wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T4B7B8

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuangkan kemerdekaan?

a)

Melayu Raya

b)

Malaysia

c)

Merdeka

d)

Tanah Melayu untuk Malayan

2.

"Hidup Melayu"

Slogan di atas digunakan oleh

a)

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

b)

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

c)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

3.

Apakah syarat yang dikenakan oleh British untuk memberi kemerdekaan?

a)

Penubuhan parti politik berasaskan kaum

b)

Kerjasama antara tiga kaum utama

c)

Konsep Melayu Raya dilaksanakan

d)

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak digabung menjadi Malaysia

4.

Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?

a)

V.T. Sambanthan

b)

John Thivy

c)

E.E.C. Thuraisingham

d)

L.R. Doraisamy

5.

Apakah maksud Sistem Ahli?

a)

Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu

b)

Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu

c)

Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

d)

Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran

6.

Siapakah yang melantik ahli dalam Sistem Ahli?

a)

Gabenor British

b)

Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Rakyat Persekutuan Tanah Melayu

d)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

7.

Berikut merupakan tiga portfolio yang kekal dibawah pentadbiran British?

a)

Hal Ehwal Ekonomi

b)

Ekonomi dan Sosial

c)

Perindustrian dan Perhubungan Sosial

d)

Perumahan dan Kerja Raya

8.

Apakah taraf seorang ahli dalam Sistem Ahli?

a)

Wakil rakyat

b)

Ahli Dewan Negara

c)

Menteri

d)

ADUN

9.

Apakah maksud sekolah vernakular?

a)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

c)

Sekolah yang menggunakan bahasa isyarat

d)

Sekolah yang menggunakan lebih daripada tiga bahasa sebagai bahasa pengantar

10.

Apakah kesan sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan?

a)

Menyatupadukan rakyat berbilang kaum

b)

Membolehkan rakyat menguasai pelbagai bahasa

c)

Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum

d)

Membawa kepada rusuhan kaum antara rakyat

11.

Berdasarkan Laporan Barnes 1951, bahasa pengantar yang digunakan di sekolah rendah ialah

a)

Bahasa Melayu atau bahasa Cina

b)

Bahasa Melayu sahaja

c)

Bahasa Inggeris sahaja

d)

Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

12.

Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan?

a)

Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan

b)

Memberi tumpuan kepada pendidikan sekolah Inggeris sahaja

c)

Menguatkuasakan penggunaan satu bahasa sahaja dalam sistem pendidikan

d)

Memfokuskan pembangunan pendidikan sekolah vernakular

13.

Berdasarkan Laporan Woodhead 1955, bahasa apakah yang akan dijadikan sebagai bahasa pengantar sekolah menengah di Sarawak?

a)

Bahasa Iban

b)

Bahasa Melayu

c)

Bahasa Cina

d)

Bahasa Inggeris

14.

"Melahirkan perasaan kebersamaan dalam kalangan kaum di Sabah"

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Laporan Woodhead 1955

b)

Ordinan Pelajaran 1952

c)

Laporan Barnes 1951

d)

Ordinan Pelajaran Koloni 1956

15.

Mengapakah Dato' Onn Jaafar meminta agar tindakan diambil untuk menambah peluang pentadbiran kepada wakil tempatan dalam usaha menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan?

a)

Kekurangan prasarana

b)

Kekurangan pegawai tempatan

c)

Kekurangan ahli pendidikan

d)

Kekurangan infrastruktur

16.

Siapakah yang mempengerusikan jawatankuasa Penyata Pelajaran 1956?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Tun Mahathir Mohamad

d)

Dato' Onn Jaafar

17.

Siapakah yang memegang jawatan Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli?

a)

Lee Tiang Keng

b)

E.E.C. Thuraisingham

c)

Dr Ismail Abdul Rahman

d)

Dato' Onn Jaafar

18.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di bawah Ordinan Pelajaran 1952?

I. Diajar di sekolah rendah

II. Diajar di sekolah menengah

III. Perlu ada sekurang-kurangnya 20 orang murid

IV. Perlu ada sekurang-kurangnya 15 orang murid

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai Ordinan Pelajaran 1952?

I. Terdapat dua jenis sekolah menengah

II. Terdapat dua jenis sekolah rendah

III. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar di sekolah menengah

IV. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah menengah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?

I. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

II. Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

III. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

IV. Bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?

a)

Pilihan raya negeri

b)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

c)

Pilihan Raya Majlis Bandaran Kota Bharu

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

22.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mengadakan kerjasama dan bergabung. Gabungan tersebut dikenali sebagai __________.

a)

Perikatan

b)

Persepakatan

c)

Permuafakatan

d)

Persefahaman

23.

