wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI SEJARAH BAB 5 HINGGA BAB 8

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah ciri pentinguntuk menjadi pemimpin dalam Sistem Ketua Bebas di Sarawak?

a)

A. Kerabat Diraja

b)

B. Pengiktirafan sultan

c)

C. Kesetiaan kepada raja

d)

D. Semangat keperwiraan

2.

2. Sultan Brunei telah melantik Pengiran Indera Mahkota sebagai pemerintah Sarawak bagi menggantikan pembesar tempatan. Mengapakah baginda berbuat demikian?

a)

A. Menguasai ekonomi

b)

B. Menghapuskan lanun

c)

C. Melicinkan pentadbieran

d)

D. Menamatkan pemberontakan

3.

3. Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Raja Muda Hashim ke Sarawak?

a)

A. Mengawal kegiatan lanun

b)

B. Melindungi pedagang asing

c)

C. Mencari kawasan pertanian

d)

D. Menamatkan kebangkitan penduduk

4.

4. Limbang diperolehi Charles Brooke pada tahun 1890. Bagaimanakah perolehan tersebut berlaku?

a)

A. Pertukaran wilayah

b)

B. Menghapuskan lanun

c)

C. Persetujuan penduduk

d)

D. Menumpaskan kebangkitan

5.

5. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah mendapat Piagam Diraja pada tahun 1881. Mengapakah piagam tersebut penting?

a)

A. Mendapat hak mentadbir

b)

B. Mengukuhkan pertahanan

c)

C. Menerima modal yang besar

d)

D. Menetapkan kawasan sempadan

6.

6. Apakah tanaman yang diusahakan oleh pemodal Perancis di Kuala Selangor pada tahun 1917?

a)

A. Teh

b)

B. Ubi kayu

c)

C. Tembakau

d)

D. Kelapa sawit

7.

7. Pokok rumbia banyak terdapat di Sarawak. Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia tersebut?

a)

A. Sagu

b)

B. Bijirin

c)

C. Santan

d)

D. Kerepek

8.

8. Dimanakah perlombongan petroleum pertama di Sarawak dijalankan?

a)

A. Miri

b)

B. Bau

c)

C. Sadong

d)

D. Kuching

9.

9. H.N. Ridley telah memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap. Apakah kepentingan teknik berikut?

a)

A. Kualiti susu getah lebih tahan lama

b)

B. Kos pengeluaran getah lebih rendah

c)

C. Mudah diangkut ke tempat yang jauh

d)

D. Mampu memanjangkan hayat pokok getah

10.

10. Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan pada tahun 1913 di negeri-negeri Melayu. Siapakah yang berkuasa meluluskan mana-mana tanah sebagai Tanah Simpanan Melayu?

a)

A. Sultan

b)

B. Residen

c)

C. Pegawai Daerah

d)

D. Pesuruhjaya British

11.

11. British telah menubuhkan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1872. Apakah bangunan yang dibina oleh Jabatan tersebut?

a)

A. Pejabat Pos Kota Kinabalu

b)

B. Gedung Perwakilan, Perak

c)

C. Masjid Jamek, Kuala Lumpur

d)

D. Mechantille Bank Pulau Pinang

12.

12. Terdapat banyak jalan raya pendek yang tidak berturap dibina di Sarawak. Apakah faktor yang menghalang pembinaan jalan raya di negeri tersebut?

a)

A. Kejadian gempa bumi

b)

B. Masalah bentuk muka bumi

c)

C. Kekurangan jumlah penduduk

d)

D. Ditentang oleh masyarakat peribumi

13.

13. Mengapakah perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di Sarawak pada abad ke-19?

a)

A. Memajukan pertanian

b)

B. Melicinkan pentadbiran

c)

C. Menggalakkan perpaduan

d)

D. Menjalankan perdagangan

14.

14. British telah memperkenalkan peraturan baharu terhadap negeri-negeri Melayu. Apakah sebab masyarakat tempatan menentang peraturan baharu tersebut?

a)

A. Menyulitkan kehidupan rakyat

b)

B. Menjejaskan adat resam tempatan

c)

C. Mengekalkan pentadbiran tradisional

d)

D. Mengukuhkan kedudukan pemerintah

15.

15. British telah berjaya menakluki pusat pentadbiran Naning. Apakah pusat pentadbiran Naning tersebut?

a)

A. Jasin

b)

B. Taboh

c)

C. Rembau

d)

D. Alor Gajah

16.

