wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FONETIK DAN FONOLOGI

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah alat artikulasi yang dipanggil artikulator?


I - Lidah

II - Gigi atas

III - Lelangit keras

IV - Lelangit lembut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?

a)

Bibir

b)

Lidah

c)

Gigi-gusi

d)

Lelangit keras

3.

Bunyi vokal hadapan luas terdapat pada perkataan

a)

urut

b)

belek

c)

kawan

d)

potong

4.

Ketika belakang lidah dinaikkan paling tinggi di dalam rongga mulut tanpa menyentuh lelangit lembut, yang terhasil ialah bunyi vokal

a)

belakang sempit

b)

hadapan separuh luas

c)

hadapan separuh sempit

d)

belakang separuh sempit

5.

Bunyi vokal dan bunyi diftong mempunyai perbezaan dari aspek

a)

bunyi bersuara

b)

geluncuran lidah

c)

tiada halangan terhadap udara

d)

udara keluar melalui rongga mulut

6.

Yang manakah yang menghasilkan bunyi vokal dalam dialek Melayu?


I - Vokal belakang sempit

II - Vokal hadapan separuh luas

III - Vokal belakang separuh luas

IV - Vokal hadapan separuh sempit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan yang semuanya merupakan bunyi bersuara?

a)

Kelapa

b)

Bendang

c)

Jambatan

d)

Lengkuas

8.

Perkataan yang manakah yang semua vokalnya terdiri daripada bunyi vokal sempit?

a)

Tulen

b)

Siram

c)

Berang

d)

Rimbun

9.

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan glotis?


I - Sekat

II - Tumbuk

III - Tembakau

IV - Makluman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan yang semuanya merupakan bunyi bersuara?

a)

Kelapa

b)

Bendang

c)

Jambatan

d)

Lengkuas

11.

Perkataan yang manakah yang semua vokalnya terdiri daripada bunyi vokal sempit?

a)

Tulen

b)

Siram

c)

Berang

d)

Rimbun

12.

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan glotis?


I - Sekat

II - Tumbuk

III - Tembakau

IV - Makluman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Dalam perkataan "kuntum", konsonan pertamanya merupakan konsonan

a)

letupan glotis

b)

letupan gigi-gusi

c)

letupan lelangit keras

d)

letupan lelangit lembut

14.

Yang manakah semuanya BUKAN bunyi bersuara?

a)

[k], [h]

b)

[v], [p]

c)

[w], [y]

d)

[m], [t]

15.

Frasa yang manakah mengandungi bunyi diftong?

a)

Tuan besar

b)

Hasil laut dalam

c)

Banyak saingan

d)

Berkonvoi dengan kereta

16.

Ayat yang manakah yang perkataannya mempunyai vokal rangkap?

a)

Kemasik terletak di daerah Kemaman.

b)

Mereka mahu bercuti di Pulau Pinang.

c)

Gulai lemak Mak Temah sangat lazat.

d)

Matanya silau jika berada di tempat terang.

17.

Konsonan letupan bibir bersuara + vokal belakang separuh sempit + konsonan sisian bersuara + vokal hadapan luas


Perkataan yang manakah mengandungi susunan bunyi di atas?

a)

Pula

b)

Bola

c)

Pola

d)

Bela

18.

Ketika menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit, bibir dalam keadaan

a)

biasa

b)

neutral

c)

bundar

d)

hampar

19.

- Bibir dalam keadaan hampar

- Lidah diturunkan serendah-rendahnya.

- Pita suara bergetar


Vokal dalam perkataan yang manakah yang mempunyai cara penghasilannya seperti di atas?

a)

Kirim

b)

Tayang

c)

Meleret

d)

Junjung

20.

Ketika tengah lidah menyentuh lelangit keras, bunyi yang berikut akan terhasil, KECUALI

a)

[j]

b)

[c]

c)

[ny]

d)

[ng]

21.

Nenek memiliki kebun durian.


Bunyi tambahan yang terdapat pada perkataan yang bergaris dalam ayat di atas ialah

a)

pembibiran

b)

pengglotisan

c)

penyengauan

d)

pelelangitkerasan

22.

Bunyi konsonan sengau terhasil apabila

a)

udara keluar melalui rongga hidung

b)

udara keluar melalui rongga mulut

c)

udara dilepaskan dengan tiba-tiba

d)

udara menggetarkan pita suara

23.

Ayat yang manakah yang mempunyai perkataan yang mengandungi bunyi geluncuran lidah dari depan luas ke depan sempit?

a)

Pertandingan tomoi sering diadakan di sini.

b)

Mereka masih bermain walaupun hari sudah senja.

c)

Semua penonton bangun setelah pertunjukan selesai.

d)

Emak sangat risau apabila kakak lambat pulang dari bandar.

24.

Yang manakah BUKAN diftong?

a)

Saudara

b)

Berkecai

c)

Berkonvoi

d)

Berjauhan

25.

Perkataan yang manakah TIDAK mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?


I - Kerepek

II - Keluang

III - Komputer

IV - Kontraktor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Perkataan yang manakah mengandungi suku kata yang berpola KKKVK + KVK?

a)

Transit

b)

Strategi

c)

Struktur

d)

Prihatin

27.

