wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Total questions: 56

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikan maksud Kata Nama Am?

a)

Kata Nama Am terbahagi kepada 8 kumpulan iaitu puteri sofia, raksasa, kambing dan sebgainya.

b)

Kata Nama Am terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan batman dan ultraman.

c)

Kata Nama Am terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan tidak bernyawa.

d)

Kata Nama Am terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa (manusia, tumbuhan dan haiwan) dan tidak bernyawa (tempat, benda (konkrit/abstrak).

2.

Berikan contoh Kata Nama Am bagi tempat?

a)

Kuala Lumpur

b)

Sekolah kebangsaan Cyberjaya

c)

Surau

d)

Padang

3.

Ahli kumpulan itu akan pergi mendaki___________pada minggu hadapan.

a)

Gunung Kinabalu

b)

Jambatan Pulau Pinang

c)

Kedai Boboiboy

d)

Menara Kuala Lumpur

4.

Irsyad membeli alat tulis di__________sebentar tadi.

a)

Kampung Petai

b)

Balai Polis

c)

Kedai Buku Pustaka Rawang

d)

Rumah nenek

5.

Nama kucing kesayangan adik ialah___________.

a)

Si Bedal

b)

Sang Kancil

c)

Si Tompok

d)

Sang Kerbau

6.

Di dalam reban itu ada beberapa ekor__________peliharaan ibu saya.

a)

ular

b)

jerung

c)

ayam

d)

raksasa

7.

Abang membaca_______cerita tentang haiwan yang panjang akal, iaitu_______.

a)

buku...Sang Singa

b)

majalah....Sang Kancil

c)

kertas....Sang Semut

d)

buku....Sang Kancil

8.

Datuk memakai topi keledar semasa menunggang__________.

a)

kapal terbang

b)

sampan

c)

beca

d)

motosikal

9.

Kakak sedang menyidai kain di _________.

a)

dapur

b)

kedai runcit

c)

atas meja

d)

ampaian

10.

Encik Farid bertugas sebagai__________ di Hospital Swasta.

a)

peguam

b)

doktor

c)

guru

d)

jujurawat

11.

Tukang kayu itu membelah kayu dengan sebilah _________yang tajam.

a)

pisau

b)

gergaji

c)

kapak

d)

sudu

12.

Encik Elvin meminta bantuan bomba untuk menurunkan ________ dari atas pokok.

a)

harimau

b)

burung

c)

kucing

d)

anjing

13.

Sally terkenal sebagai ___________yang dikagumi.

a)

penari

b)

penulis

c)

penjaga

d)

penyanyi

14.

________itu merampas kacang adik di taman rekreasi.

a)

Sang Lipas

b)

Si Monyet

c)

Sang Kambing

d)

Sang Gajah

15.

_________merupakan binatang yang sangat rajin.

a)

Sang Semut

b)

Sang Ketam

c)

Sang Monyet

d)

Sang Keldai

16.

________merupakan simbol tarian dalam perayaan Tahun Baru Cina.

a)

Sang Kuda

b)

Sang Katak

c)

Sang Naga

d)

Sang Tupai

17.

Motosikal abang yang rosak itu dibaiki oleh seorang_________.

a)

peguam

b)

mekanik

c)

kerani

d)

guru

18.

Murid-murid beratur semasa membeli makanan di____________.

a)

kedai runcit

b)

dapur

c)

padang

d)

kantin

19.

Jam tangan __________itu dibeli di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur.

a)

Honda

b)

Rolex

c)

Toyota

d)

Wira

20.

Kami sekeluarga menunggu kepulangan datuk dan nenek dari Mekah di__________.

a)

Lapangan Golf Subang

b)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

c)

Padang Tembak

d)

Lapangan Kedai Pak Abu

21.

__________itu sedang menyampaikan ceramah agama di surau.

a)

guru

b)

kerani

c)

pelayan

d)

Ustaz

22.

Semua murid berkumpul di _________ sekolah untuk mendengar ceramah sempena Hari Kanak-kanak.

a)

kantin

b)

dewan

c)

padang

d)

bilik air

23.

Irsyad membeli sepasang baju kurung untuk dihadiahkan kepada________nya.

a)

guru

b)

Tok Kadi

c)

Datuk

d)

ibu

24.

Anak kucing yang comel itu diberi nama_________.

a)

Sang Mira

b)

Si Tompok

c)

Sang Kambing

d)

Si Lipas

25.

Keluarga Encik Muthu sedang menjamu selera di_________.

a)

Kedai runcit Ah Tong

b)

Bengkel Kereta

c)

Restoran d'Tandoor

d)

Dapur

26.

Berikan contoh Kata Nama Khas bagi haiwan.

(a)  

27.

