WorksheetsKATA HUBUNG 1
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Penduduk Kampung Berapit amat taat akan ketua kampung mereka __________ mematuhi segala arahan beliau dan sentiasa mendengar nasihat yang diberikan.
serta
dengan
seraya
tatkala
Encik Soh sedang berbual-bual dengan rakan sejawatnya __________ menanti kedatangan pelanggan mereka.
manakala
sementara
seraya
lantaran
Rumah kecil itu cantik dan bersih _________ rumah besar di sebelahnya pula buruk dan kotor.
manakala
kendatipun
bahawa
justeru
"__________ ibu dan ayah pulang lewat hari ini, kamu tidurlah dahulu," kata Encik Soh kepada anaknya.
Selagi
Sungguhpun
Sekiranya
Sampai
Jefferey bangun _______ berkata, "Inilah kesudahan orang yang enggan mendengar nasihat."
semenjak
jika
padahal
seraya
Setiap rakyat haruslah berganding bahu untuk memajukan negara _______ negara kita mencipta nama di persada dunia.
agar
namun
kerana
maka
Ibu merebus keledek itu ________ empuk sebelum dilecek.
setelah
sehingga
sesudah
akhirnya
__________ rumah banglo mampu dimiliknya, ___________ sebuah kereta mewah.
Bukan sahaja ... namun
Bukan sahaja ... malahan
sama ada ... atau
entah ... entah
__________ saya menunggunya di sini panas dijemur matahari, __________ saya pulang ke rumah.
Biarpun... atau
Bukan sahaja ... malahan
Daripada ... lebih baik
semakin ... semakin
Encik Soh seorang yang kaya dengan harta yang banyak, _________ beliau tidak pernah bersikap bongkak.
namun
atau
maka
entah
Saya tidak pernah melawat ke Tokong Kek Lok Si _______ saya menetap di Pulau Pinang.
apabila
sementara
selama
tetapi
Encik Tan terpaksa makan tengah hari di warung Mak Limah _________ isterinya pulang ke kampung.
semenjak
sementara
manakala
tatkala
Jason suka membeli barang-barang berjenama ____________ gajinya kecil sahaja.
malah
padahal
maka
selagi
_________ kejadian itu berlaku, saya sedang menelaah pelajaran di dalam bilik.
Namun
Andai kata
Ketika
Sementara
Wei Xian memberitahu Cikgu Soh _________ dia mempunyai sebuah komputer riba yang hebat.
bagi
supaya
sampai
bahawa
