Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Y6 BMP Quiz 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

1. Puan Sarah _______pakaian di ampaian.

a)

melipat

b)

menjemur

c)

membasuh

d)

mencuci

2.

2. Anjing itu berlari sambil ______tulang.

a)

menggigit

b)

membimbit

c)

menjulang

d)

menggonggong

3.

3. Ahli pengakap itu sibuk ______khemah untuk dijadikan tempat tidur mereka di malam hari.

a)

mendirikan

b)

menuruni

c)

membina

d)

membuat

4.

4. Arnab peliharaan adik ______dari songkar.

a)

terjumpa

b)

terputus

c)

terlepas

d)

terlanggar

5.

5. "Sombong _______jiran baharu kita itu,"kata Puan Jamilah kepada Puan Elianne.

a)

sungguh

b)

agak

c)

nian

d)

terlalu

6.

6. Lewat______kamu tiba hari ini ?

a)

nian

b)

paling

c)

terlalu

d)

benar

7.

7. Walaupun kelakuannya______kasar, namun hatinya baik.

a)

nian

b)

agak

c)

sekali

d)

benar

8.

8. Nurul berasa________gayat ketika menaiki kereta kabel di Genting Highlands.

a)

amat

b)

paling

c)

benar

d)

sekali

9.

9. Kotor_______baju sekolah kamu.

a)

terlalu

b)

paling

c)

sekali

d)

nian

10.

10. Ai Ling menangis kerana________gembira apabila permohonannya untuk belajar di luar negara diterima.

a)

sungguh

b)

paling

c)

sekali

d)

benar

11.

11. Wajah Matalia dan Ameera______sama walaupun mereka tiada pertalian darah.

a)

agak

b)

nian

c)

sekali

d)

benar

12.

12. Puan Raihana_____gemar mengumpul barang perhiasan antik.

a)

sekali

b)

sangat

c)

nian

d)

benar

13.

13. Suasana pada majlis perkahwinan itu bertukar menjadi______apabila pengantin perempuan jatuh pengsan.

a)

huru-hara

b)

kusut-masai

c)

terang-benderang

d)

punah-ranah

14.

14. Air yang diletakkan di dalam peti sejuk itu belum ______ lagi walaupun telah sejam berlaku.

a)

lembut

b)

keras

c)

cair

d)

beku

15.

15. Baju berwarna hijau telah ______ warnanya setelah direndam di dalam baldi semasa tiga hari.

a)

cerah

b)

gelap

c)

luntur

d)

terang

16.

16. Perempuan tua itu _____ mengenangkan nasibnya yang tinggal sebatang kara di rumah yang usang.

a)

gundah-gelana

b)

simpang-siur

c)

semak-samun

d)

gerak-geri

17.

17. Kakak _______ tertinggal bas kerana terlewat bersiap ke sekolah.

a)

sipi-sipi

b)

nyaris-nyaris

c)

kira-kira

d)

terpinga-pinga

18.

18. "Ampunkan _______ kerana terlambat masuk menghadap tuanku,"sembah Datuk Bendahara Ali kepada Sultan Ahmad Syah.

a)

tuanku

b)

hamba

c)

beta

d)

patik

19.

19. Farhan suka menonton televisyen ________ larut malam.

a)

hingga

b)

sambil

c)

kerana

d)

pada

20.

20. Jika tersesat di dalam hutan ________, ikutlah arah aliran sungai ke hilir untuk mencari jalan keluar.

a)

tebal

b)

lebat

c)

luas

d)

dalam

21.

21. ________ murid tidak berminat untuk mengasah bakat dalam bidang sukan.

a)

Tengah

b)

Setengah

c)

Sesetengah

d)

Tengah-tengah

22.

22. Sufian mengaduh kesakitan kerana kakinya tersepit pada _______ basikal.

a)

kekuda

b)

tetupai

c)

bebuli

d)

jejari

23.

23. Rafiq sedang ______ kayu untuk dijemur dan dijadikan kayu api.

a)

menakik

b)

menebang

c)

membelah

d)

mencantas

24.

