wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 11 APLIKASI QAWAID FIQHIYYAH DALAM KOMUNIKASI

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan faedah mempelajari ilmu Qawaid fiqhiyyah KECUALI:

a)

mendapat dosa

b)

membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip syariah dan fiqh

c)

mengetahui hukum daripada masalah fiqh yang timbul sepanjang zaman termasuk masalah yang tidak mempunyai nas dari al-Quran dan Sunnah

d)

pecahan dan cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah fiqhiyyah

2.

Berapakah kaedah asas bagi qawaid fiqhiyyah yang telah kita pelajari?

a)

7

b)

12

c)

5

d)

1

3.

Kaedah utama bagi qawaid fiqhiyyah adalah

a)

Setiap amalan bergantung kepada niat

b)

Kemudaratan perlu dihapuskan

c)

Kesulitan menjadi sebab keringanan/kemudahan

d)

Kemudharatan hendaklah dihilangkan

e)

Adat sebagai sumber hukum

4.

Apakah maksud masyaqqah (kesukaran) dalam Kaedah Fiqh "Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan" ?

a)

A. Perkara yang menjadi sukar bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia

b)

B. Keadaan sukar yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal

c)

C. Keadaan yang boleh membawa kepada impak buruk atau negatif

d)

D. Keadaan yang membawa kepada bahaya

5.

Jatuh talak jika seseorang dipaksa untuk menuturkannya.

a)

Benar

b)

Salah

6.

Dalam bahasa Arab, KAEDAH FIQH diistilahkan sebagai?

a)

Qawakib Fiqh

b)

Qawaid Fiqh

c)

Qasaid Fiqh

d)

Qawadih Fiqh

7.

Apakah maksud Kaedah Fiqh?

a)

Sekumpulan kaedah-kaedah hukum fiqh yang dirumuskan ulama

b)

Sekumpulan umat Islam yang membincangkan tentang hukum fiqh

c)

Sekumpulan kitab dan penulisan ulama tentang fiqh

d)

Sekumpulan dasar-dasar pengurusan dan pemerintahan negara

8.

Pilih penyataan yang benar tentang KAEDAH FIQH:

i. Satu kaedah umum yang dirumuskan

ii. Diambil daripada Quran dan Sunnah

iii. Disusun oleh para ulama

iv. Dihasilkan untuk memudahkan hukum

a)

i & ii

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv.

9.

Apakah maksud "al-Umur bi Maqasidiha"?

الأمُوْرُ بمَقَاصِدِها

a)

Setiap perkara ditentukan hukumnya berdasarkan niat pelaku

b)

Setiap niat ditentukan hukumnya berdasarkan apa yang dilakukan

c)

Setiap perkara ditentukan hukumnya berdasarkan siapa si pelaku

d)

Setiap perkara ditentukan hukumnya berdasarkan umur pelakunya

10.

Apakah tuntutan Islam berkaitan "al-Umur bi Maqasidiha"?

a)

Semua perkara berdasarkan niat, tetapi niat tidak menghalalkan cara

b)

Niat menentukan sesuatu aktiviti itu baik/berpahala atau buruk/berdosa

c)

Apa sahaja perlakuan dan aktiviti manusia, perlu disertakan niat yang baik

d)

Walaupun niat seseorang baik, tetapi jika perlakuannya melanggar Syariat, dia tetap berdosa

11.

Manusia mempunyai matlamat tertentu dalam melakukan sesuatu perkara. Misalnya Ahmad makan kerana lapar dan ingin kenyang, minum kerana haus, tidur kerana mengantuk. Ali pula belajar di UiTM kerana ingin mendapatkan sijil bagi mencari kerjaya.

a)

Namun, jika kesemua ini diniatkan untuk menjalankan amanah sebagai hamba Allah, maka ia berpahala.

b)

Namun, jika tidak diniatkan kerana Allah maka perbuatan ini berpahala.

c)

Namun, jika tidak diniatkan kerana Allah maka perbuatan ini berdosa.

12.

