WorksheetsTRIAL SPM SEJARAH 2021 JHR
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Rakyat akan minum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya. Apakah tujuan upacara tersebut?
Meluaskan pengaruh
Mengangkat sumpah
Menunjukkan kesetiaan
Lambang kebesaran pemeri
Masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak berani membantah kerana takut ditimpa kecelakaan. Apakah maksud kecelakaan?
Tulah
Waadat
Derhaka
Sumpah
Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda” yang menjadi tonggak nasionalisme. Manakah antara berikut merupakan asas dalam sumpah tersebut?
I Menggerakkan pemuda Indonesia
II Membebaskan Indonesia daripada penjajah III Mengaku sebagai satu bangsa Indonesia
IV Mengutamakan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Tokoh berikut telah menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung.
Apakah sumbangan beliau?
Melahirkan lebih ramai guru wanita
Meningkatkan taraf pendidikan masyarakat
Mendorong wanita untuk belajar di madrasah
Menyebarkan kepentingan menuntut ilmu bagi wanita
Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Pilih pasangan yang betul
FS = FAHAMAN FASISME
FN = FAHAMAN NAZISME
FS= Mengetepikan Perjanjian Versailles
FN= Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan individu
FS = Pemimpin Adolf Hitler
FN = Pemimpin Benito Mussolini
FS= Percaya kepada nasionalisme melampau
FN = Mengagungkan bangsa Jerman
FS = Membina angkatan tentera dan menduduki Rhineland semula
FN= Menguasai Habsyah dan Albania
Mata wang Jepun telah digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita.
Apakah kesan selepas penggunaan mata wang tersebut?
Menyebabkan inflasi
Mengukuhkan ekonomi
Meningkatkan pendapatan
Merancakkan aktiviti jual beli
UMNO menganjurkan bantahan besar-besaran menentang Malayan Union. Bantahan penduduk tempatan ini berjaya membuka mata kerajaan British terhadap keburukan Malayan Union.
Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan perjuangan tersebut?
I Semangat juang
II Perpaduan kaum
III Tolak ansur politik
IV Penyatuan orang Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada penduduk tempatan?
Mempunyai masalah kewangan
Tidak mempunyai pewaris takhta
Mempunyai persatuan yang tidak aktif
Tidak memahami tujuan penyerahan tersebut
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?
Menentang penubuhan Malayan Union
Menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu
Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai perlembagaan alternatif
Surat bantahan terhadap Malayan Union daripada Sultan Perak telah disampaikan di Parlimen British oleh Gammans dan Rees Williams.
Apakah isi kandungan surat tersebut?
Baginda berduka cita atas kesilapan persetujuan dengan Malayan Union
Baginda telah dipaksa semasa menandatangan perjanjian Malayan Union
Baginda diperdaya oleh Mac Micheal untuk bersetuju dengan Malayan Union
Sultan Perak menggesa British untuk menerima usul pembentukan Persekutuan
Ilustrasi berikut merupakan tokoh komunis dari Indonesia yang datang menyebarkan fahaman komunis di negara kita.
Mengapakah fahaman komunis ditolak oleh orang Melayu?
Menggunakan kaedah paksa
Menzalimi orang tempatan
Menggunakan kekerasan
Menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu
Manakah yang berikut merupakan usaha yang dilakukan pihak kerajaan untuk menangani ancaman komunis di Tanah Melayu?
I Mengenakan perintah berkurung
II Merosakkan kemudahan awam
III Membina kubu sebagai benteng pertahanan
IV Memindahkan penduduk ke penempatan baharu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanudin al-Helmi?
Merdeka
Negara Islam
Melayu Raya
Hidup Melayu
Laporan Fenn-Wu telah diterbitkan selepas Laporan Barnes dibentangkan pada tahun 1951.
-Kandungan Laporan Fenn-Wu 1951-
*Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan
*Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu.
Apakah tujuan penambahbaikan tersebut dilakukan?
Menjadikan sistem sekolah satu aliran
Meredakan bantahan daripada masyarakat Cina
Memantapkan institusi pendidikan melalui sistem kebangsaan
Menjadikan sekolah Cina sebagai institusi berfaedah kepada penduduk
Pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi pilihan raya peringkat negeri dengan jumlah yang sangat besar.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
Strategi kempen pilihan raya yang meyakinkan
Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum
Calon yang diketengahkan merupakan individu yang berkelayakan
Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina
Gambar menunjukkan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955. Apakah mandat yang perlu digalas oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman?
Mentadbir negara dengan cekap
Melantik barisan kabinet yang disegani
Meningkatkan perkembangan ekonomi negara
Melakukan usaha untuk mencapai kemerdekaan
Apakah perkara yang dipersetujui antara rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British dalam Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956?
Membentuk Suruhanjaya Perlembagaan
Memberi jaminan pengisytiharan kemerdekaan
Merangka perlembagaan untuk kegunaan di Tanah Melayu
Memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu
Terdapat ahli UMNO yang memberi reaksi tidak bersetuju dengan konsep jus soli dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Kuasa Raja-raja Melayu berkurang
Lambakan kedatangan pendatang luar
Bimbang kedudukan orang Melayu tergugat
Melambatkan proses mendapatkan kemerdekaan
Nelson Mandela ialah seorang tokoh pejuang kemanusiaan di Afrika Selatan. Apakah sumbangan beliau?
