Font size
WorksheetsUjian Bahasa Melayu Tahun 6 Delima
Total questions: 50
Worksheet time: 23mins
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.
“Berhati-hati ketika memandu nanti,” kata Encik Hazim kepada Fitri.
Fitri menyuruh hazim memandu dengan berwaspada.
Hazim dan Fitri diingatkan supaya memandu dengan berhati-hati.
Fitri diingatkan oleh Encik Hazim supaya memandu secara berhemah.
Apakah sikap yang perlu diamalkan sekiranya kita merantau ke tempat orang?
Bersendirian dalam rumah kerana tidak mengenali sesiapa.
Bersenam di taman rekreasi supaya sihat
Berinteraksi dengan orang lain.
Membaca buku di perpustakaan sepanjang masa.
Anak pertama seerti dengan ________.
anak angkat
anak tunggal
anak menantu
anak sulung
Nakhoda mengarahkan awak-awak melabuhkan sauh di tepi pantai.
Perkataan berlawan bagi melabuhkan.
menarik
membongkar
membuang
mengikat
Pilih ayat yang betul.
A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.
B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.
C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i. Saya masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata orang tua itu.
ii. Wak Safri berjaya menangkap ular senduk yang sungguh berbisa itu.
i sahaja
ii sahaja
i dan ii
semua salah
Pilih peribahasa di bawah.
Bagai itik pulang ___________.
berlenggang
petang
malam
ke reban
Pilih peribahasa di bawah.
Kerana nila setitik rosak susu ________.
sebelanga
sebaldi
semuanya
secawan
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.
Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.
Memang belum rezeki aku lagi.
Wah, sindir aku nampaknya!
Tidak, engkau apa peduli!
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.
Baginda
Tuanku
Patik
Beta
Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.
Memajukan
Mengusulkan
Menyarankan
menganjurkan
Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
Nyaring
Tegang
Sunyi
Kasar
Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup
deras
gopoh
lambat
perlahan
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .
berpindah randah
berlekak lekuk
bercalar balar
berulang alik
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
Ayam Kampung yang diternak secara organik mempunyai daging yang lebih lembut dan pejal.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
pekat
tebal
liat
cair
Pilih ayat yang betul
I ) Cikgu Yasir sedang meneliti semua perancangan aktiviti Kelab Sukarelawan Muda
III) Warna dinding yang kebiruan seperti air laut itu menjadikan suasana bilik itu menarik
III) Janganlah kamu saling kejar-mengejar ketika turun tangga kerana malang tidak berbau
IV) Abang sentiasa memastikan setiap-tiap ikan perhiasan peliharaannya terjaga dengan baiknya.
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