Pilih Kata Nama Am yang betul.

a)

adik

b)

Tanjung Karang

c)

kerusi

d)

sekolah

28.

Kata Nama Khas mestilah huruf besar.

a)

Salah

b)

Betul

c)

Tak pasti

d)

Mungkin

29.

Kata Nama Am semua huruf besar.

a)

Betul

b)

Tak pasti

c)

Tak tahu

d)

Salah

30.

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas merujuk kepada tempat, benda, manusia, bukan manusia, konkrit dan abstrak.

a)

betul

b)

tak pasti

c)

tak tahu

d)

salah

31.

Ayah membawa adik ke...... kerana adik mengalami demam panas.

a)

farmasi

b)

klinik

c)

sekolah

d)

pejabat

32.

Eric dan Zi Ling pergi ke ......dengan menunggang basikal.

a)

farmasi

b)

klinik

c)

sekolah

d)

pejabat

33.

Majlis makan malam itu akan diadakan di ......itu.

a)

kelab

b)

dewan

c)

balai polis

d)

balai bomba

34.

Encik wong pergi ke ........ pendaftaran untuk mendaftarkan kelahiran anaknya.

a)

stesen

b)

pejabat

c)

rumah

d)

taman

35.

Saya berasa gembira kerana...... saya baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.

a)

ibu

b)

abang

c)

datuk

d)

ayah

36.

"Pejabat ayah saya terletak di......yang tinggi itu,"kata Rafferty.

a)

bangunan

b)

gudang

c)

bilik

d)

bangsal

37.

Encik Tan yang terlantar di ........ hampir sebulan sudah dibenarkan pulang oleh doktor.

a)

hospital

b)

klinik

c)

farmasi

d)

balai

38.

Nama bendera negara Malaysia ialah _________________.

a)

Bulan dan bintang

b)

Merah putih

c)

Jalur Gemilang

d)

Puteri Kayangan

39.

Ibu menggunakan telefon pintar berjenama _____________.

a)

murah

b)

mahal

c)

Iphone

d)

terkenal

40.

Yu Ning membela seekor kucing yang comel bernama...... .

a)

Si Putih

b)

Sang Kancil

c)

Sang Belang

d)

Hang Tuah

41.

Mei Ling bersekolah di _____________________.

a)

sekolah besar

b)

tempat yang jauh

c)

SJKC Chien Chi

d)

sekolah yang cantik

42.

Pilih kata nama khas yang betul.

a)

Kereta

b)

Johor Bahru

c)

Cikgu Ali

d)

Pensel

43.

Mei Ling selalu menggunakan ...... .

a)

Buku rujukan

b)

Majalah

c)

Kamus Dewan

d)

Surat khabar

44.

Pilih Kata Nama Khas yang sesuai dengan gambar.

a)

Menara Kuala Lumpur

b)

Menara Berkembar Petronas

c)

Taming Sari

d)

Menara Alor Setar

45.

1 ...... setiap tahun adalah Hari Pekerja.

a)

Januari

b)

April

c)

Mei

d)

Ogos

46.

Antara berikut, yang manakah KATA NAMA KHAS?

Pilih semua kata nama khas yang ada.

a)

Encik Wong

b)

Puan Siti

c)

Wong Fei Hong

d)

Hotel Perdana Pertama

e)

padang yang luas

47.
buku tulis
a)
Kata nama khas
b)
Kata nama am
48.
Ahmad Sufian
a)
Kata nama khas
b)
Kata nama am
49.
Taman Murni
a)
Kata nama am
b)
Kata nama khas
50.
Salah satu mercu tanda negera Malaysia ialah _____________________ .
a)
Sekolah Kebangsaan Seri Selangor
b)
Menara Berkembar Petronas
c)
Bulatan Putrajaya
d)
Taman Botani
51.
Yang manakah kata nama am hidup bukan manusia?
a)
Jibrail
b)
Malaikat
c)
Proton Saga
d)
Buku
52.
Pilih jawapan kata nama khas yang sesuai.
Doktor Marlinda sedang merawat pesakit di kliniknya.
a)
Doktor Marlinda
b)
pesakit
c)
klinik
53.
Pilih jawapan kata nama khas yang sesuai.
Abang saya akan mendaki Gunung Kinabalu pada bulan hadapan
a)
abang
b)
Gunung Kinabalu
c)
bulan
54.
Pilih jawapan kata nama khas yang sesuai.
Kucing kesayangan adik bernama Si Kelabu.
a)
adik
b)
kucing
c)
Si Kelabu
55.

Pilih Kata Nama Khas yang betul

a)

kucing

b)

Si Tompok

c)

kereta

d)

kerusi

56.

Pilih kata nama am yang betul.

a)

Pak Ali

b)

Kereta Proton Saga

c)

meja tulis

d)

Jalur Gemilang