NEW
Font size
WorksheetsLatihan Bhgn Al- Quran & Hadis Pendidikan Islam Tingkatan 2
Total questions: 36
Worksheet time: 18mins
Umat Islam perlu _____ agar ditetapkan hati dalam hidayah Allah SWT.
beristighfar
bertaubat
berzikir
berdoa
Orang _____ sentiasa diteguhkan hatinya dalam keimanan sebagai tanda rahmat dankasih sayangNya.
Fasiq
Muslim
Munafiq
Mukmin
Allah SWT memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya kerana hidayah itu milikNya yang ______.
azali
terpuji
mutlak
disanjung
Allah SWT suka untuk memberikan hidayah dan _____ kepada hambanya agar terus kekal berada dalam keimanan.
rahmat
takwa
ikhlas
iman
Para malaikat dan orang berilmu mengakui _____, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT.
ketaatan
keesaan
kekuatan
kekuasaan
Bukti dan dalil Keesaan, Keagungan dan Kebijaksanaan Allah SWT dapat disaksikanmelalui penciptaan alam ____ dan dalil ayat-ayat al-Quran.
bumi
dunia
akhirat
semesta
Berikut ialah ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Allah Yang Maha Esa, kecuali
Melakukan ibadat bukan kerana Allah
Bersih daripada perbuatan syirik dan khurafat
Menjalankan undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan syariat Allah
Melakukan perkara syirik seperti menyembah berhala, bertenung nasib dan memuja syaitan
Maha Esa pada af’al bermaksud bahawa tiada seorang pun yang boleh menyerupai____ Allah.
perbuatan
kata- kata
keagungan
kebijaksanaan
Jelaskan akibat tidak menghargai nikmat Allah swt terhadap individu
Kehidupan menjadi sia-sia.
Masyarakat porak –peranda.
Berlaku pencemaran alam.
Negara hancur dan musnah.
Berikut adalah proses kejadian manusia menurut Al Quran.
Alaqah…Nutfah…Izam…Mudghah
Mudghah…Izam…Alaqah…Nutfah
Nutfah…Alaqah…Mudghah…Izam
Izam…Nutfah…Alaqah…Mudghah
Nyatkan huruf Izhar Halqi
ه
و
م
ل
Hukum nun sakinah dan tanwin apabila bertemu huruf hijaiyah ialah
Ikhfa Shafawi
Idgham Mislain
Izhar shafawi
Ikhfa Hakiki
Huruf Iqlab ialah
ح
ب
ن
ع
Menyembunyikan bunyi mim serta dengung ialah hukum bagi
Izhar Halqi
Idgham Mislain
Ikhfak Syafawi
Izhar Syafawi
Jelaskan cara anda mengukuhkan persaudaraan melalui perbuatan
Mengucapkan salam.
Menjauhi perasaan dengki.
Membantu mereka yang memerlukan.
Menyampaikan ilmu kepada orang lain.
Menurut Ibnu Mas’ud Tali Allah bermaksud
Agama Tauhid
Agama Islam
Agama Langit
Agama Samawi
Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama…………….yang salingmemperkukuh antara satu sama lain.
satu amalan
satu persaudaraan
satu ikatan
satu bangunan
Berikut adalah kesan buruk perpecahan umat.
Dakwah Islam tidak berkembang.
Umat Islam menjadi kuat.
Umat Islam hidup aman.
Mengekalkan ekonomi umat.
Taubat bermaksud
Meninggalkan maksiat
Kembali mentaati Allah
Tidak membuat dosa
Meninggalkan syirik
Berikut adalah syarat-syarat taubat kecuali
Melupakan dosa tersebut
Menyesali dosa tersebut
Berhenti melakukannya
Memohon maaf
Jelaskan kesan taubat terhadap masyarakat
Hati menjadi tenang
Syariat Islam dapat dilaksanakan
Terhindar dari melakukan dosa
Gejala sosial berkurangan
Berikut ialah sifat-sifat Rasulullah yang perlu dicontohi kecuali
Pemaaf
Pemarah
Lemah lembut
Memohon keampunan untuk orang lain
Terangkan hikmah bertawakal dalam berdakwah.
