wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PSPM1 (2.5 PENGAWALAN)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Takrif kawalan ialah

a)

Proses dimana pengurus memantau aktiviti-aktiviti, membandingkan dan membuat tindakan pembetulan.

b)

Proses dimana pengurus memantau aktiviti-aktiviti dan membuat tindakan pembetulan bagi memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang.

c)

Proses dimana pengurus memantau aktiviti-aktiviti, membandingkan dan membuat tindakan pembetulan bagi memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang.

d)

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal melibatkan penetapan piawai,mengukur prestasi sebenar, dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.

2.

Susunan proses kawalan yang betul adalah:

I. mengukur pencapaian

II. membuat langkah pembetulan

III. menetapkan piawaian

IV. membandingkan pencapaian dengan piawaian

a)

I, II, II, IV

b)

II, III, I, IV

c)

III, I, IV, II

d)

IV, III, I, II

3.

Yang manakah TIDAK BENAR tentang kepentingan kawalan?

a)

jaminan kualiti produk

b)

bersedia menghadapi ancaman

c)

menjangkakan risiko yang bakal dihadapi

d)

mengukur prestasi pengurus dan pekerja

4.

Penyelia Unit Pengeluaran menetapkan 10,000 botol air mineral perlu dikeluarkan dalam masa 6 hari. Kenyataan ini merujuk kepada langkah proses kawalan

a)

menetapkan piawaian

b)

mengukur pencapaian

c)

membuat langkah pembetulan

d)

membandingkan pencapaian dengan piawaian

5.

Penyelia Unit Pengeluaran air isotonik melakukan pemantauan dan mendapati proses penyediaan air isotonik tidak mematuhi piawaian kerana didapati ada air isotonik yang tidak mengikut sukatan yang ditetapkan. Berdasarkan pernyataan di atas, langkah dalam proses kawalan kualiti yang terlibat adalah:

a)

menetapkan piawaian

b)

mengukur pencapaian

c)

membuat langkah pembetulan

d)

membandingkan pencapaian dengan piawaian

6.

Pengurus boleh memilih TIGA tindakan berikut semasa membuat langkah pembetulan iaitu

a)

tidak berbuat apa-apa.

b)

menyemak semula piawaian.

c)

membuat perancangan semula.

d)

membuat pembetulan ke atas prestasi sebenar.

7.

Berikut TIGA alat kawalan yang digunakan oleh seseorang pengurus.

a)

Carta Pai

b)

Carta PERT

c)

Carta Gantt

d)

Titik Pulang Modal

8.

Kegunaan Carta PERT/CPM adalah

a)

sebagai panduan di mana pihak pengurusan dapat mengawal perbelanjaan seperti yang ditetapkan.

b)

untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.

c)

mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek.

d)

digunakan untuk menentukan unit minima yang patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.

9.

Alat kawalan pengurus yang digunakan sebagai panduan dimana pihak pengurusan dapat mengawal perbelanjaan seperti yang ditetapkan.

a)

Carta PERT

b)

Carta Gantt

c)

Belanjawan

d)

Titik pulang modal

10.

Berapakah kuantiti pulang modal jika harga jualan seunit ialah RM25, Kos Berubah seunit ialah RM10 dan Kos Tetap seunit RM150,000?

a)

1,000 unit

b)

10,000 unit

c)

RM10,000

d)

RM250,000