WorksheetsLATIH TUBI SEJ BAB 3 DAN 4
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?
Berlaku disebabkan krisis ekonomi
Persaingan kuasa imperialis
Pakatan ketenteraan
Krisis Rantau Balkan
Apakah penyebab kepada berlakunya krisis rantau Balkan?
Akibat keperluan bahan mentah
Persaingan sihat dalam perdagangan
Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia
Berlakunya Perang Dunia Kedua
Antara berikut, yang manakah bukan terdiri daripada Kuasa Tengah?
Jerman
Bulgaria
Empayar Uthmaniyah
Rusia
Pakatan Bertiga terdiri daripada ....
Britian, Perancis dan Rusia
Romania, Portugal, Jerman
Serbia, Itali, Bulgaria
Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece
Peristiwa apakah yang berlaku pada 4 Ogos 1914?
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia
Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium
Itali menyertai Perancis dalam Pakatan Bertiga
Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk Serbia
Penglibatan negara manakah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?
Jerman
Greece
Amerika Syarikat
Rusia
Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?
I Keruntuhan Pemerintahan Beraja
II Kemunculan Negara Baharu
III Kesedaran Nasionalisme bermula
IV Amerika Syarikat merdeka
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Setelah revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II, kerajaan bentuk apakah yang muncul di Rusia?
Demokrasi
Republik
Komunis
Teokrasi
Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?
I Pakatan Ketenteraan
II Persaingan kuasa imperialis
III Kemunculan Ideologi baharu
IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
I dan IV
I dan II
II dan III
III dan IV
Apakah cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?
I Krisis Manchuria
II Perjanjian Pelucutan Senjata
III Krisis Habsyah
IV Krisis rantau Balkan
I, II ,III
I, II, IV
II, III, IV
I,III,IV
Terdapat dua kuasa yang terlbiat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada..
Jerman, Britain dan Perancis
Jerman, Itali dan Jepun
Jepun,Perancis dan Amerika Syarikat
Rusia, Perancis dan Britian
Dalam Operasi Barbarossa, Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia dengan dibantu oleh 3350 kereta kebal dan 2270 kapal terbang. Operasi tersebut disertai oleh tentera...
Romania, Jepun, Jerman
Jerman , Itali, Finland
Finland,Romania,Hungary
Austria, Romania, Hungary
Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?
Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran
Sentiasa berani menempuh dugaan
Rasional dalam tindakan
Sentiasa bersiap siaga
Apakah kod operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis pada Jun 1944?
Mission Impossible
D-Day
A-Team
Ini kali lah
Berikut merupakan kawasan manakah Perang Dunia Kedua berlaku di Asia Pasifik kecuali..
Lautan Pasifik
Tanah Besar Asia
Kepulauan Laut Mediteranean
Kepulauan Asia Tenggara
Apakah reaksi pihak Bersekutu setelah Jepun berjaya menguasai Korea,Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina?
Menyerang pangkalan tentera Jepun
Mengenakan sekatan ekonomi
Memberikan sokongan ketenteraan
Menyertai Jepun dalam perluasan kuasa
Perang Dunia Kedua bermula setelah Jepun menyerang ..
I Tanah Melayu
II China
III Pearl Harbour
IV Filipina
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Apakah antara propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk menambat hati orang di Asia Tenggara?
Semangat Asia
Asia untuk Orang Barat
Bersama Jepun Bangkit
Jepun negara matahari terbit
Apakah isi kandungan Kertas Putih 6274?
Pengenalan Sistem Jemaah Menteri
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Raja-Raja Melayu diberi kuasa dalam pentadbiran
Penubuhan sebuah pentadbiran berpusat di bawah jajahan British
Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
Mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran
Membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Mempunyai hak mengutip cukai
Bagaimanakah BMA memulihkan keamanan di Tanah Melayu?
Membubarkan pasukan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
Menyingkirkan pembesar Melayu yang menyokong Jepun
Memulihkan kuasa Raja-Raja Melayu di tanah Melayu
Memecat pegawai yang pernah bekerjasama dengan Jepun
Mengapakah Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal abidin enggan menerima Malayan Union?
Bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
Berlawanan dengan Undang-Undang Adat Negeri
Mengurangkan penglibatan rakyat tempatan dalam pentadbiran
Menyebabkan kuasa raja terus terhapus
Bagaimanakah Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union?
Mengadakan demontrasi secara aman
Membawa kes ke Makhamah Tinggi England
Mengarahkan pembesar dan rakyat bersatu
Bekerjasama dengan pasukan Force 136
Mengapakah Charles Vyner Brooke ingin menyerahkan Sarwak kepada British?
Tidak berminat untuk memerintah
Masalah pewarisan takhta
Tiada sokongan penduduk
Memberi kemerdekaan kepada Sarawak
Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British?
Tidak ingin dijajah oleh British
Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
Vyner Brooke tidak mempedulikan pendapat rakyat tempatan
Rakyat tempatan ingin memerintah sendiri
Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa "Sungkit Berdarah"?
Pembunuhan Duncan Stewart
Pembunuhan Anthony Brooke
Serangan terhadap tentera British
Serangan terhadap keluarga Brooke
Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk tempatan?
Meningkatkan peluang pekerjaan
Tidak memahami tujuan penyerahan
Memajukan penduduk luar bandar
Memberi pendidikan kepada semua penduduk
