wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Y4 BMP Quiz

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

1. Azira dan adiknya bercadang untuk memasak nasi goreng kerana _____ berasa lapar.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

2.

2. Jie Hong masih _____ belajar di dalam biliknya walaupun hari sudah larut malam.

a)

leka

b)

fasih

c)

tekun

d)

lancar

3.

3. "_____ pernah saya merasa makanan yang selazat ini," kata Kimi.

a)

Mesti

b)

Belum

c)

Telah

d)

Sedang

4.

4. Emak menyiram pokok-pokok bunganya setiap hari ____ hari hujan..

a)

tetapi

b)

bahawa

c)

kecuali

d)

sementara

5.

5. Bola yang disepak oleh Zhe Ming _____ ke tengah jalan raya.

a)

berputar

b)

bergolek

c)

bergerak

d)

berpaling

6.

6. Kucing itu sedang tidur di ____ meja kopi di ruang tamu.

a)

atas

b)

tepi

c)

bawah

d)

dalam

7.

7. Ayah _____ ibu sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun kelahiran ibu.

a)

dihadiahi

b)

dihadiahkan

c)

menghadiahkan

d)

menghadiahi

8.

8. Sampah sarap ______ di permukaan sungai yang tercemar itu.

a)

berkelip-kelip

b)

terkapai-kapai

c)

mengepak-ngepak

d)

terapung-apung

9.

9. Alan asyik termenung sahaja _____ kematian kucing kesayangannya.

a)

semenjak

b)

demi

c)

daripada

d)

bagai

10.

10. Daphne dan Selina pernah tinggal serumah ketika belajar di universiti.


PIlih perkataan sinonim bagi belajar.

a)

membela

b)

menuntut

c)

mendaftar

d)

melanggan

11.

11. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. "Pencuri itu telah berjaya kami bekas, kata Sarjan Rizman.

II. Encik Liew bekas memberikan bantuan kepada mangsa itu.

III. Puan Tan Mei Lian ialah bekas guru besar sekolah ini.

IV. Yumiko meletakkan bekas makanan di atas meja.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

12. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Sila tulis nama encik pada borang." pinta kerani itu kepada Encik Malik.

a)

Encik Malik dan kerani itu menulis nama mereka pada borang.

b)

Kerani itu meminta Encik Malik menulis namanya pada borang.

c)

Encik Malik meminta kerani itu menulis namanya pada borang.

d)

Kerani itu sedang menulis nama Encik Malik pada borang.

13.

13. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Ke manakah hilangnya pembaris yang baru dibeli oleh Qayra?

a)

Pembaris yang baru dibeli oleh Qayra terjatuh di bawah meja.

b)

Selain pembaris, Qayra turut membeli pemadam dan pensel.

c)

Qayra menggunakan pembaris sewaktu mata pelajaran Matematik.

d)

Qayra membeli sebatang pembaris di kedai operasi sekolahnya.

14.

14. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Hubungan Younie dengan jiran tetangganya sangat mesra dan rapat.

a)

Siapakah yang mempunyai hubungan yang sangat mesra dan rapat dengan Younie?

b)

Mengapakah hubungan Younie dengan jiran tetangganya sangat mesra dan rapat?

c)

Bilakah Younie bermesra dan rapat dengan jiran tetangganya?

d)

Bagaimanakah hubungan Younie dengan jiran tetangganya?

15.

15. "Inilah hasil kerja _____," kata Hanis dan adiknya kepada Puan Nursyila.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

awak

16.

16. " _____, akhirnya kamu menjadi juara!" kata jurulatih badminton kepada Jia Hao.

a)

Eh

b)

Amboi

c)

Syabas

d)

Hai

17.

17. Jurubambar itu menangkap gambar pemandangan matahari _____ pada waktu pagi.

a)

terbit

b)

tampil

c)

keluar

d)

wujud

18.

18. Pemandangan di ______ laut Pulau Tioman amat cantik.

a)

atas

b)

sudut

c)

dasar

d)

hujung

19.

19. ______ penduduk di kawasan itu terpaksa dipindahkan kerana banjir.

a)

Semua

b)

Segala

c)

Setengah

d)

Masing-masing

20.

20. Abang sedang mengelap _____ basikalnya supaya berkilat.

a)

jejari

b)

sesiku

c)

lelangit

d)

kekuda

21.

21. Pengumuman itu ditujukan khas ______ murid-murid tahun empat.

a)

dari

b)

demi

c)

kepada

d)

antara

22.

22. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Ivan dilantik menjadi ketua pasukan kerana sikapnya yang berdisiplin.

a)

Bagaimanakah Ivan dilantik menjadi ketua pasukan?

b)

Siapakah yang melantik Ivan menjadi ketua pasukan?

c)

Mengapakah Ivan dilantik menjadi ketua pasukan?

d)

Berapa orangkah yang dilantik Ivan menjadi ketua pasukan?

23.

23. Pilih ayat yang betul.

a)

Ubi yang direbus oleh ibu sangat empuk.

b)

Bas itu terperosok ke dalam gaung yang bahaya itu.

c)

Beberapa ekor anak ayam melulur beras yang ditaburkan oleh nenek.

d)

Perdana Menteri Malaysia diterima kedatangan tetamu dari luar negara.

24.

24. Abang Kenny bercita-cita untuk menjadi seorang _____ yang berjaya kelak.

a)

jelitawan

b)

usahawan

c)

budiman

d)

dermawan

25.

5. Nenek makan ubat mengikut arahan doktor ______ demamnya segera sembuh.

a)

agar

b)

serta

c)

apabila

d)

sambil

26.

26. Ayah sangat rindu _____ abang yang berada di luar negara.

a)

oleh

b)

akan

c)

kepada

d)

sejak

27.

27. Pak Cik Wong mengira hasil jualannya dengan menggunakan _____.

a)

gula-gula

b)

anak-anak

c)

kupu-kupu

d)

dekak-dekak

28.

28. Kakak membeli dua ______ nasi lemak di gerai Mak Suraya.

a)

cubit

b)

bungkus

c)

pinggan

d)

genggam

29.

Pilih ayat yang betul.


I) Jalan raya itu telah diperlebarkan bagi menampung kenderaan yang semakin bertambah.

II) Jalil memungut seberkas kayu api untuk menyalakan unggun api.

III) Pasar raya itu mengadakan jualan murah pada setiap hujung tahun.

IV) Anak-anak itik sedang mengembek di dalam reban.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

30. Guru besar menyampaikan hadiah di atas pentas. ______ mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Beliau

d)

Baginda

31.

31. Nelayan itu mengangkat ______ buah peti ikan daripada botnya.

a)

sekalian

b)

tiap-tiap

c)

beberapa

d)

masing-masing

32.

32. Jalan menuju ke rumah datuk telah dibaiki pada minggu lepas.


Pilih perkataan sinonim bagi dibaiki.

a)

dibetulkan

b)

digerakkan

c)

dibesarkan

d)

diwujudkan

33.

33. Kepala adik bengkak akibat ______ pada bucu meja.

a)

dihantuk

b)

hantukan

c)

terhantuk

d)

menghantuk

34.

34. Datuk ______ buah rambutan dengan menggunakan sebatang galah.

a)

mengait

b)

menarik

c)

mencantas

d)

memetik

35.

35. _______ adik cedera dan berdarah kerana tercucuk lidi sate.

a)

Jejari

b)

Peparu

c)

Sesiku

d)

Lelangit

36.

36. Chen Ming makan beberapa ______ tebu yang diberi oleh kawannya.

a)

ruas

b)

bilah

c)

biji

d)

longgok

37.

37. Puan Laila berazam untuk membuka sebuah kedai kek dengan bersungguh-sungguh.


Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

cari akal

b)

bulat hati

c)

ikut jejak

d)

buah fikiran

38.

38. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kakak Atiqah berkurung di dalam bilik kerana dia sedang menyiapkan kerja kursusnya.

a)

Sudah berapa lamakah Kakak Atiqah berkurung di dalam bilik?

b)

Di manakah Kakak Atiqah berkurung untuk menyiapkan kerja kursusnya?

c)

Mengapakah Kakak Atiqah berkurung di dalam bilik?

d)

Siapakah yang berkurung di dalam bilik untuk menyiapkan kerja kursusnya?

39.

39. Pilih ayat yang betul.

a)

Bunga ris ini sangat cantik dan pahit baunya.

b)

Perkhidmatan mini bas sangat penting di kawasan luar bandar.

c)

Pihak polis melepaskan dua das tembakan ke arah perompak itu.

d)

Para guru-guru SJK(C) Pei Min sedang bermesyuarat di dalam bilik gerakan.

40.

40. Adik berasa takut apabila ternampak seekor anjing garang di ______ jalan.

a)

dalam

b)

tengah

c)

hujung

d)

seberang