wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Sendi

Total questions: 90

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

2.

Abang Zaki mengambil gambar kami _______ menggunakan kamera Nikon.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

3.

Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang _______ bahagian utara.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

hingga

4.

Kelawar keluar mencari makanan ______ waktu malam.

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

5.

Tudung saji itu digantung ______ dinding bersebelahan dengan bilik emak.

a)

di

b)

pada

c)

dalam

d)

dengan

6.

Nadia memasukkan sampah ________ dalam tong sampah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

7.

Aimee berjalan kaki ke sekolah _______ adiknya, Aina pada setiap pagi.

a)

bagi

b)

demi

c)

antara

d)

dengan

8.

Kak Kiah membuat sebiji kek coklat ______ hari jadi anaknya.

a)

bagi

b)

demi

c)

untuk

d)

kepada

9.

Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh _______ budaya barat yang tidak bermoral.

a)

dengan

b)

terhadap

c)

kepada

d)

pada

10.

Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu ______ galah.

a)

untuk

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

11.

Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta _______ Sabah dan Sarawak.

a)

daripada

b)

hingga

c)

sampai

d)

dari

12.

Sepasang baju kurung biru itu dibelinya ______ ibu di kampung.

a)

akan

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

13.

Mereka sedang berbincang ________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

a)

tentang

b)

akan

c)

untuk

d)

sejak

14.

Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

akan

c)

dengan

d)

kepada

15.

Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan _______ dalam peti yang berwarna hitam.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

16.

Projek perumahan Mega sudah terbengkalai _______ tiga tahun yang lalu.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

sampai

17.

Menara Berkembar Petronas terdiri ________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.

a)

dari

b)

pada

c)

dengan

d)

daripada

18.

Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung _________ daya usaha kita sendiri.

a)

oleh

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

19.

Perompak bank itu menyerah diri ________ pihak polis petang semalam.

a)

kepada

b)

dengan

c)

pada

d)

ke

20.

"Hadiah itu ______ kamu, Zetty, " kata Salina.

a)

pada

b)

untuk

c)

dengan

d)

kepada

21.

Murid-murid Tahun 6 Ceria sedang berkumpul _______ padang sekolah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dari

22.

Tabung uji itu jatuh ______ lantai lalu pecah.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

23.

"Kami akan pergi ke rumahnya _______ pukul 4.00 petang," kata Shah kepada Razman.

a)

kepada

b)

hingga

c)

pada

d)

di

24.

Adik Airil sayang ______ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak Noni.

a)

dengan

b)

akan

c)

pada

d)

untuk

25.

Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat _______ semasa ke semasa.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

26.

Kita harus bersikap belas kasihan _______ binatang.

a)

akan

b)

bagi

c)

untuk

d)

terhadap

27.

Haziq tidak pernah menghubungi kami _______ berpindah ke bandar Ipoh.

a)

demi

b)

bila

c)

pada

d)

semenjak

28.

Dia menyusun batu-bata itu satu ______ satu di bawah rumahnya.

a)

demi

b)

untuk

c)

pada

d)

kepada

29.

Skim pinjaman buku teks disediakan ________ pelajar yang kurang mampu.

a)

demi

b)

bagi

c)

akan

d)

pada

30.

Encik Rasdi gemar ______ muzik irama tradisional sebagai halwa telinga.

a)

akan

b)

untuk

c)

pada

d)

hingga

31.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah ______ Kuala Kangsar ______ Kedah.

a)

di ...ke

b)

dari ... ke

c)

di... kepada

d)

daripada...kepada

32.

_____ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu _____ yang lain.

a)

Di .... terhadap

b)

Pada .... dengan

c)

Di .... dengan

d)

Pada .... terhadap

33.

Hazim mengecat ruang tamu biliknya _____ yang disuruh ______ ayahnya.

a)

seperti .... oleh

b)

bagai .... dari

c)

sebagai ... akan

d)

umpama ... di

34.

Amir Hafiz menghantar e-mel ______ abangnya yang berada ______ Ireland.

a)

akan ... di

b)

untuk .... dari

c)

kepada .... di

d)

dengan .... dari

35.

Abang Haikal bekerja sebagai pembantu tadbir _______ Pejabat Daerah Kinta.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

kepada

36.

"Lebih baik membaca buku ______ asyik bermain sahaja," kata emak kepada Kamil.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

37.

Rumah Balqis terletak ______ antara rumah Kamalia dengan rumah Zila.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

pada

38.

Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik ___________ awal hingga akhir permainan.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

39.

Semua borang penyertaan mestilah sampai kepada kami sebelum atau _______ 22 Februari 2008.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

40.

Perompak itu menikam Pak Sharif ________ belakang semasa cubaan merompaknya.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

41.

Pasar raya baru itu terdiri ______ beberapa tingkat.

a)

di

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

42.

Lagu "Si Baju Hijau" ini ditujukan khas _____ para perajurit.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

43.

Suzila mempunyai tahi lalat manis _______ bawah dagunya.

a)

di

b)

ke

c)

kepada

d)

daripada

44.

Aduan _______ para pekerja kilang Tanako itu harus diberi perhatian.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

45.

Bantuan kewangan telah disampaikan ________ keluarga mangsa-mangsa banjir.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

46.

Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport _________ Perancis.

a)

ke

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

47.

Perbicaraan kes samun itu akan disambung ______ minggu hadapan.

a)

di

b)

oleh

c)

akan

d)

pada

48.

Majlis keraian itu akan diadakan ________ rumah Tok Penghulu Muda.

a)

di

b)

dari

c)

demi

d)

kepada

49.

Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri _____ tujuh orang pemain.

a)

dari

b)

dalam

c)

daripada

d)

kepada

50.

Maria telah menunjukkan bakat kepemimpinannya _______ di bangku sekolah lagi.

a)

daripada

b)

hingga

c)

sejak

d)

dari

51.

________ pendapat kamu mengapakah kelakuannya berubah sejak akhir-akhir ini?" tanya Kamil.

a)

Di

b)

Pada

c)

Sejak

d)

Daripada

52.

Amir tidak bekerja ___________ kemalangan itu.

a)

sejak

b)

hingga

c)

kepada

d)

daripada

53.

Anggota pasukan keselamatan sanggup berkorban nyawa ________ mempertahankan kedaulatan negara.

a)

demi

b)

pada

c)

bagai

d)

daripada

54.

Pelancong-pelancong yang datang _________ Malaysia amat tertarik oleh keindahan alam semula jadi dan keramahan para penduduk di sini.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

pada

55.

Nabila telah menulis surat _________ Guru Besarnya untuk meminta kebenaran menggunakan dewan sekolah pada 30 Mac 2008.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

56.

Luka _______ kaki kirinya akibat terpijak kaca belum sembuh lagi.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

d)

daripada

57.

Badrul sangat sayang _______ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.

a)

ke

b)

pada

c)

akan

d)

di

58.

Nyanyian Sheila Majid lebih merdu __________ nyanyian Ellie.

a)

di

b)

kepada

c)

dengan

d)

daripada

59.

Soalan 59 berdasarkan Gambar 1


Nathan menendang bola itu _______ penjuru kanan pintu gol.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

dengan

60.

Sekolah akan ditutup ________ hari Khamis ini kerana cuti Hari Pekerja.

a)

di

b)

ke

c)

demi

d)

pada

61.

Soalan 61 berdasarkan Gambar 2


Pelayan itu sedang menghidangkan makanan ______ para tetamu.

a)

serta

b)

untuk

c)

supaya

d)

daripada

62.

Kami dijangka ______ terlewat sampai ______ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

a)

dari ... di

b)

akan ... di

c)

akan ... dari

d)

dengan .. ke

63.

Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah ______ рara pemenang.

a)

ke

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

64.

Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca _______ lancar walaupun masih kecil.

a)

bagi

b)

hingga

c)

dengan

d)

kepada

65.

Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan _______ Syarikat Seri Maju Sendirian Berhad.

a)

oleh

b)

sejak

c)

dengan

d)

daripada

66.

Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut ______ belakang rumahnya.

a)

di

b)

akan

c)

pada

d)

untuk

67.

_______ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.

a)

Di

b)

Dari

c)

Pada

d)

Untuk

68.

Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya ________ arah bukit sana.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

69.

"Ayah amat bangga ______ kejayaan kamu mendapat 5A _____ PSR," kata ayah kepada Farhan.

a)

di ... dengan

b)

bagi ... pada

c)

oleh ... di

d)

akan ... dalam

70.

Mereka pergi ke Cameron Highlands ________ menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.

a)

oleh

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

71.

Baju kurung itu dibeli _______ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.

a)

bagi

b)

oleh

c)

untuk

d)

kepada

72.

Abang Haris berdiri _______ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

73.

Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang _______ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

kepada

74.

Mesyuarat bulanan ini adalah ______ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

75.

Sekolah akan mula bercuti _______ akhir minggu ini.

a)

di

b)

dari

c)

bagi

d)

pada

76.

Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan ______ pihak polis kerana memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.

a)

dengan

b)

dari

c)

bagi

d)

daripada

77.

Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah _______ pentingnya ilmu pengetahuan.

a)

dari

b)

kepada

c)

tentang

d)

daripada

78.

Soalan 78 berdasarkan Gambar 3


Segala persediaan ______ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

a)

bagi

b)

sejak

c)

kepada

d)

dengan

79.

Kereta mainan itu dibeli ______ anak saudara kesayangannya.

a)

bagi

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

80.

"_________ bila kamu pandai berbohong?" herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.

a)

Dari

b)

Pada

c)

Sejak

d)

Daripada

81.

Lagu "Cahaya Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan ________ tunangnya yang jauh di perantauan.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

d)

bagi

82.

Soalan 82 berdasarkan Gambar 4


Perkara itu telah diadukan ______ ketua kampung.

a)

ke

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

83.

Datuk sedang bercerita ________ pengalaman hidupnya semasa berada diperantauan.

a)

bagi

b)

untuk

c)

tentang

d)

daripada

84.

Buah mangga itu dikupas oleh ibu _______ sebilah pisau yang tajam.

a)

dengan

b)

hingga

c)

tentang

d)

daripada

85.

Patung wayang kulit diperbuat _______ kulit kambing yang telah dikeringkan.

a)

oleh

b)

dari

c)

dengan

d)

daripada

86.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh _______ undang-undang negara.

a)

bagi

b)

pada

c)

kepada

d)

dengan

87.

Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna _______ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

a)

dari

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

88.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju _______ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

untuk

c)

dengan

d)

tentang

89.

Galah yang panjang itu digunakan ________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dengan

d)

pada

90.

Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan ________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada