wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

6S Kata Penguat

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

a)

sangat

b)

benar

c)

nian

d)

sekali

2.

Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

paling

d)

begitu

3.

Rokiah _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradiknya.

a)

betul

b)

sekali

c)

agak

d)

begitu

4.

Tempat ini indah __________ sehingga menenangkan fikiran.

a)

nian

b)

sekali

c)

agak

d)

demikian

5.

Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.

a)

nian enak

b)

sekali enak

c)

paling enak sekali

d)

sungguh enak sekali

6.

Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak kecil lagi.

a)

benar

b)

makin

c)

lebih

d)

cukup

7.

Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

a)

benar

b)

amat

c)

nian

d)

sekali

8.

Kediamannya terletak _________ jauh dari pekan itu.

a)

benar

b)

paling

c)

nian

d)

agak

9.

Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun mereka _________ letih.

a)

amat

b)

paling

c)

nian

d)

agak

10.

________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.

a)

Amat

b)

Paling

c)

Terlalu

d)

Sungguh

11.

Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.

a)

nian

b)

paling

c)

agak

d)

sungguh

12.

Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.

a)

terlalu

b)

lebih

c)

agak

d)

sekali

13.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________ meyakinkan.

a)

paling

b)

makin

c)

agak

d)

amat

14.

Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.

a)

paling

b)

sekali

c)

terlalu

d)

nian

15.

Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya.

a)

paling

b)

cukup

c)

terlalu

d)

sangat

16.

Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.

a)

paling

b)

agak

c)

terlalu

d)

nian

17.

Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.

a)

kurang

b)

makin

c)

amat

d)

cukup

18.

Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.

a)

nian

b)

terlalu

c)

sekali

d)

cukup

19.

Sofi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah lewat.

a)

kurang

b)

agak

c)

sekali

d)

paling

20.

Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.

a)

benar

b)

agak

c)

terlalu

d)

paling