wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DEKAD BAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pada tahun berapakah gerakan untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan bermula?

a)

1990-an

b)

2020-an

c)

1960-an

2.

Siapakah yang melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita?

a)

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad

b)

Dato' Seri Anwar Ibrahim

c)

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

3.

Bilakah keputusan untuk melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan dicapai?

a)

12 Ogos 2020

b)

13 Oktober 1983

c)

12 Julai 2018

4.

Pilih jawapan yang benar.

a)

Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987-1996)

b)

Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (1996-2005)

c)

Bulan Bahasa dan Sastera Negara (1999-2010)

d)

Bulan Bahasa Kebangsaan (2011-2017)

5.

Dekad Bahasa Kebangsaan bermula dari....

a)

2020-2030

b)

2021-2031

c)

2021-2030

6.

Siapakah yang menyatakan bahawa KPM akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan?

a)

Dr. Maszlee Malik

b)

Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin

c)

Dr. Mahathir Mohamad

7.

Tema Dekad Bahasa Kebangsaan bagi tahun 2021 ialah...

a)

Bahasa Cerminan Negara

b)

Bahasa Jiwa Bangsa

c)

Bahasa Wadah Penyatuan Bangsa

8.

Objektif Dekad Bahasa Kebangsaan ialah....

(Boleh pilih lebih dari satu jawapan)

a)

Menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan

b)

Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara

c)

Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara

9.

Pilih terjemahan yang betul.


medical surge capacity

a)

kapasiti lonjakan perubatan

b)

kapasiti mencapai perubatan

10.

Sambungkan pantun ini.


Airlah dalam bertambah dalam,

Hujan di hulu belumlah teduh,

Hatilah karam bertambah karam,

______________________________________.

a)

Mari menjenguk hati yang rapuh.

b)

Karam merindu orang yang jauh.

11.

Pilih maksud peribahasa yang betul.


Bercintakan geliga di mulut naga

a)

Mengharapkan sesuatu yang mustahil

b)

Mencari kesalahan orang lain

12.

Sambungkan pantun ini.


Satu dua tiga empat,

Lima enam tujuh setengah,

Sungguhpun pandai tupai melompat,

____________________________________.

a)

Ada masa jatuh ke tanah

b)

Akhirnya jatuh ke tanah jua

13.

Peribahasa kecil-kecil cili Melaka bermaksud...

a)

seseorang yang kecil dan penakut

b)

meskipun kecil tetapi berani

14.

stagnant floodwater

Terjemahan istilah ini ialah...

a)

banjir kilat

b)

banjir genang

15.

Apa itu pengalaban?

a)

sejenis buah bermusim yang boleh didapati di Sabah

b)

sejenis pokok yang berduri halus dan berbulu

16.

Istilah swabbing test bermaksud....

a)

ujian calitan

b)

ujian tempelan

17.

Kiasan rancak di lebuh bermaksud...

a)

seseorang yang suka berpakaian elok tetapi tidak berduit

b)

seseorang yang suka bercakap tanpa henti

18.

Peibahasa lurus-lurus sumpitan bermaksud...

a)

tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri

b)

orang yang suka memutar belit

19.

Sambungkan pantun di bawah


Jangan menggali buah bawang,

Cari dulu buah kemiri,

Jangan mencari salah orang,

_________________________________.

a)

Carilah dahulu salasilah sendiri

b)

Carilah dahulu salah sendiri

20.

Nyamuk mati gatal tak lepas

Peribahasa berikut bermaksud...

a)

Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat meskipun mereka sudah dihukum

b)

Mencari salah orang lain