wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRA PSPM

Total questions: 20

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Encik Ali bertugas sebagai Penyelia Pemasaran di sebuah syarikat elektronik di Shah Alam. Beliau terlibat secara lansung dalam mempromosikan produk syarikat secara dalam talian dan juga luar talian.


Penyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab pengurus peringkat:

a)

Peringkat Pertengahan

b)

Peringkat Atasan

c)

Peringkat Bawahan

d)

Peringkat Pertengahan dan Bawahan

2.

Antara tanggungjawab yang diberikan, yang manakah bersesuian dengan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif .


i. Bertanggungjawab untuk membuat keputusan ke atas keseluruhan organisasinya

ii. Tumpuan kepada perancangan jangka sederhana

Menetapkan dan menggariskan visi, misi dan polisi organisasi.

iii. Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala keputusan daripada pihak atasan.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i dan iii

d)

Semua di atas

3.

Pengurus memastikan pencapaian organisasi selaras dengan perancangan. Sekiranya terdapat aktiviti yang tidak menepati standard yang ditetapkan, pengurus akan membuat tindakan pembetulan dari semasa ke semasa.

Kepentingan perancangan yang bertepatan dengan perkara di atas merujuk kepada:

a)

Menyediakan hala tuju organisasi

b)

Sebagai alat kawalan pengurus

c)

Bertindak kepada persekitaran dinamik

d)

Tanda aras untuk mencapai objektif

4.

Alat perancangan ini digunakan oleh pengurus untuk :


Merancang kemajuan projek dari segi tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek .

Merancang kos kemajuan projek berdasarkan tempoh masa penyiapan projek.

Merancang kegiatan penting yang perlu dilaksanakan dahulu.

Kegunaan alat perancangan di atas merujuk kepada:

a)

Carta PERT

b)

Carta Gantt

c)

Titik pulang modal

d)

Belanjawan

5.

Encik Loni sebagai Pengurus Besar Syarikat Anak Tani Sdn Bhd telah membuat keputusan untuk membuka beberapa cawangan baru di Thailand. Beliau mengarahkan beberapa pegawainya untuk mendapatkan maklumat berkaitan pasaran produk di negara berkenaan.

Elemen pengorganisasian yang manakah sesuai dengan tindakan Encik Loni .

a)

Pengkhususan kerja

b)

Pemencaran

c)

Keformalan

d)

Autoriti Lini

6.

i. Puan Asnah sentiasa melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan.

ii. Pekerja Puan Asnah lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugas kerana mengetahui apa yang perlu dicapai oleh syarikat.

iii. Puan Asnah tidak melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan.

iv. Pekerja Puan Asnah akan menggunakan segala kemahiran dan kepakaran dalam menyelesaikan masalah.


Penyataan manakah yang bersesuaian dengan gaya kepimpinan demokratik.

a)

i dan iii

b)

i dan ii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

7.

Encik Azlan merupakan Pengarah Urusan di sebuah syarikat terkemuka dalam perkhidmatan teknologi maklumat. Beliau sentiasa mewujudkan suasana bekerja untuk meningkatkan motivasi pekerja, kepuasan dan komitmen sebagai faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.

a)

Ganjaran

b)

Kualiti suasana kerja

c)

Penetapan matlamat

d)

Rekabentuk kerja

8.

Pengurus syarikat mengambil sampel kereta yang dihasilkan setiap hari untuk diuji spesifikasi pemasangan dari aspek keselamatan brek, kelajuan dan sebagainya.


Proses kawalan manakah yang betul berkaitan penyataan di atas:

a)

Menetapkan piawaian

b)

Mengukur pencapaian

c)

Membandingkan pencapaian dengan piawan

d)

Membuat langkah pembetulan.

9.

Berikut merupakan matlumat bagi Syarikat Indah Sari Sdn Bhd:


Harga jualan seunit RM25,000

Kos berubah RM10,000

Kos Tetap RM1,500,000


Hitung Titik Pulang Modal syarikat tersebut.

a)

100 unit

b)

101 unit

c)

200 unit

d)

120 unit

10.

Sri Setia sdn. bhd. mempunyai aset sebanyak RM2,450,000. Aset semasa syarikat ialah

RM430,000 dan liabiliti semasa ialah RM215,000. Jumlah liabiliti syarikat ialah RM860,000.Hitung;

a. modal kerja bersih


b. nisbah hutang atas aset

a)

RM 315,000.00, 25.10%

b)

RM 215,000.00, 35.10%

c)

RM 219,000.00, 40.10%

d)

RM 415,000.00, 53.10%

11.