Memberi kemerdekaan
Menamatkan penindasan kasta
Membasmi kemiskinan masyarakat Afrika
Membebaskan rakyat daripada dasar aparteid
Kedaulatan undang-undang bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang?
I Memastikan keamanan negara
II Menjamin kesejahteraan negara
III Mengekalkan kemerdekaan
IV Meningkatkan imej negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah peranan Parlimen dalam sistem perundangan negara?
Menggubal undang-undang
Membahaskan dasar-dasar negara
Melantik seorang Perdana Menteri
Menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen
Gambar di bawah menunjukkan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga bertemu dengan Anwar Sadat, Presiden Mesir pada tahun 1977.
Apakah kesan perjumpaan tersebut?
Memberi bantuan ketenteraan
Mengukuhkan ekonomi negara
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Mengelakkan berlakunya peperangan
Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
* Undang-undang Negari Melayu
* X
Apakah X?
Undang-undang bertulis
Undang-undang Inggeris
Undang-undang lisan
Undang-undang adat
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil model Westminster dari Britain sebagai asas dalam pembentukan perlembagaan negara.
Apakah kandungan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
Menjamin hak istimewa orang Melayu
Menjamin kedudukan kedaulatan negara
Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantara
Parlimen adalah untuk menyelesaikan masalah negara
Manakah antara berikut merupakan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan?
I Kebebasan bersuara
II Kedudukan raja diiktiraf
III Rakyat diberi hak mengundi
IV Perdana Menteri sebagai ketua negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
Mengukuhkan kuasa pemerintah
Mengurangkan birokrasi pemerintah
Mewujudkan kerajaan yang adil dan prihatin
Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Residen
Gabenor
Yang di-Pertuan Agong
Pesuruhjaya Tinggi British
Selepas 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan. Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
Meningkatkan peluang pekerjaan di wilayah tersebut
Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah
Mewujudkan negeri dan wilayah yang maju dan berdaya saing
Memastikan perancangan kerajaan mendapat sokongan rakyat
Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu?
Mengukuhkan ekonomi
Meningkatkan perpaduan
Membendung ancaman Komunis
menstabilkan politik serantau
Berikut merupakan kandungan sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
*Sarawak, Sabah dan Singapura diterima sebagai ahli dalam Persekutuan Malaysia
*Kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura diiktiraf *Memberi autonomi kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri
Apakah dokumen tersebut?
Persekutuan Tanah Melayu
Malaysia Agreement (MA63)
Pembebasan Sabah dan Sarawak
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak?
Melatih tenaga guru baharu
Membina kurikulum bersepadu
Menambah peruntukan pendidikan
Menjadikan sistem sekolah satu aliran
Bagaimanakah Operasi Hammer berjaya melemahkan gerakan komunis di Sarawak?
Memusnahkan senjata api
Menyekat pergerakan komunis
Membuka penempatan baharu
Menawarkan pengampunan kepada komunis
Maklumat berikut berkaitan dengan institusi penting yang ditubuhkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Tarikh Penubuhan - Nama Institusi
01 Julai 1969 - Jabatan Perpaduan Negara
18 Julai 1969 - Majlis Muhibah Negara
29 Januari 1970 - Majlis Perundingan Negara
Apakah matlamat penubuhan institusi tersebut?
Memperkasakan perpaduan
Menonjolkan jati diri rakyat
Menjamin kemakmuran negara
Melicinkan pentadbiran negara
Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan secara dwitahunan pada peringkat kebangsaan dengan penyertaan daripada 13 buah negeri.
Apakah tujuan penganjuran sukan tersebut?
Melahirkan jaguh sukan negara
Mencatat rekod dunia dalam pertandingan
Menempa nama di peringkat antarabangsa
Mengeratkan integrasi antara negeri
Manakah antara berikut merupakan strategi serampang dua mata bagi memastikan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya dicapai sehingga tahun 1990?
I Membasmi kemiskinan
II Menyusun semula masyarakat
III Menjamin hak orang Melayu
IV Menyediakan subsidi bersasar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983. Bagaimanakah dasar tersebut boleh membantu mempercepat pembangunan ekonomi negara?
Pengurusan cekap
Pelaburan modal swasta
Peningkatan teknologi moden
pengurangan beban kerajaan
Maklumat berikut berkaitan perubahan yang berlaku dalam dasar luar Malaysia.
[dari Dasar Probarat dan Anti Komunis = Tidak memihak dan Menjalin hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi]
Mengapakah Tun Abdul Razak menukar dasar luar negara tersebut?
Memajukan ekonomi negara
Memelihara nama baik negara
Meningkatkan urusan perdagangan
Mengikut keperluan dan perubahan semasa
Negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama. Apakah bentuk kerjasama ekonomi yang terjalin?
Membasmi kemiskinan negara anggota
Memberi kemudahan kredit dan bantuan dana
Memberi bantuan melalui Rancangan Colombo
Memberi pelepasan cukai bagi urusan eksport
Rajah menunjukkan logo pertubuhan ASEAN. Apakah moto ASEAN?
I Kemajuan
II Kehebatan
III Keamanan
IV Kemakmuran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah implikasi kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita?
Mengancam keselamatan negara
Meningkatkan produktiviti negara
Memupuk perpaduan kaum
Memajukan ekonomi negara
