Font size
WorksheetsKuiz Pantun Teka-Teki
Total questions: 15
Worksheet time: 28mins
Melihat bintang di langit kelam
Adapun bulan tertutup abu
Apa binatang darahnya hitam
Janggut delapan tulangnya satu?
ular
sotong
burung gagak
harimau Bintang
Buah manga di atas para
Masak sebili lalu dimakan
Cuba teka apakah benda
Makin diisi makin ringan?
Pergi ke hulu naik sampan
Tidak lupa singgah di taman kota
Punya sisik, tapi bukan ikan
Punya mahkota, tapi bukan raja
nenas
durian
salak
buah naga
Tamu datana tanpa dijangka
Disambut dengan ramah dan mesra
Dengar tuan saya bertanya
Layang-layang apa gagah perkasa?
wau bulan
burung helang
kapal terbang
belon udara panas
Duit habis pasti bersedih
Perlu belanja berpada-pada
Loreng-loreng hitam putih
Punya empat kaki mirip kuda
Anak-anak bermain batu
Batu dilempar satu per satu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?
duri
lidi
pisau
jarum
Ke pasar membeli ikan
paling enak yang bawal hitam
Kalau siang mata tak kelihatan
kalau malam matanya tajam
Berjalan-jalan di Taman Mini
Turun hujan kubasah kuyup
Coba teka barang apa ini
Dipegang mati dilempar hidup
jala
mancis
gasing
lampu suluh
Gadis cantik bertopi baret
Cantiknya seperti bunga mekar
Putih-putih duduk berderet
Di luar tebing di dalam pagar
gigi
uban
Kentos kelapa
pagar rumah
Adik ingin ke rumah Rina
Perlu berjalan banyak rintangan
Memiliki mata tiga warna
Satu kaki tanpa tangan
Pergi ke sekolah dengan Aman
Jangan lupa membawa buku
Berkaki empat tanpa badan
Cubalah teka apakah aku?
Air diguna bersihkan muka
Muka dilap tuala yang carik
Jika kamu mampu meneka
binatang apa tidur terbalik?
tupai
kelawar
monyet
burung hantu
Sayur sawi sayur bayam,
Dimasak bening untuk santapan,
Tugasnya selamatkan nyawa awam,
Meredah api dalam kebakaran
Pisang berangan dibuat pengat,
Dicampur dengan gula melaka,
Setiap detik setiap saat,
Menghitung waktu tak kira masa.
Warna biru cantik menawan,
Warna merah warna kegemaran.
Semasa kecil menjadi kawan,
Sudah besar menjadi lawan.