Chitara Sdn Bhd mempunyai RM40,000 tunai, RM90,000 akaun belum terima, RM100,000 inventori, RM 70,000 akaun belum bayar dan RM20,000 hutang jangka pendek. Hitungkan modal kerja syarikat tersebut:

a)

A. RM 140, 000

b)

B. RM 120, 000

c)

C. RM 60,000

d)

D.RM 260,000

12.

Vitara Sdn Bhd mempunyai RM50,000 tunai, RM70,000 akaun belum terima, RM110,000 inventori, RM 50,000 akaun belum bayar dan RM10,000 hutang jangka pendek. Hitungkan nisbah cepat syarikat tersebut:

a)

A. RM 180, 000

b)

B. RM 170, 000

c)

C. RM 360,000

d)

D.RM 260,000

13.

Sinaran Sdn Bhd mempunyai jualan sebanyak RM4 juta. 25% daripada jualan merupakan jualan kredit. Akaun belum terima syarikat berjumlah RM100,000. Hitung tempoh purata kutipan bagi syarikat ini. (Andaian 365 hari setahun)

a)

A. 37 hari

b)

B. 40 hari

c)

C. 36 hari

d)

D. 44 hari

14.

Puan Maimunah telah mendepositkan sejumlah wang RM 1,500 kedalam akaun simpanan tetap di Bank Mesra Berhad pada tahun 2012. Pihak bank menawarkan kadar faedah sebanyak 8% setahun ke atas simpanannya . Sekiranya beliau memilih untuk menyimpan selama 4 tahun, berapakah jumlah wang pada penghujung tahun 2015

a)

A RM 2,040.75

b)

B RM 4,020.75

c)

C RM 2,040.00

d)

D RM 2,041.00

15.

7. Salmah telah membuat penyimpanan hasil daripada gaji yang diperolehi dalam tempoh 4 tahun. Pihak bank memberi kadar faedah sebanyak 7% setahun menjadikan jumlah simpanan Salmah RM 1,250. Hitungkan simpanan asal Salmah.

a)

A RM 953.63

b)

B RM 955.63

c)

C RM 949.88

d)

D RM 953.00

16.

7. Melati Irdina akan dibayar sebanyak RM 1,500 setiap tahun sepanjang hayatnya oleh Syarikat Takaful Berhad. Pihak takaful akan memberi kadar faedah pasaran semasa adalah 6% setahun. Hitungkan nilai kini bagi bayaran tersebut.

a)

A RM 25,000.

b)

B RM 26,000

c)

C RM 27,000

d)

D RM 28,000

17.

Syarikat Beta Bhd sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan projek kafetaria di salah sebuah akademi memandu. Pelaburan awalnya adalah RM 400,000 manakala Aliran Tunai tahunan selepas cukai untuk dua tahun adalah RM260,000.Kadar Pulangan yang diperlukan adalah 12 peratus.

Kirakan Nilai Kini Bersih projek tersebut:

a)

A. RM 39,426

b)

B.RM 42,541

c)

C.RM 45,054

d)

D.RM 38,154

18.

Syarikat Mesra Bhd sedang mempertimbangkan satu projek baharu. Kadar pulangan yang diperlukan adalah 10 peratus. Aliran Tunai tahunan projek adalah RM 31,200.Tempoh projek adalah 5 tahun. Pelaburan awal adalah RM 100,000.Berdasarkan maklumat, hitungkan Indeks Keberuntungan projek tersebut.

a)

A. 1.98

b)

B. 1.18

c)

C. 1.78

d)

D. 1.38

19.

Syarikat Perusahaan Keropok Lekor Aini Sdn.Bhd mempunyai aset berjumlah RM 700,000 manakala liabiliti berjumlah RM 200,000. Hitung ekuiti pemilik syarikat

a)

A. RM 898,000

b)

B. RM 500,000

c)

C. RM 520,000

d)

D. RM 499,500

20.

Syarikat Bujang Senang Sdn Bhd sedang merancang untuk menjalankan satu projek yang melibatkan pelaburan permulaannya sebanyak RM50,000 dan melibatkan aliran tunai sebanyak RM15,652 setiap tahun sepanjang jangka hayat projek selama 4 tahun.Kirakan Tempoh Bayar Balik Projek tersebut.

a)

A. 4.22 tahun

b)

B. 3.19 tahun

c)

C. 3.59 tahun

d)

D. 3.75 tahun