16. Bagaimanakah strategi Sharif Masahor untuk menggulingkan Dinasti Brooke?

a)

A. Mewujudkan tipu helah

b)

B. Mewujudkan manipulasi

c)

C. Mengadakan pakatan sulit

d)

D. Menandatangani perjanjian

17.

17. Apakah tindakan Haji Abdul Rahman Limbong untuk mewakili penduduk Ulu Telemong menentang British?

a)

A. Bertindak sebagai peguam

b)

B. Menghantar surat bantahan

c)

C. Mengadakan pakatan rahsia

d)

D. Berkumpul mengadakan mogok

18.

18. Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai. Apakah brang mewah tersebut?

a)

A. Mutiara

b)

B. Kain pua

c)

C. Tempayan

d)

D. Batu permata

19.

19. Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit untuk membunuh J.W.W.Birch. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

A. Menepuk bahu kiri

b)

B. Meminum air keris

c)

C. Memakai baju putih

d)

D. Memakan sirih pinang

20.

20. Apakah faktor Rentap berjaya mematahkan serangan Dinasti Brooke sebanyak dua kali?

a)

A. Keutuhan kubu Bukit Sadok

b)

B. Kekuatan meriam Bujang Sadok

c)

C. Kesungguhan sokongan dari Acheh

d)

D. Kerjasama daripada semua pembesar

21.

21. Haji Abdul Rahman Limbong telah dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah. Apakah kesalahan beliau sehingga dibuang ke Makkah?

a)

A. Membunuh residen

b)

B. Menyeludup senjata

c)

C. Menghasut penduduk

d)

D. Mencetuskan serangan

22.

22. Apakah kesan Rundingan Perdamaian Menggatal pada tahun 1898 terhadap Mat Salleh di Sabah?

a)

A. Membenarkan mentadbir Tambunan

b)

B. Merampas kawasan pentadbirannya

c)

C. Menjatuhi hukuman buang negeri

d)

D. Menempatkan Residen Jeneral

23.

23. Apakah tujuan British menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) di Tanah Melayu?

a)

A. Melantik pegawai British dalam pentadbiran

b)

B. Memecatkan orang Melayu sebagai pembesar

c)

C. Mengurangkan kuasa sultan sebagai pemimpin

d)

D. Melibatkan orang Melayu dalam sektor kerajaan

24.

24. Sultan Abu Bakar di Johor telah mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat. Apakah kepentingan tindakan sultan tersebut?

a)

A. Melindungi hak orang Melayu

b)

B. Meningkatkan sosioekonomi negeri

c)

C. Mengekalkan kedaulatan kesultanan

d)

D. Meningkatkan kemajuan perdagangan

25.

25. Apakah identiti negeri Kedah sebagai negeri Melayu?

a)

A. Cuti umum pada hari jumaat

b)

B. Agama Islam sebagai agama rasmi

c)

C. Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi

d)

D. Masjid negeri dibina di bandar utama

26.

26. Mengapakah Raja-raja Melayu menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri?

a)

A. Membangunkan kawasan luar bandar

b)

B. Mengeratkan hubungan antara negeri

c)

C. Mempertahankan identiti setiap negeri

d)

D. Menghalang campur tangan kuasa asing

27.

27. Apakah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan?

a)

A. Johor

b)

B. Kedah

c)

C. Pahang

d)

D. Selangor

28.

28. Apakah tindakan terhadap Sultan Terengganu sekiranya baginda menyerahkan negeri kepada kuasa asing?

a)

A. Ditukarkan

b)

B. Dipenjarakan

c)

C. Diberi kemaafan

d)

D. Diturunkan takhta

29.

29. Apakah kesan pemodenan dalam pentadbiran terhadap ekonomi negeri Johor pada abad ke-19?

a)

A. Membaiki taraf hidup masyarakat

b)

B. Menarik kemasukan pelabur asing

c)

C. Menjadikan negeri pengeksport padi

d)

D. Meningkatkan pengeluaran bijih timah

30.

30. Apakah faktor yang membantutkan cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor?

a)

A. Pemodenan sistem pentadbiran kerajaan negeri

b)

B. Penubuhan pelbagai badan dan jabatan kerajaan

c)

C. Pembinaan kubu pertahanan di setiap muara sungai

d)

D. Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri