Worksheets2021 青苗华小线上评估:国文(四年级)
Total questions: 20
Worksheet time: 16mins
Ais di dalam bekas __________ yang dikeluarkan oleh abang itu telah cair.
bulat
bujur
segi empat
piramid
__________ yang dialami oleh Ahmad tidak begitu serius menyebabkan dia hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Tercedera
Mencederakan
Dicederakan
Kecederaan
Cikgu Choong Meng menggunakan __________ untuk merekod masa para atlet yang sedang berlari.
jam tangan
jam randik
jam dinding
jam loceng
__________ yang sedang dibualkan oleh mereka di ruang tamu itu?
Apakah
Siapakah
Di manakah
Mengapakah
“__________ bawakan buku-buku latihan ini ke bilik guru,” kata Cikgu Dania kepada Hanis.
Sila
Harap
Tolong
Jangan
“__________ berasa sukacita melihat kemakmuran rakyat di negeri ini,” titah Sultan Azamuddin Shah kepada Bendahara Halim.
Beta
Patik
Baginda
Hamba
Lim __________ belum mendaftarkan namanya untuk menyertai Kem Motivasi UPSR itu.
telah
masih
pernah
sedang
Setelah berjalan jauh, mereka berehat sebentar _________ menghilangkan penat lelah.
hingga
untuk
dengan
tentang
Suravi berbual-bual dengan Adnan __________ menunggu kedatangan bapanya.
manakala
walaupun
sambil
sementara
Lela akhirnya berjaya menggenggam __________ ijazah dalam bidang kejuruteraan.
sekumpulan
sepuntung
sepucuk
segulung
Jamal seorang yang __________ kerana dia tidak suka mendengar nasihat kedua-dua ibu bapanya.
batu api
batu loncatan
kepala batu
kepala angin
Penduduk Taman Indah Landeh tidak suka bergaul dengan Mak Munah kerana dia __________.
bagai murai dicabut ekor
bagai tikus membaiki labu
bagai itik pulang petang
bagai gagak menggonggong telur
Ibu Rahayu bertugas sebagai __________ di sebuah hospital swasta.
jurutera
jururawat
jurujual
A.juruselam
Ah Wong berasa sangat gementar apabila disoal oleh guru displin.
Pilih perkataan antonim bagi gementar.
kecewa
resah
berani
gembira
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan mahir dalam gambar yang diberikan.
kuat
cekap
betul
lancar
Orang kaya itu sangat pemurah.
Pilih perkataan antonim yang sesuai bagi pemurah.
elok
baik
adil
bakhil
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Saya masih mempertimbangkan untuk menjalankan perniagaan pakaian atau makanan.
Apakah jenis perniagaan yang akan kamu jalankan?
Apakah kamu sudah menjalankan perniagaan pakaian dan makanan?
Apakah kamu akan menjalankan perniagaan pakaian dan makanan itu esok?
Apakah sukar untuk menjalankan perniagaan pakaian dan makanan?
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dalam gambar yang diberikan dengan betul.
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Bagus, Alif. Kamu sudah pandai membaca,” kata Puan Isma kepada anaknya.
Puan Isma melarang anaknya yang masih belum pandai membaca itu membaca buku.
Puan Isma menyuruh anaknya sehingga pandai membaca.
Puan Isma memuji anaknya yang sudah pandai membaca.
Puan Isma diajar oleh anaknya yang baru pandai membaca.
Pilih ayat yang betul.
Salimah mengerat bawang-bawang itu sehingga halus.
Aiman dan Chong Han menonton wayang di pawagam.
Julia menyapu tabung kesayangannya.
Mereka menyambar piala kemenangan yang dimenangi bersempena Karnival Sains.