Apa sahaja matlamat dan objektif manusia dalam melakukan sesuatu perkara perlulah

a)

Selari dengan objektif dan matlamat Syarak

b)

Memberikan manfaat kepada dirinya sendiri

c)

Menjamin ekonomi negara

d)

Selari dengan agenda peribadi

13.

Apakah maksud kaedah "al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir"?

المَشَقَّة تَجْلِبُ التَيْسِيْر

a)

Apabila wujud kesukaran, Islam memberikan kelonggaran dalam sesetengah perkara

b)

Apabila wujud kesenangan, maka Islam akan menyempitkan perkara tersebut

c)

Apabila wujud masalah, Islam akan menyelesaikan permasalahan tersebut

d)

Setiap kali wujud kepayahan, maka gugur kewajipan ibadat

14.

Apakah contoh al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir?

a)

Boleh melihat aurat untuk tujuan mengubati pesakit.

b)

Boleh solat jamak & qasar apabila bermusafir.

c)

Apabila tiada makanan dan wang maka boleh berpuasa.

d)

Apabila tidak ada air maka digantikan dengan tayammum.

15.

Apakah maksud kaedah "al-Darar Yuzal"?

الضَرَرُ يُزَال

a)

Setiap kemudaratan tidak boleh dilakukan

b)

Setiap kemudaratan perlu dihilangkan

c)

Setiap kebaikan perlu dihilangkan

d)

Setiap kemudaratan perlu diterima dengan hati terbuka

16.

Apakah maksud "al-Yaqin La Yuzalu bi al-Syak"?

اليَقين لا يُزال بِالشَّك

a)

Perkara yang diyakini perlu diutamakan berbanding perkara yang meragukan

b)

Perkara yang meragukan perlu diberikan keutamaan berbanding perkara yang diyakini

c)

Perkara yang meragukan tidak boleh diyakini

d)

Perkara yang diyakini tidak boleh diragukan

17.

Kaedah Fiqh amat memberi penekanan kepada konsep KEYAKINAN. Kaedah ini menuntut umat Islam untuk

a)

Memerhatikan dan mencari bukti-bukti sehingga yakin tentang sesuatu perkara

b)

Berpada atau cukup sekadar dengan hati sahaja dalam meyakini sesuatu

c)

Merujuk kepada pertimbangan akal dalam apa sahaja keraguan

d)

Meyakini sesuatu walau bukti menunjukkan sebaliknya

18.

Ali membeli telefon. Kemudian, telefon tersebut rosak. Ali membawa telefon itu ke kedai Abu. Namun, Ali tidak menunjukkan sebarang resit pembelian. Ali tetap berkeras supaya Abu menggantikan telefon yang rosak tersebut. Dakwaan siapakah yang sepatutnya diterima?

a)

Dakwaan Abu kerana asal sesuatu perkara adalah tiada melainkan Ali menunjukkan bukti ada.

b)

Dakwaan Ali kerana Ali adalah pelanggan dan customer is always right.

c)

Dakwaan Abu kerana Abu adalah penjual. Apa sahaja yang disebut penjual perlu diterima.

d)

Dakwaan Ali kerana Ali telah teraniaya oleh Abu yang telah menindasnya.

19.

Pada 11 Jun 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengumumkan Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19. Meskipun penangguhan ini melibatkan kerajaan Arab Saudi secara langsung, pendakwah berdepan dengan masyarakat yang kecewa dengan keputusan tersebut lantaran sudah lama menunggu giliran dan persediaan yang mencukupi.

Sebagai seorang yang telah mempelajari ilmu qawaid fiqhiyyah, salah satu cara untuk menenangkan golongan ini adalah dengan menerangkan menggunakan kaedah fiqah

a)

kemudaratan perlu dihapuskan

b)

Kesulitan membawa keringanan

c)

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak

d)

Segala urusan berdasarkan niatnya

20.

Kepentingan ilmu qawaid fiqhiyyah adalah untuk

a)

Memberi kemudahan kepada ulama dan masyarakat awam untuk membuat rujukan dan memahami dalil-dalil

b)

Memudahkan hukum yang sedia ada telah ditetapkan

c)

Membantu dalam membuat penentuan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul

d)

Membina hukum yang baru