Melahirkan sifat malas berusaha.
Memberikan kegelisahan dan kegusaran.
Menanamkan sifat mudah putus asa dalam diri.
Menambahkan keimanan kerana berhubung dengan Allah SWT.
Yang manakah antara berikut bukan hikmah mencontohi sifat dakwah Rasulullah
Mendapat pertolongan Allah.
Menggalakkan permusuhan dan perselisihan.
Memupuk perasan kasih sayang dan belas kasihan.
Keperibadian yang mulia akan membuat kawan dan lawan tertarik.
Rasulullah seorang yang lemah lembut.Yang manakah antara berikut bukan contoh lemah lembut Baginda.
Menggunakan tutur kata yang baik.
Menggunakan intonasi suara yang sesuai.
Membalas kejahatan manusia dengan kejahatan.
Membalas kejahatan manusia dengan kebaikan.
Apakah hukum mengambil harta orang lain secara batil dan membinasakan diri sendiri dan orang lain.
Wajib
Sunat
Harus
Haram
Jelaskan kepentingan memelihara dan menghargai harta dan nyawa.
Harta dan nyawa adalah azab daripada Allah.
Harta dan nyawa adalah nikmat daripada Allah.
Harta dan nyawa adalah rahmat daripada Allah.
Harta dan nyawa adalah kemurkaan daripada Allah.
Tujuan syariat Islam (maqasid as-syariah) untuk menjaga perkara berikut kecuali
Akal
Agama
Nyawa
Makanan
Islam melarang umatnya mengambil dan menggunakan harta secara batil kerana
Melanggar perintah manusia.
Mendapat dosa dan dimurkai Allah.
Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan.
Menambah keberkatan dan rahmat daripada Allah.
Apakah maksud kemungkaran
Setiap perbuatan yang disuruh dan diwajibkan oleh syariat Islam.
Setiap perkataan yang dilarang dan diharamkan oleh syariat Islam.
Setiap perbuatan yang digalakkan dan diwajibkan oleh syariat Islam.
Setiap perbuatan yang dilarang dan diharamkan oleh syariat Islam.
Apakah hukum mencegah kemungkaran
Wajib
Sunat
Makruh
Haram
Berikut adalah cara-cara mencegah kemungkaran kecuali
Mengubah dengan kuasa yang ada mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing.
Mencegah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik.
Membenci dan menjauhi kebaikan serta berdoa agar orang yang melakukannya diberikan hidayah untuk bertaubat.
Membenci dan menjauhi kemungkaran serta berdoa agar orang yang melakukannya diberikan hidayah untuk bertaubat.
Maksud halal ialah
Sesuatu yang dilarang oleh syarak.
Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak.
Sesuatu yang diyakini halal atau haram.
Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram.
Berikut adalah hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah
i. Menjaga kesucian dan kemuliaan agama.
ii. Membiarkan kemudaratan pada kesihatan badan
iii. Menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan gila
iv. Membiarkan nasab dan maruah rosak dengan mendekati perbuatan zina.
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Berikut adalah ciri-ciri orang yang mempunyai hati yang bersih kecuali
Mematuhi segala perintah Allah.
Mempunyai hasad dengki terhadap orang lain.
Sabar dan tenang dengan ujian daripada Allah SWT.
Gementar hatinya apabila mendengar nama Allah SWT.
Berikut adalah langkah untuk menjamin makanan, minuman dan barang-barang yang kita gunakan halal, suci dan selamat
i. Makan atau minum di restoran milik bukan Islam.
ii. Menyertai program-program di hotel yang memiliki sijil halal.
iii. Memastikan makanan, minuman, ubat-ubatan dan barang-barang yang digunakan mempunyai logo halal yang sah.
iv. Melibatkan diri dalam sebarang perniagaan yang mengandungi unsur gharar(tipu) dan riba.
i dan ii
ii dan iii
ii dan iv
iii dan iv
