wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 3

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di atas menunjukkan struktur bumi.


Namakan lapisan P dalam rajah di atas.

a)

Mantel

b)

Teras luar

c)

Kerak bumi

d)

Teras dalam

2.

Mengapakah kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan pelancongan?

a)

Suhu yang rendah

b)

Kos pembinaan yang berpatutan

c)

Terdapat hutan paya yang cantik

d)

Mempunyai lokasi pelancongan yang menarik

3.

Apakah musim yang dialami di negara Jepun pada bulan Disember?

a)

Soltis musim sejuk

b)

Soltis musim panas

c)

Ekuinoks musim luruh

d)

Ekuinoks musim bunga

4.

Apakah ciri iklim di garisan lintang 0°?

a)

Iklim empat musim

b)

Iklim sejuk sederhana

c)

Iklim panas yang nyata

d)

Iklim panas dan lembap

5.

Mengapakah tumbuhan semula jadi di Malaysia penting kepada alam sekitar?

a)

Mengekalkan habitat fauna

b)

Ketidakseimbangan ekosistem

c)

Dijadikan kawasan ekopelancongan

d)

Membekalkan sumber bahan mentah

6.

Antara berikut, kawasan manakah yang berkembang maju kerana terdapatnya pusat pendidikan?

a)

Skudai

b)

Seremban

c)

Kota Bharu

d)

Petaling Jaya

7.

Peta topo berikut merupakan petempatan di suatu kawasan.


Apakah jenis pola petempatan yang ditunjukkan dalam peta?

a)

Pola petempatan berkelompok

b)

Pola petempatan berselerak

c)

Pola petempatan berpusat

d)

Pola petempatan berjajar

8.

Apakah kebaikan pelancaran satelit kepada penduduk di Malaysia?

a)

Dapat melayari video di Youtube

b)

Mendapat liputan drama seluruh dunia

c)

Mendapat liputan siaran langsung berita

d)

Dapat mendengar lagu daripada peranti mudah alih

9.

Gambar di atas menunjukkan produk yang terhasil daripada sumber bahan semula jadi yang terdapat di Malaysia.


Apakah sumber bahan semula jadi yang terkandung dalam produk tersebut?

a)

Emas

b)

Kaolin

c)

Bauksit

d)

Arang batu

10.

Kegiatan Indsutri Kecil dan Sederhana (IKS) manakah yang boleh dijalankan di Malaysia?

a)

Industri pengetinan sardin ikan kod

b)

Industri pembuatan sarung tangan

c)

Industri pembuatan tayar kereta

d)

Industri pembuatan ikan kering

11.

Bagaimanakah kawasan delta membantu penduduk di Asia Tenggara memperoleh pekerjaan?

a)

Menjalankan kegiatan perlombongan

b)

Menjalankan kegiatan pembalakan

c)

Menjalankan kegiatan akuakultur

d)

Menjalankan aktiviti pertanian

12.

Mengapakah Bandar Hanoi merupakan kawasan padat?

a)

Tiada ancaman siklon

b)

Merupakan ibu negara

c)

Tiada ancaman tsunami

d)

Merupakan bandar satelit

13.

Antara berikut, pernyataan manakah tepat tentang iklim Tundra?

a)

Berlaku di kawasan Mongolia

b)

Kerpasan turun dalam bentuk salji

c)

Suhu musim panas tidak melebihi 10°

d)

Suhu musim sejuk tidak mencapai takat beku

14.

Bagaimanakah kemajuan teknologi Kereta Api Shinkasen membantu penduduk di Jepun?

a)

Memendekkan jarak perjalanan penduduk

b)

Mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida

c)

Meningkatkan darjah ketersampaian penduduk

d)

Membantu penduduk luar bandar ke tempat kerja

15.

Peta 1 menunjukkan sebahagian taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia.


Apakah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di lokasi X?

a)

Daun yang nipis dan lembut

b)

Daun yang banyak dan lebar

c)

Daun bersaiz kecil dan halus

d)

Daun bersaiz lebar dan tirus

16.