Apakah tanda baca yang berkaitan dengan kata ganda?

a)

Tanda petik

b)

Tanda koma

c)

Tanda pisah

d)

Tanda sempang

28.

Yang manakah perkataan yang menggunakan ejaan yang betul?

a)

Aturcara

b)

Tengahari

c)

Bandaraya

d)

Warganegara

29.

Yang manakah pola suku kata yang betul bagi perkataan "ibunda"?

a)

V + KVK + VK

b)

V + KVK + KV

c)

V + VKK + VK

d)

V + KKV + KV

30.

Yang manakah betul dari segi pengejaan?

a)

Abad ke 21

b)

Abad ke-21

c)

Tahun 90an

d)

Tahun 90 an

31.

Perkataan yang manakah mengandungi pembibiran?

a)

Keadaan

b)

Penentuan

c)

Kesiangan

d)

Pertentangan

32.

Yang manakah perkataan yang tidak mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?

a)

Lombong

b)

Berang

c)

Lakon

d)

Ejek

33.

Selekoh


Dalam perkataan di atas, vokal terakhir merupakan bunyi vokal

a)

separuh sempit

b)

separuh luas

c)

sempit

d)

luas

34.

Perkataan yang manakah yang mempunyai vokal tengah?

a)

Belok

b)

Beres

c)

Mewah

d)

Tembus

35.

Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi vokal depan sempit dan depan luas?

a)

Elak

b)

Timbul

c)

Tinggal

d)

Sungguh

36.

Perkataan yang manakah yang mengandungi vokal e yang dapat disebut sebagai bunyi depan separuh sempit dan bunyi depan separuh luas?

a)

Lembut

b)

Sembur

c)

Tempoh

d)

Lengkuas

37.

Persamaan antara bunyi diftong dan bunyi vokal terdapat pada aspek


I - mengalami geluncuran lidah

II - arus udara tidak mengalami sekatan

III - pita suara dalam keadaan bergetar

IV - mempunyai satu puncak kelantangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi geluncuran lidah dari depan luas ke arah belakang sempit?

a)

Daun

b)

Lebai

c)

Saujana

d)

Melainkan

39.

Yang manakah BUKAN ciri bunyi diftong?

a)

Merupakan bunyi bersuara

b)

Mengalami geluncuran lidah

c)

Terdapat gangguan pada aliran udara

d)

Pita suara bergetar semasa menghasilkannya

40.

Kumpulan yang manakah yang semua perkataannya mengalami pendiftongan?

a)

Suap, balai, boroi

b)

Serai, saudara, amboi

c)

Mulai, mempelai, kerbau

d)

Buai, sepoi, memainkan

41.

Perkataan yang manakah yang semua konsonannya merupakan bunyi bersuara?

a)

Tembakul

b)

Jembalang

c)

Kemungkinan

d)

Penderhakaan

42.

Ayat yang manakah yang perkataannya mengandungi bunyi sengau dua bibir?

a)

Saya tidak suka akan lontong.

b)

Laut sangat bergelora pada waktu tengkujuh.

c)

Pembinaan terowong bawah tanah itu dihentikan.

d)

Nyanyian pelajar itu dipuji oleh penonton yang hadir.

43.

Yang manakah perkataan yang mempunyai bunyi konsonan letusan bersuara dan tak bersuara?

a)

Caj

b)

Jala

c)

Cekap

d)

Sahaja

44.

Yang manakah perkataan yang mengalami pengglotisan?

a)

Kekabu

b)

Mengharap

c)

Keutamaan

d)

Penghijauan

45.

Perkataan yang mengandungi bunyi tambahan jenis pembibiran ialah

a)

Kuasa

b)

Lawan

c)

Biayaan

d)

Kewibawaan

46.

Perkataan yang manakah yang bermula dengan bunyi konsonan geseran bibir-gigi dan berakhir dengan bunyi sisian?

a)

Vokal

b)

Variasi

c)

Fikiran

d)

Fotograf

47.

Ayat yang manakah yang mempunyai tanda bacaan yang salah?

a)

Oh! Baru saya ingat.

b)

Mengapakah kamu menangis?

c)

Oleh sebab itu, kita mesti sentiasa berwaspada.

d)

"Pak Mat, tolong hantar barang itu ke rumah saya!"

48.

Yang manakah prinsip utama dalam penggunaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu?


I - Semua kata termasuk kata terbitan

II - Mengambil kira bentuk tunggal sahaja

III - Suku kata akhir bersifat tertutup

IV - Kata satu suku kata boleh diterima

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

49.

Pilih perkataan yang mengandungi struktur suku kata yang terdiri daripada KVK + KV?

a)

Tarikh

b)

Mangga

c)

Dengkur

d)

Simpang

50.

Yang manakah prinsip utama dalam penggunaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu?


I - Semua kata termasuk kata terbitan

II - Mengambil kira bentuk tunggal sahaja

III - Suku kata akhir bersifat tertutup

IV - Kata satu suku kata boleh diterima

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV