air
Pilih di antara berikut taman yang telah wujud di Malaysia pada abad ke-14 sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British.
I. Taman Tasik Taiping, Perak
II. Taman Botani, Pulau Pinang
III. Taman Tasik Shah Alam, Selangor
IV. Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah maksud ergonomik ?
Sejarah Reka bentuk landskap
Prinsip-prinsip Reka bentuk landskap
Sesuai, mudah dan selamat.
Elemen-elemen Reka bentuk landskap
Bagaimanakah cara untuk menimbulkan kesan penumpuan dalam reka bentuk landskap ?
Pasu bunga berbagai warna
Ruang pejalan kaki yang luas
Elemen air pancut di tengah laman
Mewujudkan tumbuhan banyak dan berwarna-warni
Landskap boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu
Landskap lembut
Landskap kasar
Landskap kejur
Landskap harmoni
Aspek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman ialah?
pencahayaan, warna dan peredaran udara
keluasan tanah, pencahayaan dan warna
saiz rumah, warna dan saiz tanah
kewangan, saiz rumah dan warna
Maklumat di bawah tentang salah satu konsep dalam reka bentuk hiasan dalaman. Apakah konsep tersebut?
▪ Berasaskan identiti sesuatu bangsa
▪ Pilihan warna dekat dengan alam dan natural
Klasik
Moden
Tradisional
Kontemporari
Apakah yang dimaksudkan dengan hiasan dalaman?
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia atau secara semula jadi.
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang untuk lebih selesa.
Satu penghasilan idea kreatif dalam menghasilkan barangan yang bertujuan membantu manusia dalam aktiviti harian.
Merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan.
Berikut merupakan peranan pereka bentuk hiasan dalaman kecuali __________
Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.
Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
Memastikan reka bentuk selaras dengan struktur, mekanik dan elektrik.
Menentukan objektif reka bentuk melalui funding an bersama.
Apakah peranan penting bagi seorang pereka hiasan dalaman bagi menentukan keluasan dan ketinggian sesebuah bilik untuk jenis hiasan, jenis perabot dan aturan yang akan digunakan?
Kegunaan bilik
Saiz bilik
Bentuk bilik
Lokasi bilik
Pada abad ke-18 dan 19, seni apakah yang telah mengetengahkan era eklektisisme?
Gothic dan Renaissance
Mesir purba, klasik dan tradisional
Moden, kontemporari dan pasca moden
Baroque, Art Deco dan Art Nouveau
Apakah prinsip reka bentuk hiasan dalaman apabila elemen dalam ruang dapat berfungsi bersama dan saling melengkapi?
Kontra
Kesatuan
Irama
Imbangan
Reka bentuk melibatkan enjin kenderaan dinamakan
Reka bentuk perabot
Reka bentuk automobil
Reka bentuk produk
Reka bentuk industri
Hasil Reka Bentuk Industri yang dicipta berdasarkan fungsi mengikut bentuk lebih mengutamakan ___________ .
I. nilai estetik
II. reka bentuk luaran
III. fungsi dan keperluan
IV. fungsi yang optimum
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Prinsip kepelbagaian dalam Reka Bentuk Industri menimbulkan kesan______________.
sepadan
tumpuan
perspektif
idea berbeza
Reka bentuk produk mestilah _________
mempunyai reka bentuk yang menarik dan mahal
mempunyai reka bentuk menarik, murah dan berfungsi dengan baik
mempunyai reka bentuk yang biasa dan murah
mempunyai reka bentuk menarik, mahal dan berfungsi
Seni sulaman merupakan suatu hasil
seni kraf
seni halus
seni ukiran
seni reka bentuk
Apakah prinsip asas seni yang terdapat pada seni sulaman di atas?
I. Kontra
II. Penegasan
III. Imbangan
IV. Irama dan pergerakan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Aktiviti seni sulaman boleh dihasilkan dengan baik pada
permukaan kain yang kasar
permukaan kain yang lembut
permukaan kain yang beralun
permukaan kain yang rata dan tegang
Teknik sulaman bullion merupakan salah satu jenis.
Sulaman mesin
Sulaman tangan
Sulaman kerawang
Sulaman campuran
Manakah antara berikut adalah jenis-jenis seni seramik?
Seni Seramik Tradisional
Seni Seramik Minimalis
Seni Seramik Halus
Berikut merupakan asas prinsip seni seramik kecuali....
Kepelbagaian jalinan mencipta karya
Pengulangan unsur garisan menghasilkan irama dan pergerakan
Keseimbangan simetri
Kontra dari aspek rupa, warna, bentuk, ukuran dan saiz
Seni Seramik Tradisional kebiasaannya menggunakan bahan seperti berikut kecuali....
Tanah liat
Kayu
Air
Bahan-bahan manakah yang digunakan dalam seni seramik kotemporari?
Logam, perak, rotan, tali dan kayu
Logam, perak, rotan, air dan kayu
Logam, perak, misal oksida, air dan kayu
Logam, perak, ZrO2, tali dan tanah liat
Teknik pembentukan seni seramik terbahagi kepada dua
binaan struktur dan binaan acuan
binaan acuan dan binaan tanah liat
binaan acuan dan binaan tangan
binaan tangan dan binaan struktur
Apakah fungsi seni seramik?
Upacara kebudayaan dan keagamaan
Nilai estetika
Hobi
Koleksi
Apakah maksud seni seramik kotemporari?
gabungan bahan seramik dengan bahan lain
motif tradisonal
mudah dihasilkan
cantik
Mengapakah tanah liat diuli sehingga tiada kandungan angin di dalamnya?
Supaya doh tidak lembik
Supaya seramik mudah diwarnakan
Supaya seramik mudah dikeringkan
Supaya seramik tidak mudah pecah semasa proses pembakaran
Maklumat di bawah menerangkan tentang Seni Reka Grafik. Apakah bidang Seni Reka Grafik tersebut?
▪ Reka bentuk grafik yang diringkaskan
▪ Berdasarkan imej manusia, haiwan dan alam benda
Logo
Simbol
Papan tanda
Pembungkusan
Apakah maksud perkataan fotografi
dalam bahasa Greek?
Cahaya dan melukis
Cahaya dan imej
Cahaya dan suhu
Cahaya dan lubang
Pilih ciri-ciri yang tepat tentang Kamera
Pinhole.
I. Semakin kecil lubang, imej semakin terang
II. Kamera berbentuk selinder akan hasilkan imej cengkung
III. Imej yang dipantulkan akan terhasil dalam kedudukan asal
IV. Kamera berbentuk segi empat menghasilkan imej normal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi kamera pinhole?
Melihat cahaya.
Menjelaskan imej.
Merakam imej pegun.
Merakam pergerakan cahaya.
Logo diatas merupakan logo salah sebuah jabatan kerajaan iaitu
Jabatan Perkhidmatan Sukan
Jabatan Perairan dan Saliran
Jabatan Perparitan dan Saliran
Jabatan Perkhidmatan Saliran
Berikut merupakan contoh logo yang terdapat di sekeliling anda kecuali ?
Tujuan simbol ialah?
Memberi informasi mengenai sesuatu
Untuk mencantikkan sesuatu imej
Untuk memudahkan pengguna memahami sesuatu tanpa menggunakan perkataan
Untuk orang yang tidak tahu membaca
Contoh simbol yang terdapat di pasar raya atau pusat membeli belah kecuali ?
berdasarkan imej tersebut, sila nyatakan logo atau simbol
simbol
logo
Siapakah pelopor kamera pinhole ?
Obscura
Orang Greek
Ibn Haytham
Gemma Frisius
Rajah menunjukkan lakaran kamera pinhole. Pilih pernyataan yang paling tepat berkaitan A dalam rajah.
Laluan pendedahan cahaya.
Saiz untuk tujuan kedap cahaya.
Saiz menentukan imej yang tepat.
Penting untuk pembentukan imej.
