wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS 1 PERCUBAAN TINGKATAN 5 2024 (PUTRAJAYA)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

• Raja

• Undang-undang

• X

• Rakyat

Apakah X?

a)

Kedaulatan

b)

Pembesar

c)

Lambang Kebesaran

d)

Wilayah pengaruh

2.

Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat.

Apakah gelaran kawasan tersebut?

a)

Kawasan jajahan

b)

Kawasan kawalan

c)

Kawasan anugerah

d)

Kawasan pegangan

3.

Revolusi Amerika (1776)

Apakah yang diperjuangkan oleh revolusi berikut?

a)

Menentang raja berkuasa mutlak

b)

Menentang kuasa parlimen

c)

Memperjuangkan hak rakyat

d)

Menentang penindasan penjajah

4.

Abdullah Sidek: Mari Kita Berjuang

Apakah mesej yang disampaikan dalam penulisan novel tersebut?

a)

Meningkatkan ekonomi

b)

Semangat cintakan tanah air

c)

Hak dan keistimewaan peribumi

d)

Kepentingan mempelajari Bahasa Melayu

5.

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik.

Mengapakah perang tersebut berlaku?

a)

Perluasan ideologi komunis

b)

Keperluan bidang perindustrian

c)

Kegagalan perjanjian damai

d)

Pembunuhan bakal maharaja

6.

"Kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu"

Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun.

Apakah kesan kelewatan tersebut terhadap Tanah Melayu?

a)

Penguasaan Bintang Tiga

b)

Kerjasama kaum dieratkan

c)

Kemasukan tentera bersekutu

d)

Perebutan tampuk pemerintahan

7.

Maklumat berikut menerangkan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

• Pelaburan ekonomi

• Melicinkan sistem pentadbiran

Apakah tindakan yang dilakukan British untuk menggantikan BMA?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Menghapuskan institusi kesultanan

c)

Membubarkan Negeri-negeri Selat

d)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

8.

• Za’ba

• Dato’ Onn Jaafar

• Tunku Abdul Rahman

• Dato’ Panglima Garang

Tokoh berikut menjalinkan kerjasama untuk menentang Malayan Union.

Apakah kesan jalinan kerjasama tersebut?

a)

Menerajui tampuk pemerintahan

b)

Menganjurkan Kongres Melayu

c)

Menubuhkan Persatuan Melayu

d)

Memulihkan kepercayaan rakyat

9.

Mengapakah tokoh berikut menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Memberi kebebasan hak bersuara

b)

Memajukan ekonomi orang Melayu

c)

Membentuk kerajaan republik

d)

Memohon kemerdekaan sepenuhnya

10.

John Albert lahir di Melaka sebelum tahun 1948. Beliau berhasrat untuk menetap di negeri Pulau Pinang.

Apakah status kerakyatan beliau mengikut perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Rakyat British

b)

Rakyat Raja Melayu

c)

Rakyat Negeri-negeri Selat

d)

Rakyat Negeri Naungan British

11.

Mengapakah British bertindak memperkenalkan undang-undang berikut di negara kita?

Trade Union Ordinance No.9 of 1948

a)

Menghalang idea pembinaan negara dan bangsa

b)

Menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian kaum

c)

Menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja

d)

Meluluskan penubuhan parti politik berasaskan kaum

12.

Apakah kesan darurat terhadap politik di negara kita?

a)

Menjimatkan kos pentadbiran

b)

Mewujudkan kestabilan politik

c)

Mengelakkan perbalahan kaum

d)

Mempercepatkan kemerdekaan

13.

Apakah konsep kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?

a)

Merdeka

b)

Hidup Melayu

c)

Melayu Raya

d)

Tanah Merdeka

14.

Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan di Tanah Melayu?

a)

Menggubal perlembagaan merdeka

b)

Melatih penduduk mentadbir

c)

Menetapkan pelaksanaan pilihan raya

d)

Menentukan syarat kewarnegaraan

15.

Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan.

Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

a)

I. Membaiki proses pilihanraya

b)

II. Meninjau pandangan rakyat

c)

III. Membuat kajian pilihan raya

d)

IV. Memberi cadangan pilihan raya

16.

Menteri: 10 orang

Pegawai British: 3 orang

Maklumat berikut merujuk kepada anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah portfolio yang dipegang oleh pegawai British tersebut?

a)

Menteri Pengangkutan

b)

Setiausaha Kesihatan

c)

Setiausaha Kewangan

d)

Menteri Tanah dan Galian

17.

Tunku menjelaskan perlunya misi rundingan ke London bagi membincangkan beberapa perkara untuk negara yang akan merdeka.

Apakah perkara tersebut?

a)

I. Keselamatan

b)

II. Perlembagaan negara

c)

III. Hal Ehwal Luar Negeri

d)

IV. Pertahanan

18.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Mendapat hak untuk memerintah sendiri

b)

Mengukuhkan peranan pembesar Melayu

c)

Memantapkan sistem perundangan negeri

d)

Menamatkan sistem pemerintahan monarki

19.

Antara yang berikut, yang manakah lambang negara Malaysia?

a)

I. Wau

b)

II. Keris

c)

III. Jata Negara

d)

IV. Lagu Kebangsaan

20.

Apakah kesan langsung kemerdekaan terhadap sistem pemerintahan negara?

a)

Memajukan teknologi komunikasi

b)

Mengurangkan kadar pengangguran

c)

Memperkenalkan sistem demokrasi

d)

Meningkatkan taraf pendidikan rakyat

21.

