Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pembinaan jatidiri

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
Badan-badan utama dalam sistem pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut KECUALI
a)
Badan perundangan.
b)
Badan penyelarasan.
c)
Badan kehakiman.
d)
Badan eksekutif.
2.
Tujuan utama Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara yang membawa maksud ...
 I.  sekatan-sekatan yang membataskan kebebasan individu.
II.  pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang -wenangnya.
III.  rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam  perlembagaan.
IV.  perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan
a)
I dan II
b)
I, II dan III
c)
I, II dan IV
d)
I, II, III dan IV
3.
Rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen hendaklah terlebih dahulu ….
a)
diperkenankan oleh yang di-pertuan Agong.
b)
Dipersetujui oleh Kabinet.
c)
Dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.
d)
Dibahaskan terus di Parlimen.
4.
Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat dengan kuasa sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan KECUALI
a)
Kuasa Yang di-Pertuan Agung
b)
Kuasa Presiden.
c)
Kuasa kehakiman. 
d)
Kuasa perundangan Kerajaan Persekutuan.
5.
Siapakah yang memegang kuasa tertinggi di Malaysia?
a)
Majlis Raja-raja
b)
Mahkamah Agung
c)
Perlembagaan Malaysia
d)
Yang di-Pertuan Agong
6.
Berapakah jumlah perkara yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia?
a)
181
b)
183
c)
161
d)
182
7.
Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Reid ditubuhkan?
a)
Untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
b)
Untuk memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
c)
Untuk menyentuh bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta semua badan- badan berkepentingan
d)
Untuk mengkaji semula syor perlembagaan 
8.
Suruhanjaya Reid diketuai oleh?
a)
Lord William Reid, Sir Chandler Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
b)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir Harry McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
c)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Maroof dan Tuan Abdul Hamid
d)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
9.
Konsep Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang 
a)
Pertama
b)
Kedua
c)
Ketiga
d)
Keempat
10.
Manakah pernyataan yang SALAH mengenai Konsep Keluhuran Perlembagaan? 
a)
Bermaksud ketinggian perlembagaan
b)
Menjadi sumber dan punca kepada semua undang- undang
c)
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan
d)
Tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan
11.
Berikut merupakan tujuan Perlembagaan diwujudkan KECUALI:
a)
Mewujudkan pemerintahan yang adil
b)
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
c)
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
d)
Mengkaji semula rang undang- undang yang telah dibuat
12.

Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai satu dokumen yang

a)

mengandungi undang-undang yang penting dan menjadi teras kepada pemerintahan negara

b)

menentukan pembahagian kuasa antara badan pentadbiran, perundangan dan kehakiman

c)

memperincikan tanggungjawab rakyat terhadap negara

d)

menjelaskan peruntukan kuasa untuk Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

13.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang perlembagaan bertulis?

a)

Parlimen boleh membuat apa juga jenis undang-undang tanpa sekatan

b)

Undang-undang yang digubal adalah kukuh dan sukar untuk dipinda

c)

Sesiapa sahaja berhak untuk mentafsir isi kandungan perlembagaan

d)

Terdapat pengaruh tradisi, amalan hidup dan pengalaman politik bagi sesebuah negara

14.

Kedudukan institusi perlembagaan lebih tinggi daripada badan pemerintah yang lain merujuk kepada konsep

a)

keluhuran perlembagaan

b)

ketertinggian perlembagaan

c)

kedaulatan perlembagaan

d)

kekebalan perlembagaan

15.

Antara penyataan berikut, yang manakah menerangkan konsep Raja Berperlembagaan

a)

Yang di-Pertuan Agong membentuk perlembagaan setelah berunding dengan raja-raja Melayu

b)

Yang di-Pertuan Agong berhak melaksanakan segala peruntukan dalam perlembagaan mengikut budi bicara baginda

c)

Yang di-Pertuan Agong memerintah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan atas nasihat kerajaan atau kabinet

d)

Yang di-Pertuan Agong berkuasa meminda peruntukan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

16.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan perkara-perkara berikut, kecuali

a)

jawatan sebagai wakil rakyat

b)

pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran

c)

tanah rezab

d)

pemberian lesen dan permit perniagaan

17.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia

a)

Merupakan undang-undang tertinggi Negara.

b)

Boleh dipinda oleh sesiapa sahaja.

c)

Sumber rujukan segala perundangan.

d)

Undang-undang lain mesti selaras dengannya.

18.

Berikut merupakan antara unsur tradisi bagi orang Melayu dalam peruntukan perlembagaan. (Pilih jawapan lebih dari satu)

a)

Bahasa Melayu

b)

Institusi Beraja

c)

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

d)

Kebebasan Beragama

19.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara berapakah menyatakan "“Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

a)

Perkara 1

b)

Perkara 2

c)

Perkara 3

d)

Perkara 4

20.

Walaupun Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adakah agama dan kepercayaan masyarakat lain boleh diamalkan?

a)

Ya

b)

Tidak

21.

Hubungan institusi raja dengan Islam di negara Malaysia adalah sangat _______________

a)

Rapat

b)

tidak rapat

c)

sederhana

d)

lemah

22.

____________________ ialah ketua agama Islam bagi negeri baginda masing-masing.

a)

Rakyat

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Raja / Yang di-Pertuan Besar

23.

____________________ ialah ketua agama Islam pada peringkat Persekutuan, negeri baginda sendiri, negeri yang tidak mempunyai raja dan Wilayah Persekutuan.

a)

Raja

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Yang di-Pertuan Besar

24.

Adakah pembinaan rumah ibadat selain daripada agama Islam boleh dibina di Malaysia?

a)

Ya

b)

Tidak

25.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Bagi menghormati kaum, sesetengah perayaan agama diberi ________________

a)

cuti hujung minggu

b)

cuti umum

c)

cuti sekolah

26.

Apakah kepentingan amalan beragama dan kepercayaan dalam kehidupan?

a)

Melahirkan sikap hormat-menghormati antara kaum lain

b)

Sentiasa bertengkar sesama sendiri

c)

Melahirkan rasa dendam antara satu sama lain

d)

Memupuk semangat bencikan kaum lain

27.

Mengapakah penggunaan bahasa kebangsaan dianggap penting di negara kita?

a)

Mendaulatkan institusi raja

b)

Menghalang penyebaran pengaruh luar

c)

Memupuk semangat patriotik

d)

Meningkatkan jati diri

28.

Apakah bahasa kebangsaan negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Istana

d)

Mandarin

29.

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa ....................

a)

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

b)

agama Islam sebagai agama Persekutuan

c)

prinsip kewarganegaraan sama rata

d)

kebebasan beragama dibenarkan

30.

Apakah kepentingan seseorang itu mendapatkan pendidikan yang sempurna?

a)

Meningkatkan kekuatan fizikal

b)

membangunkan keupayaan kendiri

c)

meningkatkan keupayaan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial

d)

meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam menguruskan pentadbiran