Bagaimanakah krisis sumber semula jadi dunia memberikan kesan kepada masyarakat sesebuah negara?

a)

Berlaku peningkatan kadar inflasi

b)

Berlaku konflik perebutan kawasan

c)

Berlaku peningkatan kadar kebuluran

d)

Berlaku penurunan pendapatan negara

17.

Sekiranya air permukaan telah tercemar sepenuhnya, langkah manakah yang paling efektif untuk mencari sumber air bersih?

a)

Rawatan air kumbahan

b)

Meneroka air bawah tanah

c)

Kempen Cintai Sungai Kita

d)

Pemuliharaan kawasan tadahan air

18.

Sekiranya anda merupakan seorang pelajar, apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pencemaran?

a)

Menguatkuasakan undang-undang

b)

Menanam pokok di persekitaran sekolah

c)

Menghentikan penggunaan bahan api fosil

d)

Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar

19.

Apakah matlamat teknologi hijau?

a)

Meningkatkan tahap kesihatan manusia

b)

Melindungi ekosistem buatan manusia

c)

Mengurangkan impak kesan manusia

d)

Merancakkan pembangunan negara

20.

Antara berikut, pernyataan manakah tepat tentang kitar semula?

a)

Mengurangkan penggunaan plastik pakai buang

b)

Pakaian lama yang masih elok boleh didermakan

c)

Bekas botol minyak diproses menjadi pasu bunga

d)

Bekas plastik boleh diguna semula untuk mengisi air

21.

Tumbuhan yang manakah tumbuh di kawasan bersaliran buruk?

a)
b)
c)
d)
22.

Kawasan tunbuh-tumbuhan semula jadi yang manakah menjalankan kegiatan ekopelancongan?

a)

Bintulu, Sarawak

b)

Kuala Gandah, Pahang

c)

Kota Kinabalu, Sabah

d)

Kuala Sepetang, Perak

23.

Kejadian dalam gambar di atas merujuk kepada

a)

kemerosotan sumber air di kawasan tersebut

b)

air hujan kurang diterima di kawasan berkenaan

c)

kemusnahan tumbuhan semula jadi mengurangkan cengkaman tanah

d)

pembinaan struktur yang mengumpul air meningkatkan kuantiti air dalam parit

24.

Agensi yang manakah menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia?

a)

JAS

b)

WWF

c)

OPEC

d)

FELDA

25.

Sumber yang manakah menunjukkan sumber boleh baharu?

a)
b)
c)
d)
26.

Pernyataan yang manakah faktor perkembangan kegiatan ekonomi Malaysia?

a)

Agensi kerajaan membiayai pelaburan

b)

Bahan mentah yang diimport mendapat subsidi

c)

Pekerja asing tertumpu dalam sektor pelancongan

d)

Kerajaan terlibat secara langsung dalam perniagaan

27.

Hidupan liar yang manakah terdapat di kawasan yang mempunyai hujan kurang daripada 250mm setahun dan kelembapan rendah?

a)
b)
c)
d)
28.

Kawalan bilangan hidupan liar dalam suatu ekosistem secara semula jadi dikaitkan dengan peranan sebagai...

a)

pengawal semula jadi

b)

penyebaran tumbuhan

c)

keseimbangan hidupan liar

d)

penggalak ekopelancongan

29.

Apakah sumber hutan yang diperoleh daripada hutan paya?

a)

Cendawan

b)

Pucuk paku

c)

Daun Nipah

d)

Refflesia

30.

Gas yang terhasil daripada pereputan sisa di tapak pelupusan dan 25 kali ganda lebih berbahaya daripada karbon dioksida ialah...

a)

karbon

b)

metana

c)

sulfur dioksida

d)

nitrogen oksida

31.

Rajah di atas menunjukkan bentuk muka bumi pandang darat fizikal sungai. Padang darat fizikal tersebut terdapat di aliran sungai bahagian...

a)

hulu

b)

tengah

c)

hilir

d)

muara

32.

