wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah S4 - XYF

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

"Jangan bising kerana adik kamu baru sahaja tidur," kata emak kepada kami.

a)

Emak menyuruh kami membuat bising kerana adik baru sahaja tidur.

b)

Kami menegah emak membuat bising kerana adik baru sahaja tidur.

c)

Kami dan emak ditegah membuat

bising kerana adik baru sahaja tidur.

d)

Emak melarang kami membuat

bising kerana adik baru sahaja tidur.

2.

"Aduh, sakitnya kaki saya digigit kerenggal" jerit adik.

a)

Adik menjerit kesakitan apabila kakinya digigit kerengga.

b)

Kerengga menjerit kesakitan kerana digigit oleh adik.

c)

Kerengga menggigit adik yang menjerit kesakitan.

d)

Adik dan kerengga menjerit kesakitan kerana digigit.

3.

"Berapakah harga baju yang digantung itu?" tanya Amnah kepada Budi.

a)

Budi bertanya kepada Amnah harga baju yang digantung itu.

b)

Budi menanyakan baju yang digantung harganya kepada Amnah.

c)

Amnah dan Budi ingin tahu harga baju yang digantung itu.

d)

Amnah menanyakan kepada Budi harga baju yang digantung itu.

4.

"Latifah, tolong kemas katil dan bantal sebelum kamu ke sekolah," kata ibunya.

a)

Ibu meminta Latifah mengemas

katil dan bantal sebelum ke sekolah.

b)

Ibu mengajak Latifah mengemas

katil dan bantal sebelum ke sekolah.

c)

Latifah menyuruh ibu mengemas

katil dan bantal sebelum ke

sekolah.

d)

Latifah mahu ibu mengemas

katil dan bantal sebelum ke sekolah.

5.

Menurut Doktor Ganesan, pemakanan yang tidak seimbang boleh memudaratkan kesihatan.

a)

"Eh, pemakanan yang tidak seimbang boleh memudaratkan kesihatan!" kata Doktor Ganesan.

b)

"Pemakanan yang tidak seimbang boleh memudaratkan kesihatan," kata Doktor Ganesan.

c)

"Adakah pemakanan seimbang boleh memudaratkan kesihatan?" tanya Doktor Ganesan.

d)

"Doktor Ganesan, pemakanan yang tidak seimbang boleh memudaratkan kesihatan," kata kami.

6.

Andika bertanya kepada gadis itu tentang jalan ke Taman Wangsa Permai.

a)

"Andika, adakah kamu tahu jalan ke Taman Wangsa Permai?" tanya gadis itu.

b)

"Bolehkah saudari tunjukkan jalan ke Taman Wangsa Permai?" tanya Andika kepada gadis itu.

c)

"Kamu tahu jalan ke Taman Wangsa Permai?" tanya Andika dan gadis itu.

d)

"Jalan ke Taman Wangsa Permai di mana?" tanya gadis itu kepada Andika.

7.

"Ibu, saya mahu tidur sebentar,“ kata Nurul kepada ibunya.

a)

Ibu mahu tidur sebentar, itulah yang dikatakan oleh ibu Nurul.

b)

Ibunya meminta Nurul tidur sebentar.

c)

Nurul memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur sebentar.

d)

Nurul meminta kebenaran daripada ibunya untuk tidur sebentar.

8.

"Bilakah tarikh kakak kamu akan pulang, Zamani?" tanya Jamal.

a)

Zamani bertanya kepada Jamal tentang kepulangan kakaknya.

b)

Jamal bertanya sama ada Zamani dan kakaknya mahu pulang atau tidak.

c)

Zamani memberitahu Jamal tentang kepulangan kakaknya.

d)

Jamal menanyakan kepada Zamani tentang tarikh kepulangan kakaknya.

9.

"Jemputlah datang ke kenduri kesyukuran yang akan diadakan di rumah saya esok," kata Anisa kepada Zara dan Khaulah.

a)

Anisa menyatakan bahawa di rumahnya esok akan diadakan

kenduri kesyukuran kepada Zara

dan Khaulah.

b)

Anisa menerangkan kepada Zara dan Khaulah bahawa esok

akan diadakan kenduri kesyukuran di rumahnya.

c)

Anisa mempelawa Zara dan Khaulah datang ke kenduri

kesyukuran yang akan diadakan

di rumahnya esok.

d)

Zara dan Khaulah hendak datang ke kenduri kesyukuran yang akan diadakan di rumah Anisa esok.

10.