24. Projek perumahan itu gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana pekerja-pekerjanya bekerja ________.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

seperti melepaskan batuk di tangga

d)

seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

25.

25. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I) Air kolam itu sudah cetak dan berbau pula.

II) Adik Murni semakin besar dan seluarnya semakin cetak.

III) Pengetahuan Oshin tentang budaya rakyat Malaysia masih cetak.

IV) Tok Wan meminta Hana menambahkan air ke dalam cawannya kerana sudah cetak.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

I dan IV

26.

26. _____ telah ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

a)

Tuan hamba

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

27.

27. Penduduk di kawasan perumahan yang baru dibina itu _____ banyak.

a)

nian

b)

agak

c)

betul

d)

sekali

28.

28. Seorang _______ cedera akibat terkena tembakan dalam satu kejadian rompakan di sebuah bank.

a)

jurukira

b)

juruwang

c)

jurutulis

d)

jurucakap

29.

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


29. Dia mengambil buku itu dari almari.

a)

Diambil buku itu dari almari.

b)

Buku itu diambilnya dari almari.

c)

Dia ambil buku itu dari almari.

d)

Diambil dari almari buku itu.

30.

30. Penerangan yang diberikan oleh Encik Kamarul sangat jelas dan mudah difahami.


Pilih perkataan sinonim bagi penerangan.

a)

perbualan

b)

peraturan

c)

penjelasan

d)

penegasan

31.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


31. Program itu akan bermula lima minit lagi tetapi tetamu khas masih belum tiba.

a)

Sebelum lima minit majlis bermula,tetamu khas telah tiba.

b)

Hanya selepas lima minit majlis bermula, barulah tetamu khas itu sampai.

c)

Tetamu khas itu dijangka tiba kira-kira lima minit sebelum majlis bermula.

d)

Tetamu khas itu masih belum sampai walaupun majlis itu akan bermula lima minit lagi.

32.

32. "Segala perintah______ akan kami laksanakan dengan sempurna,"kata Bendahara Ali kepada Sultan Melaka.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

33.

33. _____ telinga Nana terpaksa dibedah akibat jangkitan kuman.

a)

Jejari

b)

Gegendang

c)

Kekisi

d)

Sesiku

34.

34. ________ pendakian sedah dilalui oleh pendaki Gunung Kinabalu itu dalam usahanyahendak menuju puncak.

a)

Seseparuh

b)

Sesetengah

c)

Sesuku

d)

Separuh

35.

35. Shahrul tidak dapat tidur lena malam itu kerana bantalnya penuh dengan _______.

a)

sesemut

b)

sesengat

c)

pepijat

d)

tetupai

36.

36. Pengawal keselamatan itu terpaksa mengambil kunci ______ pejabat sekolah kerana tiada kunci pendua.

a)

di

b)

pada

c)

kepada

d)

dengan

37.

37. Encik Koh menasihati anak-anaknya agar berjimat cermat ketika berbelanja dan menabung untuk kegunaan masa hadapan. Bak kata orang ________.

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

belakang parang diasah lagikan tajam

d)

genggam bara api biar sampai jadi arang

38.

38. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I) Hadiah itu tidak untuk awak

II)Mereka bukan berasal dari kawasan pendalaman.

III)Perempuan yang bertudung biru itu bukan kakak saya.

IV) Harga barang keperluan bukan dinaikkan sesuka hati oleh penjual itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

39.

39. Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


Murid-murid perlu mematuhi peraturan seperti tidak berbuat bising ketika berada di perpustakaan.

a)

Mengapakah murid-murid mengunjungi perpustakaan?

b)

Murid-murid perlu senyap ketika berada di perpustakaan?

c)

Bagaimanakah murid-murid perlu senyap di perpustakaan?

d)

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi yang perlu dipatuhi oleh murid-murid ketika berada di perpustakaan?

40.

40. Beberapa ______ mata kail dibelinya siap-siap sebelum pergi memancing di laut.

a)

bentuk

b)

tangkai

c)

butir

d)

batang