Apakah yang menjadi asas kepada peraturan sesebuah negara?

a)

Sistem perundangan

b)

Ketertinggian perlembagaan

c)

Jawatan ketua Peguam Negara

d)

Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

22.

Kedaulatan penting untuk memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain? Bagaimanakah hubungan luar negara tersebut dapat dibentuk?

a)

Penggubalan dasar luar

b)

Pengiktirafan pemimpin

c)

Penerimaan pengaruh luar

d)

Pengurusan dasar ekonomi

23.

• Perak

• Selangor

• Negeri Sembilan

• Pahang

Senarai berikut merujuk kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

Apakah persamaan penggubalan undang-undang di negeri-negeri tersebut?

a)

Diwartakan oleh sultan negeri

b)

Digubal oleh Majlis Persekutuan

c)

Diperkenankan oleh Majlis Raja-raja

d)

Digubal oleh Majlis Undangan Negeri

24.

Pihak yang manakah bertanggungjawab melindungi kedudukan orang Melayu dan bumiputra Sarawak dan Sabah sebelum negara kita mencapai kemerdekaan?

a)

I. Raja

b)

II. Ketua pribumi

c)

III. Residen Jeneral British

d)

IV. Perlembagaan Persekutuan

25.

Antara berikut, yang manakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa eksekutif?

a)

Melantik Panglima Angkatan Tentera

b)

Membubarkan persidangan parlimen

c)

Memperkenankan Rang Undang-undang

d)

Menjadi Ketua Agama Islam di Melaka

26.

Apakah ciri amalan demokrasi di Malaysia?

a)

Pembentukan Majlis Raja-raja Melayu

b)

Pelaksanaan Pilihan raya Umum

c)

Penubuhan Majlis Persidangan Raja-raja

d)

Perlantikan Speaker Dewan Rakyat

27.

Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

I. Undang-undang Islam

b)

II. Kebudayaan dan sukan

c)

III. Kebajikan awam

d)

IV. Perubatan dan kesihatan

28.

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ditubuhkan untuk memastikan keselamatan rakyat di Sabah. Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ESSCOM?

a)

Mengawasi ancaman komunis

b)

Merancang segala kegiatan gerak saraf

c)

Menyelaras fungsi dan pasukan keselamatan Sabah

d)

Mengawasi keselamatan di daerah Pantai Timur Sabah

29.

Menjelang jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam laporan tersebut?

a)

Mengesyorkan penubuhan parti-parti politik di Sarawak

b)

Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia

c)

Mengemukakan gambaran sebenar sokongan penduduk

d)

Memutuskan bahawa Singapura akan menyertai Malaysia

30.

1965: Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno

Apakah kesan peristiwa berikut?

a)

Perang dunia merebak

b)

Sistem beraja dipulihkan

c)

Pakatan tentera dibentuk

d)

Dasar konfrontasi berakhir

31.

Apakah cabaran kerajaan Malaysia dalam memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak serta Sabah?

a)

Masalah modal

b)

Saiz negeri yang besar

c)

Tiada kerjasama rakyat

d)

Kedudukan yang bergunung ganang

32.

Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah faktor pemisahan tersebut?

a)

Konflik perkauman

b)

Masalah kepimpinan

c)

Cabaran keselamatan

d)

Kedudukan Singapura terancam

33.

Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasa Bahasa Melayu?

a)

Memartabatkan Bahasa Melayu

b)

Mengadakan kursus bahasa asing

c)

Menerbitkan buku dalam pelbagai bahasa

d)

Menawarkan biasiswa kepada pelajar dalam dan luar negara

34.

Bagaimanakah sukan dapat membantu mengurangkan jurang perkauman di Malaysia?

a)

Memberi ganjaran kepada atlet

b)

Memupuk semangat setiakawan

c)

Menggalakkan persaingan antara kaum

d)

Mengadakan pertandingan sukan yang kompetitif

35.

Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Mengapakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Meningkatkan hubungan diplomatik

c)

Meningkatkan kadar pelaburan asing

d)

Membangunkan sektor Perindustrian

36.

Gambar rajah berikut berkaitan dengan Rancangan Buku Hijau.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan rancangan tersebut?

a)

Menyokong pelaksanaan DEB

b)

Memajukan penduduk luar bandar

c)

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

d)

Menambah pengeluaran bahan makanan

37.

Apakah yang menjadi faktor utama dalam penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Politik global

b)

Ikatan Sejarah

c)

Ancaman komunis

d)

Peribadi pemimpin

38.

Bagaimanakah Malaysia menangani cabaran berkaitan keselamatan serantau?

a)

Menutup sempadan

b)

Meningkatkan tarif import

c)

Mengamalkan dasar berkecuali

d)

Menjalin kerjasama pertahanan

39.

Apakah peranan utama Malaysia dalam isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa?

a)

Menggalakkan peperangan

b)

Meningkatkan eksport senjata

c)

Memberi bantuan kemanusiaan

d)

Mengawal perdagangan antarabangsa

40.

Apakah dokumen utama yang menjadi panduan dalam usaha global untuk menangani perubahan iklim?

a)

Protokol Kyoto

b)

Konvensyen Geneva

c)

Deklarasi Hak Asasi Manusia

d)

Perjanjian Perdagangan Bebas