Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SeMISS TUAI SEJARAH T4 SET 1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan berikut merupakan antara kerajaan yang terawal di Asia Tenggara.

Mengapakah kerajaan tersebut penting di alam Melayu?

a)

Mengawal kegiatan perdagangan

b)

Memperlihatkan ciri-ciri negara bangsa

c)

Menjadi pusat penyebaran agama Islam

d)

Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka

2.

Berikut ialah undang-undang yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu.

Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan pengamalan undang-undang tersebut?

a)

Hukuman berasaskan syariah

b)

Undang-undang tertua di Alam Melayu

c)

Undang-undang berkaitan dengan pelayaran

d)

Dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka

3.

Gambar berikut berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah yang digambarkan oleh gambar tersebut?

a)

Ketaatan

b)

Kedaulatan

c)

Kemasyhuran

d)

Kegemilangan

4.

Kesultanan Melayu Melaka ditadbir oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan. Apakah peranan Temenggung dalam sistem tersebut?

a)

Menjaga urusan pelayaran

b)

Mengawal keselamatan kota

c)

Mengutip cukai di pelabuhan

d)

Melaksanakan undang-undang

5.

Apakah DUA sumbangan John Locke kepada dunia?

a)

Memperjuangkan kebebasan dan persamaan

b)

Memperkenalkan doktrin pengasingan kuasa

c)

Mempopularkan prinsip raja berperlembagaan

d)

Menolak konsep pemerintahan raja berkuasa mutlak

6.

Apakah DUA iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh nasionalis berikut?

a)

Kesungguhan menjalankan amanah

b)

Kecekalan dalam perjuangan

c)

Keberanian menempuhi cabaran

d)

Kesabaran melayani karenah rakyat

7.

Antara berikut, yang manakah persamaan yang terdapat dalam gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Melakukan penentangan secara kekerasan

b)

Mendapakan kerjasama daripada kuasa Eropah

c)

Menyokong penghapusan raja berkuasa mutlak

d)

Memperoleh kepimpinan tokoh berpendidikan Barat

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Thailand. Apakah DUA kesan peristiwa tersebut?

a)

Penamatan pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan Cina

c)

Permulaan campur tangan kuasa asing dalam politik

d)

Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan

9.

Bagaimanakah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) menggerakkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Penganjuran Kongres Melayu

b)

Penulisan kreatif dan akhbar

c)

Pembentukan pertubuhan politik

d)

Penubuhan sekolah kebangsaan

10.

Apakah gagasan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob?

a)

Melayu Raya

b)

Gerakan Islah Islamiah

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Kebebasan bersuara

11.

Mengapakah Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada tahun 1919?

a)

Kemelesetan ekonomi dunia

b)

Pencabulan gencatan senjata

c)

Peluasan dasar imperialisme di Eropah

d)

Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Mengapakah pasukan tersebut ditubuhkan di Tanah Melayu?

a)

Memberi tekanan kepada British

b)

Menentang pendudukan tentera Jepun

c)

Mengawal kuasa politik golongan radikal

d)

Mempertahankan negara daripada serangan Indonesia

13.

Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menganggotai kabinet pertama persekutuan

b)

Mencadangkan pembentukan Sistem Ahli

c)

Mengetuai bantahan terhadap Malayan Union

d)

Menyertai rombongan kemerdekaan ke London

14.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?

a)

Perjanjian dengan kuasa British

b)

Menghadapi masalah kewangan

c)

Penentangan penduduk Sarawak

d)

Kegagalan membangunkan ekonomi

15.

Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Berasa selesa di bawah pemerintahan keluarga Brooke

b)

Mahukan kemerdekaan negeri secara mutlak

c)

Bercanggah dengan Perlembagaan 1941

d)

Mahu menyertai gagasan Malaysia

16.

Apakah tujuan kerajaan British memindahkan pemimpin berikut ke bandar lain?

a)

Mengubah struktur organisasi

b)

Memberikan kenaikan pangkat

c)

Membaiki pentadbiran tempatan

d)

Melumpuhkan gerakan nasionalisme

17.

Golongan nasionalis Melayu radikal menentang rundingan antara UMNO dengan British. Apakah kesan penentangan tersebut?

a)

Membentuk Pusat Tenaga Rakyat

b)

Menubuhkan Parti Komunis Malaya

c)

Membentuk gabungan dengan Indonesia

d)

Meningkatkan sokongan terhadap Malayan Union

18.

Apakah DUA sebab pentadbir British menyokong konsep persekutuan dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mewujudkan keamanan

b)

Menjamin kestabilan politik

c)

Memperkukuh kedudukan British

d)

Memulihkan kuasa Raja-raja Melayu

19.

Apakah kejayaan penting hasil kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan UMNO?

a)

Pengenalan Malayan Union

b)

Pembentukan gagasan Malaysia

c)

Pengamalan Demokrasi Berparlimen

d)

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

20.

Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah maksud rakyat British?

a)

Rakyat British di England

b)

Rakyat yang lahir di British semasa penjajahan

c)

Rakyat asal yang lahir dan tinggal di negeri Melayu

d)

Rakyat yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan tanah jajahan British

21.

Mengapakah Parti Komunis Malaya gagal menyebarkan pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu?

a)

Mengikat perjanjian dengan Raja-raja Melayu

b)

Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina

c)

Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat

d)

Memperjuangkan penghapusan kuasa pemimpin Melayu

22.

Mengapakah British memperkenalkan pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan?

a)

Melicinkan urusan pendaftaran kelahiran

b)

Membezakan orang awam dengan komunis

c)

Mengawal pergerakan penduduk

d)

Melaksanakan bancian penduduk

23.

Apakah DUA tujuan Min Yuen ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu?

a)

Membentuk pasukan berani mati

b)

Menyerang balai polis dan orang awam

c)

Mendapatkan bekalan makanan dan wang

d)

Menjalankan kegiatan propaganda komunis

24.

Mengapakah Rundingan Baling yang diadakan antara Tunku Abdul Rahman dengan pihak komunis berakhir dengan kegagalan?

a)

Keengganan Chin Peng menyerah diri

b)

Kegagalan PKM meletakkan senjata

c)

Keengganan Tunku mengakui PKM sebagai parti politik yang sah

d)

Kekurangan kerjasama antara rakyat dan kerajaan

25.

Apakah persamaan parti-parti politik berikut?

a)

Menentang penyebaran pengaruh komunis

b)

Mengadakan kerjasama dengan tentera Jepun

c)

Menolak konsep kerjasama kaum dalam parti

d)

Memperjuangkan kemerdekaan secara radikal

26.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mencadangkan supaya kewarganegaraan diberikan kepada kaum bukan Melayu?

a)

Melahirkan semangat patriotik

b)

Mengadakan pilihan raya umum

c)

Menggalakkan kerjasama politik

d)

Membolehkan penubuhan parti politik siasah

27.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Mewujudkan perpaduan kaum

b)

Mengekalkan penjajahan British

c)

Menjamin hak istimewa orang Melayu

d)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

28.

Apakah DUA teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan negara menurut Jawatankuasa Pelajaran 1956?

a)

Kandungan kurikulum yang seragam

b)

Memberikan pendidikan rendah percuma

c)

Memperkasakan pendidikan rendah dan menengah

d)

Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak

29.

Pakatan dan gerakan berikut muncul di Tanah Melayu mulai tahun 1940-an. Apakah kepentingan pakatan dan gerakan tersebut?

a)

Merintis jalan ke arah kerjasama kaum

b)

Merealisasikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Menolak parti politik yang bersifat perkauman

d)

Memulakan rombongan kemerdekaan ke London

30.

Antara berikut, yang manakah DUA syarat untuk menjadi calon pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Berumur 21 tahun ke atas

b)

Berpengetahuan dalam bidang politik

c)

Menyertai mana-mana parti politik yang sah

d)

Telah tinggal di Tanah Melayu dalam tempoh 12 bulan

31.

Apakah DUA bukti Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dapat dikaitkan dengan pengamalan prinsip demokrasi di negara kita?

a)

Rakyat diberi peluang memilih wakil kerajaan

b)

Rakyat dapat mengambil bahagian dalam politik

c)

Kerajaan dibentuk melalui perkongsian kuasa

d)

Kerajaan dan rakyat merintis ke arah kemerdekaan

32.

Apakah persamaan peranan pemimpin berikut dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

a)

Memindahkan pegawai British

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Memajukan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

33.

Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?

a)

Penetapan tarikh kemerdekaan

b)

Pembahagian kuasa pemerintahan

c)

Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Pengamalan pemerintahan Demokrasi Berparlimen

34.

Apakah peranan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan

b)

Mensyaratkan kemerdekaan

c)

Membentuk Kabinet Pertama

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

35.

Apakah isu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan berkaitan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penguasaan ekonomi kaum tertentu

b)

Kewarganegaraan secara jus soli

c)

Sistem pendidikan kebangsaan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu

36.

Menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, mengapakah orang Melayu diberikan beberapa keutamaan?

a)

Ketua Menteri ialah orang Melayu

b)

Rundingan kemerdekaan diketuai orang Melayu

c)

Status orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu

d)

Kerjasama yang diberikan oleh orang Melayu terhadap British

37.

Mengapakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi peristiwa sejarah negara yang amat penting?

a)

Lambang perpaduan rakyat

b)

Lambang kebebasan negara

c)

Lambang kejayaan pemimpin

d)

Lambang permuafakatan rakyat

38.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman diberikan gelaran "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" oleh Pasukan Pemuda Perikatan?

a)

Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri Pertama

b)

Kejayaan Tunku Abdul Rahman merundingkan kemerdekaan

c)

Memeriahkan majlis Pemasyhuran Kemerdekaan

d)

Menghormati Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin parti Perikatan

39.

Siapakah Ketua Utama Negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Sultan

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

40.

Apakah DUA matlamat yang hendak dicapai melalui Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)?

a)

Menyediakan perumahan dan infrastruktur

b)

Memberikan kemudahan kewangan dan pelaburan

c)

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi luar bandar

d)

Mempelbagaikan pengeluaran pertanian