wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI TATABAHASA 1_2022

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Tuan puteri, izikan __________ mengambil santapan ini," kata dayang kepada Puteri Gunung Ledang.

a)

hamba

b)

beta

c)

patik

d)

aku

2.

"Saya bersyukur kerana pasukan __________ meraih johan dalam perlawanan pada kali ini," kata Jason kepada ahli pasukannya.

a)

sekalian

b)

kalian

c)

kami

d)

kita

3.

Encik Soh ________ sebuah fail di bawah ketiaknya sementara menunggu bas di perhentian bas.

a)

menggelek

b)

mengelek

c)

menjinjit

d)

membimbit

4.

Lelaki itu _______ kayu menggunakan sebilah kapak.

a)

menebang

b)

memenggal

c)

membelah

d)

menghiris

5.

Dinding itu _______ akibat gegaran yang kuat ketika berlakunya gempa bumi.

a)

patah

b)

retak

c)

rapuh

d)

garing

6.

Budak lelaki itu tidak menggemari kari kambing yang dimasak oleh ibunya kerana bau _____ daging kambing yang kuat.

a)

hapak

b)

hangit

c)

hamis

d)

hancing

7.

Adik Elvin bangun ________ tidur lalu pergi mandi di bilik air.

a)

dari

b)

daripada

c)

sejak

d)

dengan

8.

Chloe membaca sebuah buku _______ menunggu ayahnya datang menjemput di pintu pagar sekolah.

a)

semasa

b)

sementara

c)

manakala

d)

semenjak

9.

Abu telah menikmati beberapa ______ isi cempedak yang manis.

a)

piring

b)

butir

c)

ulas

d)

pangsa

10.

Jansen __________ ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia demam pada hari keesokan.

a)

dihujani

b)

berhujan

c)

terhujan

d)

kehujanan

11.

Joran Pak Cik Soh ________ ketika ditarik kuat oleh ikan yang dipancingnya.

a)

meliang-liuk

b)

susup-sasap

c)

kelam-kabut

d)

haru-biru

12.

Ibu menggunakan __________ untuk melihat perkataan kecil yang dicetak pada kotak itu.

a)

kanta lekap

b)

kanta cembung

c)

kanta tangan

d)

kanta cekung

13.

Jefferey menjadi _______ pasukannya untuk memenangi tempat johan dalam pertandingan badminton itu kerana rakan-rakannya telah ditewaskan oleh pasukan lawan.

a)

ayam jambatan

b)

ayam tambatan

c)

tidur-tidur ayam

d)

ajak-ajak ayam

14.

Encik Soh ingin tiba di pejabatnya awal hari ini. __________, enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

a)

Justeru

b)

Di samping itu

c)

Malangnya

d)

Jadi

15.

Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat ini.

Doktor Soh terlupa untuk memberikan ubat kepada pesakitnya yang penat itu.

a)

penat

b)

terlupa

c)

memberikan

d)

pesakitnya