wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

Prasyarat

b)

Prasarana

c)

Prasejarah

d)

Prasekolah

2.

Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

a)

mencalit

b)

mencoret

c)

mencelup

d)

mencalar

3.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

4.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

5.

Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

a)

kelam

b)

gelap

c)

sunyi

d)

senyap

6.

Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

di

7.

—Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.

a)

mencuci

b)

menenun

c)

menyirat

d)

menjala

8.

—Orang ramai bersorak ketika Syabil _________ piala kemenangan selepas menjurai kejohanan bola sepak itu.

a)

menjulang

b)

memikul

c)

mengelek

d)

menjinjing

9.

—Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.

a)

menyeberang

b)

menongkah

c)

menyusur

d)

meredah

10.

Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _______________ gawang gol.

a)

membolos

b)

melepasi

c)

melewati

d)

menepati

11.

—Razi ______________ keluar batu-batu kecil

yang terlekat pada kasutnya.

a)

mencolek

b)

mencucuk

c)

mencuit

d)

mencungkil

12.

Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu

a)

meraut

b)

melarik

c)

mengikis

d)

menghiris

13.

“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian

negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan

Hari Kemerdekaan negara.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Tuanku

d)

Baginda

14.

Hujah-hujah bidasan pihak pembangkang amat __________ sehingga sukar untuk ditangkis oleh pihak pencadang.

a)

bestari

b)

baik

c)

padu

d)

bernas

15.

Cikgu Azizi terpaksa memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan

__________ cahaya matahari semasa beliau menunggang motosikal.

a)

biasan

b)

sinaran

c)

kiasan

d)

panahan

16.

“Masukkan kira-kira tiga __________ beras ke dalam tiap-tiap sarung ketupat itu,” kata ibu kepada Zaleda.

a)

suku

b)

separuh

c)

semua

d)

setengah

17.

Nakhoda kapal dagang mengarahkan kelasi kapalnya agar _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.

a)

melabuh

b)

membongkar

c)

menarik

d)

membuka

18.

Pak Mamat menggunakan _____________ untuk membuat ukuran pada bingkai tingkap.

a)

sesiku

b)

kekisi

c)

kekuda

d)

jejari

19.

PILIH AYAT YANG BETUL.


i)Puan Maizura membawa anak bongsunya ke klinik desa

untuk periksa doktor.


ii)Tuan hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu

hukuman penjara seumur hidup.


iii) Pendingin hawa di makmal komputer itu sedang dibaiki oleh Encik Alex Young.


iv) Berbagai barangan keperluan harian dijual dengan

harga yang murah di ekspo itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

20.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

21.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

22.

Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

23.

Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.

a)

sasaran

b)

wawasan

c)

harapan

d)

impian

24.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

25.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

26.

Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

27.

Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia _____________ untuk Haifa melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka ruang

28.

Buaya yang besar itu ___________ ekornya sebelum membaham mangsanya.

a)

melebarkan

b)

mengibaskan

c)

mengibarkan

d)

melibaskan

29.

"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

menurut

b)

menjunjung

c)

mematuhi

d)

merafak

30.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

31.

Harapan pasukan hoki sekolah Farid untuk menjulang piala pada tahun ini agak ____________ kerana pasukan lawan mempunyai banyak pemain yang handal.

a)

tipis

b)

nipis

c)

kecil

d)

sedikit

32.

Kita hendaklah sentiasa bersenam ________ makan makanan yang menyihatkan __________ tidak mahu mendapat penyakit.

a)

dan ... jika

b)

serta ... ketika

c)

dengan ... jika

d)

lalu ... sekiranya

33.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

34.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

35.

Semua pihak memberikan sokongan yang __________ kepada Yang Dipertua PIBG yang baharu itu.

a)

padu

b)

teguh

c)

gagah

d)

kukuh

36.

________________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.

a)

Seniwati

b)

Peragawati

c)

Pramugari

d)

Biduanita

37.

Kemenangan Lee Seul dalam pertandingan Pidato Antarabangsa itu telah membuktikan bahawa dia ____________ dalam bidang tersebut.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

ada bakat

d)

ada harapan

38.

Syarikat-syarikat swasta terkemuka dipelawa tampil untuk menaja beberapa program sukan yang _________ di negara kita.

a)

beretika

b)

berprestij

c)

berkualiti

d)

berhemah

39.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang

40.

Kelab Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semangat cinta ____________ negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

a)

akan

b)

pada

c)

kepada

d)

terhadap

41.

_____________ disambut pada setiap 16 September setiap tahun.

a)

Hari Guru

b)

Hari Wanita

c)

Hari Malaysia

d)

Hari Kemerdekaan

42.

Masyarakat majmuk di Malaysia perlulah sentiasa bertolak ansur supaya negara berada dalam keadaan ______________.

a)

harmoni

b)

selesa

c)

gembira

d)

bebas

43.

Hari Pahlawan disambut untuk __________________ jasa pejuang terdahulu.

a)

ingat

b)

beringat

c)

peringatan

d)

memperingati

44.

Kad pengenalan Malaysia mempunyai _________________ fungsi.

a)

seluruh

b)

pelbagai

c)

setengah

d)

sebahagian

45.

Encik Alvin sentiasa mengharapkan agar kebahagiaan mereka sekeluarga akan _________________.

a)

kekal habis-habisan

b)

kekal selama-lamanya

c)

hidup bermati-matian

d)

hidup selama-lamanya

46.

"Dia_______ yang telah menyelamatkan saya daripada menjadi mangsa culik tadi," kata Ah Hong kepada Selvam.

a)

-lah

b)

-kah

c)

-tah

d)

sahaja

47.

______________ perpaduan sangat penting dalam kalangan rakyat?

a)

Bilakah

b)

Siapakah

c)

Mengapakah

d)

Di manakah

48.

Seorang _____________ Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melakukan keganasan.

a)

sukarela

b)

kakitangan

c)

setiausaha

d)

warganegara

49.

Pemandu teksi itu menjawab pertanyaan pelancong _____________ Eropah itu dengan mesra.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

50.

Puan Mona membina beberapa ________________ rumah untuk anak-anaknya demi masa depan mereka.

a)

biji

b)

buah

c)

bilah

d)

bidang