Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PSPM1 (2.2 PERANCANGAN)

Total questions: 10

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

TIGA kepentingan perancangan kepada seseorang pengurus adalah:

a)

menyediakan hala tuju organisasi

b)

tanda aras untuk mencapai objektif

c)

bertindak kepada persekitaran yang dinamik

d)

sebagai alat perancangan pengurus

2.

Pengarah Syarikat KMM ingin meluaskan pasaran asam pedas sejuk beku ke pasaran Brunei menjelang tahun 2026.

a)

perancangan teknikal

b)

perancangan operasian

c)

perancangan taktikal

d)

perancangan strategik

3.

Pilih TIGA kegunaan Carta Gantt kepada pengurus.

a)

merancang kemajuan projek.

b)

merancang kos pelaksanaan projek.

c)

merancang kegiatan penting pang perlu dilaksanakan dahulu.

d)

sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut masa yang ditetapkan.

4.

Berapakah kuantiti pulang modal jika harga jualan adalah RM55, kos berubah seunit RM15 dan kos tetap RM20,000?

a)

15 unit

b)

360 unit

c)

500 unit

d)

700 unit

5.

Lengkapkan maksud perancangan berikut:

Proses di mana pengurus ___(i)___ yang ingin dicapai, ___(ii)___ dan menentukan ___(iii)___ serta menyelaraskan semua aktiviti di peringkat organisasi demi mencapai matlamat organisasi.

a)

i. menentukan matlamat; ii. membangunkan strategi; iii. tindakan paling bersesuaian;

b)

i. membangunkan strategi; ii. menentukan matlamat; iii. tindakan paling bersesuaian;

c)

i. tindakan paling bersesuaian; ii. menentukan matlamat; iii. membangunkan strategi;

d)

i. menyusun dan mengagih sumber organisasi; ii. mengawal pekerja; iii. mengarah;

6.

Ketua Unit Operasi mensasarkan 1000 paket pengeluaran bulanan bagi asam pedas sejuk beku untuk memenuhi permintaan pasaran domestik.

a)

perancangan teknikal

b)

perancangan operasian

c)

perancangan taktikal

d)

perancangan strategik

7.

Visi merujuk kepada satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi. Antara DUA ciri visi yang baik adalah:

a)

realistik dan menimbulkan semangat

b)

membentuk identiti dan imej organisasi

c)

tujuan utama sesebuh organisasi ditubuhkan

d)

ringkas, padat dan jelas

8.

Salah satu ciri objektif adalah boleh dicapai. Apakah maksud boleh dicapai?

a)

objektif mestilah khusus

b)

objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif

c)

objektif mempunyai had masa bila ia perlu dicapai

d)

objektif mestilah mencabar tetapi boleh dicapai

9.

Perancangan yang direkabentuk untuk melaksanakan perancangan strategik. Dikenali sebagai rancangan fungsian yang meliputi perancangan sesuatu jabatan. Perancangan ini dikenali sebagai:

a)

perancangan teknikal

b)

perancangan operasian

c)

perancangan taktikal

d)

perancangan strategik

10.

Perancangan yang dibuat oleh pengurus ini perlu selaras dengan perancangan yang dibuat oleh pengurus-pengurus atasannya. Pengurus ini perlu memberi tunjuk ajar dan mengawal selia prosedur kerja pekerja bawahannya dan cekap dalam tunjuk ajar cara mengendalikan mesin dan jentera.

a)

Pengarah Urusan

b)

Ketua Jabatan Pengeluaran

c)

Ketua Jurutenik

d)

Juruteknik