"Habitat pelbagai hidupan"

Maklumat di atas merupakan ciri sistem fizikal bumi. Apakah lapisan tersebut.

a)

Atmosfera

b)

Hidrosfera

c)

Litosfera

d)

Biosfera

33.

"Prai" dan "Shah Alam"

Apakah persamaan fungsi petempatan bandar di atas?

a)

Pelabuhan

b)

Pertahanan

c)

Perindustrian

d)

Perlombongan

34.

"Petempatan dibina berjauhan antara satu dengan yang lain"

"Terdapat di kawasan kebun kecil getah"

Apakah pola petempatan tersebut?

a)

Berjajar

b)

Berpusat

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

35.

Antara berikut, yang manakah negara di Asia Tenggara yang bersifat kepulauan.

a)

Laos

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Thailand

36.

Antara berikut yang manakah dikaitkan dengan pernyataan di bawah

a)

Mesosfera

b)

Hidrosfera

c)

Litosfera

d)

Biosfera

37.
Apakah bentuk muka bumi yang terdapat di peringkat hulu sungai.
a)
Lurah U
b)
Tetambak
c)
Air terjun
d)
Tasik ladam
38.

Sungai yang manakah mempunyai kepentingan berikut?

a)

Sungai Perak

b)

Sungai Pahang

c)

Sungai Rajang

d)

Sungai Kinabarangan

39.

Kawasan berikut penting untuk penanaman

a)

Padi

b)

Getah

c)

Nanas

d)

Tembakau

40.
Apakah jenis iklim di zon sejuk?
a)
Iklim China
b)
Iklim Tundra
c)
Iklim Savana
d)
Iklim Laurentia
41.

Apakah jenis pola penempatan di lokasi berikut?

a)

Berjajar

b)

Berpusat

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

42.

Apakah faktor utama kawasan berikut menjadi tumpuan penduduk?

a)

Pertanian

b)

Perkilangan

c)

Perindustrian

d)

Perlombongan

43.
Apakah langkah pengurusan sumber yang berkaitan dengan sumber hutan di Malaysia?
a)
Rawatan Sivilkultur
b)
Program Kitar Semula
c)
Penggunaan Sumber alternatif
d)
Penguatkuasaan undang-undang
44.

Fenomena X dalam rajah di bawah ialah

a)

Jerebu

b)

Hujan Asid

c)

Kesan Rumah Hijau

d)

Penipisan Lapisan Ozon

45.
Bagaimanakah perkembangan telekomunikasi memberi kesan terhadap pembangunan sosial di Malaysia ?
a)
Menarik pelabur asing
b)
Memudahkan pengangkutan barang
c)
Meningkatkan kemajuan pendidikan
d)
Meningkatkan darjah ketersampaian
46.

Foto 1 menunjukkan pengangkutan Bandar raya Kuala Lumpur. Mengapakah pengangkutan di atas diwujudkan di bandar raya Kuala Lumpur ?

a)

Mencantikkan landskap bandar

b)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

c)

Mengurangkan kejadian gerakan jisim

d)

Menjimatkan masa perjalanan

47.
Mengapakah pengangkutan air penting di Sabah dan Sarawak ?
a)
Meningkatkan darjah ketersampaian
b)
Menarik kedatangan pelancong
c)
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
d)
Meningkatkan taraf hidup penduduk
48.
Kedudukan matahari tegak di garisan sartan pada 21 Jun merujuk kepada kejadian
a)
Solstis musim panas
b)
Ekuinoks Musim luruh
c)
Ekuinoks musim bunga
d)
Solstis musim sejuk
49.

Antara berikut manakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan berlorek dalam peta di bawah ?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Berikut adalah kepelbagaian biologi diancam kepupusan. Apakah langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut ?

a)

Ladang hutan

b)

Hutan simpan

c)

Rawatan silvikultur

d)

Penghutanan semula