wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2024 SPMC TERENGGANU

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Memajukan bidang perdagangan

b)

Meningkatkan perbendaharaan

c)

Meluaskan empayar kerajaan

d)

Mengesahkan arahan sultan

2.

Apakah tugas Bendahara sebagai Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengawal kutipan cukai

b)

Menjaga keselamatan di laut

c)

Menguruskan perbendaharaan

d)

Menjadi ketua turus angkatan tentera

3.

Parti Nasionalisme Vietnam berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme telah melancarkan pemberontakan pada tahun 1930.

Mengapakah parti tersebut bertindak sedemikian?

a)

Menubuhkan kerajaan republik

b)

Membelakangkan ahli parlimen

c)

Memperjuangkan isu kasut

d)

Menyokong dasar terbuka

4.

Maklumat berikut berkaitan kesan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Kedua-dua akhbar tersebut membangkitkan isu....

a)

mengangkat martabat wanita

b)

mengasaskan dana pendidikan

c)

membentuk identiti kebangsaan

d)

membincangkan penubuhan persatuan

5.

Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.

Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut?

a)

Saiz angkatan tentera dihadkan

b)

Kuasa mutlak raja dikurangkan

c)

Sempadan negara berasaskan bangsa

d)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

6.

Berikut adalah unit khas yang ditubuhkan oleh British.

Apakah matlamat penubuhan unit khas tersebut?

a)

Menubuhkan pasukan gerila

b)

Melatih rejimen askar tempatan

c)

Menentang penjajahan komunis

d)

Mensabotaj infrastruktur awam

7.

Mengapakah Raja-raja Melayu menentang perlaksanaan Malayan Union pada tahun 1946?

a)

Penjajahan secara mutlak

b)

Penamatan hak berpersatuan

c)

Kewarganegaraan diperketat

d)

Kedaulatan politik dipersoal

8.

Tokoh berikut berkaitan dengan peristiwa Sungkit Berdarah di Sarawak.

Apakah kesan daripada perjuangan tokoh tersebut?

a)

Penubuhan parti politik

b)

Pengiktirafan kaum minoriti

c)

Pengaruh golongan kiri terhapus

d)

Pengekalan pentadbiran tradisional

9.

Mengapakah kerajaan British bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan wakil Kerajaan British pada 25 Julai 1946?

a)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan

b)

Menghalang kemasukan buruh asing

c)

Menentukan kuasa Kerajaan Negeri

d)

Merangka perlembagaan

10.

Mengapakah British bersetuju untuk menggantikan perlembagaan Malayan Union 1946 dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Bantahan orang Melayu

b)

Masalah kewangan

c)

Kelemahan pemimpin

d)

Sokongan pentadbir British

11.

Berdasarkan maklumat berikut.

Mengapakah perjanjian tersebut diterima oleh penduduk Tanah Melayu?

a)

Zaman darurat tamat

b)

Kerjasama kaum terbentuk

c)

Jurang ekonomi dikurangkan

d)

Kemunculan pemimpin radikal

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan bagi mendesak Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata.

Mengapakah rundingan tersebut gagal?

a)

Perkongsian kuasa gagal dicapai

b)

Pengharaman ideologi komunis

c)

Kelonggaran syarat kerakyatan

d)

Kedudukan imigran tergugat

13.

Mengapakah kedua-dua organisasi tersebut diharamkan semasa penguatkuasaan undang-undang darurat?

a)

Merintis kerjasama kepartian

b)

Menyuarakan kebebasan hak bersuara

c)

Menyebarkan ideologi berfahaman radikal

d)

Memperkasa sistem pendidikan bumiputera

14.

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan pada tahun 1950 hasil tuntutan daripada Dato' Onn Jaafar.

Apakah tujuan penubuhan RIDA?

a)

Memajukan perindustrian berteknologi tinggi

b)

Memberi bantuan kemajuan luar bandar

c)

Mewujudkan masyarakat perdagangan

d)

Membantu petani menyertai koperasi

15.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 merupakan asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan.

Jawatankuasa tersebut berharap masyarakat negara kita dapat....

a)

memupuk semangat perpaduan

b)

mengukuhkan keamanan negara

c)

membasmi kemiskinan penduduk

d)

memajukan ekonomi masyarakat

16.

Berikut merupakan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah X?

a)

Penggubalan perundangan

b)

Pembentukan suruhanjaya

c)

Penentuan sempadan

d)

Penamaan calon

17.

Portfolio pegawai British yang turut menyertai barisan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu merangkumi...

a)

Setiausaha Pertahanan

b)

Setiausaha Kewangan

c)

Setiausaha Perumahan

d)

Setiausaha Perindustrian

18.

Apakah perkara yang disepakati dalam Rundingan London antara Perwakilan Tanah Melayu dengan British?

a)

Sempadan negara berasaskan bangsa

b)

Bantuan pertahanan daripada Komanwel

c)

Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Perkongsian kos bayaran ganti rugi

19.

Perkara manakah yang berkaitan dengan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permuafakatan parti-parti politik

b)

Pengekalan taraf naungan British

c)

Pengiktirafan hak istimewa orang Melayu

d)

Penggunaan dwi bahasa sebagai bahasa pengantar

20.