"Pertandingan syarahan yang dianjurkan itu mendapat sambutan yang menggalakkan," kata Cikgu William kepada guru besar.

a)

Cikgu William bertanya kepada guru besar tentang sambutan

pertandingan syarahan yang

dianjurkan itu.

b)

Cikgu William dan guru besar diberitahu tentang sambutan

yang menggalakkan oleh pertandingan syarahan itu.

c)

Guru besar menyatakan kepada

Cikgu William tentang

pertandingan syarahan yang mendapat sambutan menggalakkan itu.

d)

Cikgu William memberitahu guru

besar bahawa pertandingan syarahan yang dianjurkan itu mendapatkan sambutan yang menggalakkan.

11.

Helina terkejut apabila melihat banyak pengunjung yang datang ke pameran buku itu.

a)

"Eh, banyaknya pengunjung yang datang ke pameran buku ini!" kata Helina.

b)

"Mengapakah banyak pengunjung yang datang ke pameran buku ini?" tanya Helina.

c)

"Banyak pengunjung yang datang ke pameran buku ini," kata Helina.

d)

"Cis, banyak betul pengunjung yang datang ke pameran buku ini!" marah Helina.

12.

Kami kagum dengan persembahan koir Anak-anak Permata yang sangat menarik itu.

a)

"Persembahan koir Anak-anak Permata sangat menarik," kata kami.

b)

"Wah, menarik sungguh persembahan koir Anak-anak Permata ini," kata kami.

c)

"Adakah persembahan koir Anak-anak Permata ini menarik?" tanya kami.

d)

"Siapakah yang membuat persembahan koir yang menarik ini," tanya kami.

13.

"Imran, saya hendak ke perpustakaan petang nanti," kata Sofi.

a)

Sofi mengajak Imran ke perpustakaan pada petang nanti.

b)

Sofi memberitahu Imran bahawa dia hendak ke perpustakaan pada petang nanti.

c)

Imran meminta Sofi pergi ke perpustakaan pada petang nanti.

d)

Imran mempelawa Sofi pergi ke perpustakaan pada petang nanti.

14.

"Usah berdiri di garisan kuning itu," kata Anita kepada Benny.

a)

Anita melarang Benny berdiri di garisan kuning itu.

b)

Anita dan Benny dilarang berdiri di garisan kuning itu.

c)

Benny disuruh berdiri di garisan kuning itu oleh Anita.

d)

Benny mempelawa Anita berdiri di garisan kuning itu.

15.

"Saya mahu minum air kopi panas," kata Pak Abu kepada Mak Minah.

a)

Mak Minah mahu membancuh air kopi panas kepada Pak Abu.

b)

Pak Abu meminta Mak Minah membancuh air kopi panas untuknya.

c)

Pak Abu memberitahu Mak Minah bahawa dia mahu minum air kopi panas.

d)

Mak Minah mengajak Pak Abu minum air kopi panas.

16.

"Murid-murid, sila beratur dan jangan bising," kata Cikgu Munirah.

a)

Cikgu Munirah mahu murid-muridnya beratur dan jangan bising.

b)

Murid-murid Cikgu Munirah beratur dan senyap apabila diminta.

c)

Cikgu Munirah meminta anak muridnya beratur dan tidak berbuat bising.

d)

Cikgu Munirah mengajak murid-muridnya beratur dan jangan bising.

17.

Ketua kelas bertanya kepada kawan-kawan sekelasnya tentang kehadiran pada hari ini.

a)

"Oh, ramai yang tidak hadir pada hari ini!" kata ketua kelas kepada kawan-kawan sekelasnya.

b)

"Siapakah yang tidak hadir pada hari ini?" tanya ketua kelas kepada kawan-kawan sekelasnya.

c)

"Kawan-kawan, ketua darjah tidak hadir?" tanya kami.

d)

"Adakah kawan-kawan di kelas tidak hadir pada hari ini?" tanya ketua kelas.

18.

"Saya sudah pun melawat mangsa banjir di Perlis," kata Datuk Fuad kepada kakitangannya.

a)

Kakitangan Datuk Fuad menyatakan bahawa mereka telah melawat mangsa-mangsa banjir di Perlis.

b)

Mangsa-mangsa banjir mengajak Datuk Fuad melawat kakitangannya di Perlis.

c)

Datuk Fuad memberitahu bahawa beliau telah melawat mangsa-mangsa banjir di Perlis kepada kakitangannya.

d)

Datuk Fuad dan kakitangannya telah melawat mangsa-mangsa banjir di Perlis.