NEW
Font size
WorksheetsRBT TING 3 KUIZ DISEMBER
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah definisi bagi mekatronik?
Pengaturcaraan komputer untuk menggerakkan peralatan elektronik
Gabungan sistem mekanikal dan elektronik untuk menghasilkan produk
Aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu produk
Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki
Antara berikut, elemen manakah yang terdapat pada produk mekatronik?
I Sistem elektrik
II Sistem elektronik
III Sistem mekanikal
IV Sistem kawalan dan pengaturcaraan
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Rajah 1 merupakan sebuah peranti yang digunakan dalam sistem kawalan dan pengaturcaraan.
Apakah fungsi peranti tersebut?
Sebagai sumber bekalan kuasa
Menjalankan operasi sesuatu sistem
Memindahkan sumber gerakan kepada bentuk yang lain
Menerima dan memproses isyarat dan seterusnya menghasilkan isyarat untuk dilaksanakan
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan sistem mekanikal?
Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau arus ulang-alik sebagai sumber bekalan kuasa
Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain
Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna
Rajah 2 menunjukkan komponen dalam satu sistem produk mekatronik.
Apakah sistem itu?
Sistem elektrik
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Rajah 3 menunjukkan suatu produk mekatronik.
Apakah sistem yang membolehkan produk tersebut bergerak secara berputar?
Sistem elektrik
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi sistem mekanikal bagi mesin basuh automatik?
Menerima dan menukar isyarat input
Menghasilkan putaran pada dram semasa mencuci pakaian
Membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor
Mengurangkan dan meningkatkan halaju dan menambah daya kilas
Antara berikut, apakah aspek yang diambil kira dalam sistem elektrik sebuah produk mekatronik?
I Kedudukan peranti dalam litar
II Harga litar
III Saiz litar
IV Sambungan litar
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 4 menunjukkan dua contoh produk mekatronik.
Apakah persamaan kedua-dua produk tersebut dari segi sistem elektrik?
Menggunakan motor AT untuk bergerak
Menggunakan motor AU untuk bergerak
Menggunakan bateri untuk membekalkan kuasa
Menggunakan tenaga elektrik sebagai bekalan kuasa
Rajah 5 menunjukkan satu bahagian pada mesin basuh automatik.
Apakah fungsi bahagian tersebut?
Menghasilkan putaran pada dram
Melakukan pengaturcaraan terhadap fungsi mesin
Membekalkan tenaga elektrik kepada mesin basuh
Digunakan oleh pengguna untuk memberikan arahan kepada mesin basuh
Rajah 6 merupakan sebuah peranti yang digunakan oleh pintu gelangsar automatik.
Apakah fungsi peranti tersebut?
Menerima isyarat input
Mengawal pergerakan pintu gelangsar automatik
Mengesan sebarang pergerakan di hadapan pintu gelangsar automatik
Memastikan arus sentiasa mengalir dalam pintu gelangsar automatik
Rajah 7 menunjukkan gambar rajah blok bagi produk mekatronik.
Apakah X dan Y?
A
B
C
D
Rajah 8 menunjukkan suatu simbol pada gambar rajah blok.
Apakah fungsi simbol tersebut?
Menunjukkan aliran arus
Menunjukkan urutan blok
Menunjukkan label komponen
Menunjukkan pergerakan komponen
Rajah 9 menunjukkan gambar rajah blok bagi kereta kawalan jauh.
Apakah output yang betul di X?
Roda berputar
Kereta bergerak
Lampu menyala
Dram berpusing
Apakah aplikasi yang perlu diaktifkan telefon pintar agar boleh berfungsi sebagai alat kawalan bagi kereta kawalan jauh?
Wi-fi
Hotspot
Bluetooth
Inframerah
Apakah fungsi penderia dalam mesin basuh automatik?
Mengerakkan motor AU
Memastikan arahan yang dipilih pengguna dilaksanakan
Memberi isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh
Membolehkan mesin basuh mempunyai banyak fungsi secara serentak
Rajah 10 menunjukkan gambar rajah blok satu produk sedia ada.
Apakah produk itu?
Pintu pagar automatik
Mesin basuh automatik
Pintu gelangsar automatik
Kapal terbang kawalan jauh
Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan awal (prelimenary action) dalam konsep prinsip inventif?
Melakukan tindakan awal untuk menjual produk
Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko
Melakukan tindakan awal untuk menguji fungsi produk
Melakukan tindakan awal untuk mengenal pasti punca masalah
Apakah kaedah pengujian yang digunakan untuk menilai kefungsian sesuatu produk mekatronik?
Ujian kestabilan
Ujian parameter
Ujian ketahanan
Ujian kekemasan
Pilih aspek yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian kefungsian reka bentuk sesuatu produk yang telah diubah suai.
I Keupayaan produk
II Nilai estetika
III Keselamatan
I dan II
I dan III
II dan III
I, II dan III