Gambar berikut merupakan ulama terkenal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Apakah sumbangan beliau?

a)

Menyertai rombongan ke London

b)

Mengasas gerakan Pan-Islamisme

c)

Memberikan cadangan tarikh kemerdekaan

d)

Mengemukakan memorandum draf perlembagaan

21.

Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis pada tahun 1960-an.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan ancaman tersebut?

a)

Membentuk gagasan Persekutuan Malaysia

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

c)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan bersama Indonesia

d)

Memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan Filipina

22.

Rajah berikut berkaitan dengan langkah pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apakah X?

a)

Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Jawatankuasa Eksekutif

d)

Suruhanjaya Reid

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan Senarai Negeri.

Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri?

a)

Pertahanan

b)

Kesihatan

c)

Pelajaran

d)

Tanah

24.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih besar berbanding Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan?

a)

Mengekalkan keadilan untuk semua

b)

Mewujudkan kerajaan yang kuat

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menyelesaikan masalah dalam negeri

25.

Antara berikut, perkara manakah yang menjelaskan keistimewaan amalan demokrasi berparlimen?

a)

Mengubah sempadan negeri

b)

Mengadili pertikaian pemerintah

c)

Melaksanakan pengasingan kuasa

d)

Mewujudkan kerjasama politik

26.

Apakah peranan Majlis Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

a)

Menggubal pindaan perlembagaan

b)

Merangka dasar pembangunan negara

c)

Menentukan perlaksanaan agihan belanjawan

d)

Memberi nasihat pelantikan jawatan penting

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah X?

a)

Pemansuhan kawalan adat anak negeri

b)

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

c)

Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan

d)

Penamatan kerakyatan secara terbuka

28.

Apakah ciri sebuah negara berdaulat?

a)

Galakan kerjasama politik

b)

Terikat naungan kerajaan asing

c)

Hak melaksanakan pentadbiran

d)

Keadilan agihan pembendaharaan

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang dilaksanakan oleh British di Negeri-Negeri Selat (NNS).

Apakah rasional pengenalan undang-undang tersebut?

a)

Menghalang ketidakadilan

b)

Menyekat gerakan keagamaan

c)

Mengurangkan pengaruh sultan

d)

Melebarkan jurang sosioekonomi

30.

Maklumat berikut berkaitan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan.

Apakah keunikan peristiwa di atas?

a)

Pengamalan sisitem republik

b)

Perjuangan melalui rundingan

c)

Kemunculan golongan intelek

d)

Keseimbangan komposisi kaum

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan ucapan Tunku Abdul Rahman.

Mengapakah beliau berpandangan sedemikian?

a)

Ketidakseimbangan sistem pendidikan

b)

Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

c)

Gagal mematuhi dasar kerajaan

d)

Peningkatan belanja mengurus

32.

Maklumat berkaitan dengan usaha mengatasi ancaman komunis antara Parti Komunis Malaya (PKM), Malaysia dan Thailand.

Apakah DUA perkara yang dipersetujui oleh PKM dalam perjanjian tersebut?

a)

Menamatkan Ganyang Malaysia

b)

Membubarkan unit bersenjata

c)

Memusnahkan jerangkap samar

d)

Membatalkan Operasi Hammer

33.

Berdasarkan Kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan.

Mengapakah sisitem persekolahan tersebut diperkenalkan?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh persekolahan

d)

Mewujudkan kurikulum yang seragam

34.

Matlamat pembentukan Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat progresif.

Apakah DUA ciri masyarakat progresif?

a)

Mengikut kemajuan sains dan teknologi

b)

Mewujudkan persaingan secara positif

c)

Menjamin kebebasan dalam berpolitik

d)

Mengamalkan nilai-nilai ketuhanan

35.

Rancangan Buku Hijau telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 20 Disember 1974.

Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Memajukan industri desa

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pengeluaran makanan

d)

Meningkatkan infrastruktur awam

36.

Dasar Pembangunan NAsional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untu tempoh 10 tahun.

Dasar tersebut bermatlamatkan....

a)

melahirkan tenaga kerja mahir

b)

membangunkan wilayah pedalaman

c)

menyeragamkan dasar kurikulum

d)

mencapai integrasi nasional

37.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Mengubah polarisasi kaum

b)

Melindungi kepentingan nasional

c)

Menghapus sekatan perdagangan

d)

Mencampuri kedaulatan negara luar

38.

Malaysia memberi sumbangan besar dalam menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara yang berkonflik.

Antara berikut, yang manakah DUA negara yang Malaysia terlibat dalam misi tersebut?

a)

Congo

b)

Lubnan

c)

Chad-Libya

d)

Liberia

39.

Malaysia telah menyertai Rancangan Colombo di bawah Komanwel.

Bagaimanakah Malaysia menjayakan rancangan tersebut?

a)

Menangani masalah kemiskinan

b)

Membincangkan isu alam sekitar

c)

Menyediakan kemudahan pertahanan

d)

Mewujudkan keamanan dunia

40.

Gambar berikut berkaitan dengan wawasan Malaysia menuju negara maju.

Apakah isu yang diketengahkan dalam mempertingkatkan integrasi negara anggota?

a)

Pengurangkan ekuiti asing

b)

Pengamalan dasar probarat

c)

Pengecualian cukai import

d)

Pembentukan pertubuhan sosiobudaya