Dalam pilihan raya peringkat negeri 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Apakah kesimpulan yang dapat diambil daripada kemenangan tersebut?

a)

Manifesto yang bagus mudah memenangi hati rakyat

b)

Masyarakat mula sedar tentang kepentingan berpolitik

c)

Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum dalam politik

d)

Parti yang memperjuangkan kepentingan kaum mempunyai masa depan yang cerah

24.

Pilihan raya telah diadakan di negara kita semenjak tahun 1951 lagi. Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Membentuk kerajaan

b)

Memilih Yang diPertuan Agong

c)

Melantik pemimpin parti politik

d)

Menentukan ahli Dewan Negara

25.

Mengapakah Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan?

a)

Mengadakan pilihan raya

b)

Mencadangkan penubuhan parti politik

c)

Menggalakkan rakyat terlibat dalam pilihan raya

d)

Mewujudkan persempadanan Kawasan pilihan raya

26.

Apakah tujuan kerajaan mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Perpaduan kaum dibentuk

b)

Proses memilih wakil rakyat

c)

Penggubalan undang-undang

d)

Penyatuan negara diperkukuh

27.

Apakah peranan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan?

a)

Meluluskan lambang parti calon

b)

Menentukan kawasan pilihan raya

c)

Mengendalikan kempen pilihan raya

d)

Menjalankan pendaftaran parti politik

28.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955. Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut?

a)

Parti Buruh

b)

Parti Negara

c)

Parti Progresif

d)

Parti Perikatan

29.

Apakah kepentingan Rang Undang-undang Pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu diluluskan?

a)

Menetapkan syarat pilihan raya

b)

Menentukan bentuk susunan MPP

c)

Membentuk kerajaan baharu

d)

Membolehkan pilihan raya diadakan

30.

Apakah tujuan pilihan raya tempatan pertama diadakan di Sarawak pada tahun 1956?

a)

Menubuhkan kerajaan baru

b)

Mewujudkan kerjasama dengan British

c)

Persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri

d)

Pelibatan penduduk tempatan dalam pentadbiran

31.

Jadual menunjukkan keputusan Pilihan Raya MPP 1955.

Apakah kesan daripada keputusan tersebut?

a)

Bilangan anggota Sistem Ahli merosot

b)

Pesuruhjaya Tinggi British meletak jawatan

c)

Negara kita terus diperintah oleh pendatang

d)

Kerajaan Persekutuan dibentuk oleh parti Perikatan

32.

Selepas Pilihan Raya 1955, Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah dibentuk.

Apakah fungsi majlis tersebut?

a)

Mengetuai pentadbiran negeri

b)

Melaksanakan pungutan cukai

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengambil alih tugas pentadbiran

33.

Apakah kepentingan

penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan?

a)

British memberikan kemerdekaan

b)

Tanah Melayu bebas dari penjajah

c)

Kuasa mentadbir di tangan rakyat

d)

Institusi raja terus diperkukuh

34.

Apakah peristiwa

bersejarah yang berlaku pada 12 September 1959?

a)

Perisytiharan Malaysia

b)

Pembentukan kabinet negara

c)

Pilihan raya umum pertama

d)

Persidangan Parlimen kali pertama

35.

Pembentukan Majlis

Perundangan Persekutuan membuka peluang rakyat tempatan mentadbir. Apakah yang dapat disimpulkan melalui langkah tersebut ?

a)

Terhapusnya komunis

b)

Perkongsian kuasa antara kaum

c)

Kegagalan British memerintahan Tanah Melayu

d)

Keengganan orang Melayu menerima pendatang

36.

Siapakah Ketua Menteri Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

H.S Lee

b)

Dr Ismail Abdul Rahman

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dato’ Abdul Razak Hussein

37.

Apakah yang dimaksudkan dengan Model Westminster yang diguna pakai oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan?

a)

Berasaskan demokrasi terpimpin

b)

Demokrasi mengikut Britain

c)

Monarki mengikut Jepun

d)

Berasaskan sistem republik

38.

Mengapakah kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu ini penting kepada negara kita?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Menunjukkan kompromi antara kaum

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

39.

Apakah jawatan V.T. Sambanthan dalam Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menteri Buruh

b)

Menteri Pelajaran

c)

Menteri Kesihatan

d)

Menteri pengangkutan

40.

Tokoh berikut merupakan antara ahli kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Dato’ Abdul Razak Hussein

Dr Ismail Abdul Rahman

Bagaimanakah cara pemilihan ahli kabinet tersebut?

a)

Melalui pilihan raya

b)

Pelantikan oleh Ketua Menteri

c)

Lantikan Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong