NEW
Font size
Worksheets2021 MODUL PPMP JPN JOHOR (SET 5)
Total questions: 28
Worksheet time: 14mins
Kedaulatan merupakan lambang kekuasaan tertinggi dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Mengapakah kedaulatan begitu penting bagi seorang sultan? m/s 6
Kesejahteraan rakyat dijamin
Diakui oleh kerajaan lain
Rakyat dapat dilindungi
Sistem pentadbiran tersusun
Maklumat berikut berkaitan dengan pandangan tokoh tentang nasionalisme.
Hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat Berpegang pada adab sopan Melayu dan agama Islam
Tokoh manakah yang memberikan pandangan tersebut? m/s 23
Dato’ Onn Jaafar
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dr. Burhanuddin al-Helmi
British telah mengawal kebebasan bersuara, penerbitan dan berpersatuan pada awal abad ke-20.
Sebagai seorang penulis, bagaimanakah anda dapat menyebarkan kesedaran kebangsaan? m/s 53
Berselindung di sebalik wajah dan pelaku haiwan
Menanam sikap membenci British
Menyokong khalifah empayar Uthmaniyah
Membangkitkan isu cukai yang dikenakan British
Jadual berikut berkaitan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia dalam Perang Dunia Kedua.
Apakah kesan daripada kerjasama tersebut? m/s 62-63
Kemenangan Kuasa Paksi
Perjanjian Versailles ditandatangani
Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Pasukan polis tentera telah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu.
Apakah nama pasukan polis tentera itu? m/s 70
Kita Boruneo
Malai-Baru
Kempeitai
Syonan-to
Gerakan anti Jepun yang semakin meningkat mendorong pentadbiran Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.
Apakah implikasi daripada tindakan di atas? m/s 75
Meningkatkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
Menimbulkan ketegangan kaum akhirnya
Melemahkan kuasa pembesar Melayu
Mewujudkan perpaduan rakyat
Mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946? m/s 97
Pelantikan Gabenor British bagi mengetuai Malayan Union
Pemisahan Singapura dari Tanah Melayu
Perubahan status naungan Tanah Melayu
Hak kewarganegaraan melalui prinsip jus soli
Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan perletakan jawatan beramai -ramai yang diadakan di Sarawak pada 02 April 1947.
• Pekeliling No.9
• 409 kakitangan kerajaan meletak jawatan
• 56 orang pelajar menamatkan pengajian Maktab
Mengapakah perkara tersebut berlaku? m/s 110
Sebagai tanda protes pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak
Membantah penyerahan Sarawak kepada British
Memboikot pelantikan Sir Duncan Stewart
Gerakan mendapatkan kemerdekaan
Maklumat berikut adalah Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
Wakil Raja-raja Melayu
Wakil UMNO
Pegawai kanan British
Apakah matlamat jawatankuasa tersebut? m/s 126
Merangka perlembagaan rakyat
Membentuk kerajaan pusat yang kuat
Membincangkan perlembagaan Malayan Union
Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan
Maklumat berikut berkaitan dengan kewarganegaraan.
Apakah X? m/s 135
Rakyat British
Rakyat Raja
Rakyat Malayan Union
Rakyat Persekutuan
Maklumat berikut merupakan tindakan radikal yang telah dilakukan oleh pihak komunis.
- Membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, Sungai Siput, Perak
- Membunuh John Allison, pengurus Ladang Phin Soon, Sungai Siput, Perak
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? m/s 148
Pelaksanaan gencatan senjata
Pengharaman Parti Komunis Malaya (PKM)
Pengisytiharan darurat di kawasan tertentu
Sokongan diberikan terhadap perjuangan PKM
Zaman Darurat telah memberi kesan terhadap aspek sosioekonomi.
Pernyataan yang manakah berkaitan kesan tersebut? m/s 162
I Dikenakan catuan makanan
II Diperkenalkan pilihan raya
III Mempercepatkan kemerdekaan
IV Meningkatkan kos perbelanjaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut berkaitan penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Apakah X? m/s 173
Malayan Indian Congress (MIC)
Malayan Chinese Association (MCA)
Independence of Malayan Party (IMP)
United Malays National Organisation (UMNO)
Apakah persamaan resolusi yang dicapai dalam perhimpunan berikut? m/s 186-1 87
Memperkasa perpaduan kaum
Menolak dasar kerakyatan terbuka
Menggesa kemerdekaan segera
Menuntut pilihan raya diadakan
Maklumat berikut berkaitan dengan proses pilihan raya umum pertama.
Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya tersebut? m/s 198
I Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
II Berumur 21 tahun ke atas
III Berpendidikan sekolah Inggeris
IV Berketurunan kerabat raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Siapakah tokoh yang dilantik menjadi Ketua Menteri? m/s 206
H. S. Lee
Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman
Dato’ Abdul Razak Hussein
Pernyataan berikut berkaitan gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
118 perjumpaan diadakan untuk membincangkan pelbagai isu semasa merangka perlembagaan merdeka.
Mengapakah situasi di atas berlaku? m/s 221
Permintaan Parti Perikatan
Mematuhi arahan Majlis Raja-raja
Suruhanjaya sangat teliti dan berhati-hati
Atas kehendak Parlimen British di London
Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong lahir dari memorandum yang diterima semasa merangka perlembagaan.
Pihak manakah telah menghantar memorandum tersebut? m/s 222
Ahli UMNO
Parti PAS
Parti Negara
Raja-raja Melayu
Mengapakah persediaan menyambut pemasyuran kemerdekaan negara dirancang dengan sangat teliti? m/s 236
Memastikan detik bermakna diingati rakyat
Mematuhi arahan Pesuruhjaya British
Memastikan rakyat asing menghormatinya
Atas arahan Yang di-Pertuan Agong
Apakah kepentingan utama kedaulatan kepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM)? m/s 245
Bebas campur tangan politik negara jiran
Menentukan sendiri hala tuju negara kita
Mengetuai kumpulan negara-negara tertentu
Bebas terlibat dalam pakatan ekonomi dan politik
Apakah implikasi daripada pembentukan kedaulatan antarabangsa terhadap negara kita? m/s 7
Menjamin keamanan negara
Mengukuhkan pemerintahan negara
Mengekalkan kemakmuran ekonomi
Menjaga hal ehwal alam sekitar
Maklumat berikut berkaitan matlamat mempertahankan kedaulatan negara kita.
Kestabilan politik
Kemakmuran ekonomi
Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut? m/s 12-15
I Meningkatkan kecekapan pentadbiran
II Memodenkan aset ketenteraan
III Mewujudkan lambang kebesaran negara
IV Mengagihkan kekayaan negara secara adil
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut berkaitan Perjanjian Persekutuan 1957.
Apakah X? m/s 27
Kedudukan Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa kaum lain
Kerajaan Persekutuan yang kukuh
Kewarganegaraan yang berbeza
Ah Sheng dilahirkan di Pulau Pinang.
Apakah status kewarganegaraan Ah Sheng di negeri Perak mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? m/s 28
Rakyat Pulau Pinang
Rakyat Sultan
Rakyat Persekutuan
Rakyat British
Gambar berikut berkaitan surat urusan rasmi kerajaan.
Mengapakah tertulis “Urusan Seri Paduka Baginda” pada sampul surat tersebut? m/s 48
Mengandungi maklumat sulit
Mendapat perkenan Majlis Raja-Raja
Memerlukan tindakan segera pihak kerajaan
Yang di-Pertuan Agong punca kuasa pemerintahan
Pernyataan manakah yang betul tentang badan perundangan dalam sistem pemerintahan negara kita? m/s 53
A
B
C
D
Mengapakah program perumahan tersebut dilaksanakan? m/s 77
Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
Rumah Selangorku (Selangor)
Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
Mengukuhkan perpaduan rakyat
Melengkapkan kemudahan awam untuk rakyat
Membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah
Membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah
Perumahan terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Apakah bentuk projek perumahan yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? m/s 76
I Perumahan mampu milik
II Perumahan pertama rakyat
III Perumahan kos sederhana
IV Perumahan kos rendah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
