wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021 (TINGKATAN 4)

Total questions: 60

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.
Jovi dan Jia Khai membeli ____________ di kedai buku itu.
a)
alat elektrik
b)
alat dapur
c)
alat tulis
d)
alat mainan
2.
Jun Keong membaca ________________ di bawah sepohon pokok yang rendang.
a)
buku cerita
b)
buku latihan
c)
buku tulisan
d)
buku tambahan
3.
Ayah menghadiahi ibu seutas ____________
sempena hari jadinya.
a)
rantai besi
b)
surat rantai 
c)
rantai palsu
d)
rantai emas
4.
Sebelum pulang, Jun Cheng ____________ kepada tuan rumah.
a)
minta maaf
b)
minta diri
c)
minta ampun
d)
minta nyawa
5.
Wil Liam membuang sampah ke dalam ____________.
a)
tong air
b)
tong besi
c)
tong minyak
d)
tong sampah
6.

Askar itu telah dinaikkan pangkat _________ berani menentang musuh.

a)

setelah

b)

meskipun

c)

lantas

d)

sekiranya

7.

Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ______________ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

a)

jika

b)

hingga

c)

ketika

d)

sementara

8.

Jalil didenda oleh pengetua __________ bergaduh dengan Osman.

a)

justeru

b)

yang

c)

kerana

d)

jika

9.

__________ anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari.

a)

Sekiranya

b)

Bahawa

c)

Demi

d)

Agar

10.

Buah-buah durian _________ dibelinya itu besar-besar semuanya!

a)

yang

b)

agar

c)

jika

d)

demi

11.

“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Usah

12.

Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan ________ belum diluluskan pihak pengurusan.

a)

agar

b)

walau bagaimanapun

c)

meskipun

d)

sekiranya

13.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

14.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

15.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

16.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

17.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak pemaju telah memberikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

a)

Telah memberikan penjelasan pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

b)

Penjelasan telah pihak pemaju berikan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

c)

Pihak pemaju telah berikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

d)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

18.

Pilih ayat aktif yang betul.

a)

Mimi membuka pintu pagar rumahnya.

b)

Pintu pagar rumahnya dibuka oleh Mimi.

19.
Pilih ayat aktif yang betul.
a)
Bakul itu diangkat oleh Pak Rahman.
b)
Ibu memetik sayur yang sudah matang.
c)
Batas itu digembur oleh mereka.
d)
Rumput itu Salmi sabit.
20.

Kenal pasti ayat pasif bagi ayat di bawah.


Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

a)

Menaiki bas mereka ke sekolah.

b)

Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

c)

Ke sekolah mereka menaiki bas.

d)

Bas mereka naiki he sekolah.

21.

Sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras dapat dimuatkan di dalam sebatang buluh.


Pilih ayat songsang yang betul.

a)

Sebatang buluh boleh memuatkan sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras.

b)

Dalam sebatang buluh, sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras dapat dimuatkan.

22.

Kelihatan beberapa orang murid berkejar-kejaran di padang.


Pilih ayat songsang yang betul.

a)

Di padang, kelihatan beberapa orang murid berkejar-kejaran.

b)

Murid-murid tu berkejar-kejaran di padang kelihatan beberapa.

23.

Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan.


Pilih ayat songsang yang betul.

a)

Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

b)

Di dalam almari perhiasan tersusun dengan kemas cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

24.

Tolong hantarkan jawapan pada hari esok.

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat silaan

25.

Keluar dari bilik ini!

a)

Ayat larangan

b)

Ayat permintaan

c)

Ayat suruhan

d)

Ayat silaan

26.

Minta kamu jelaskan yuran persatuan.

a)

Ayat permintaan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat silaan

27.

Pujuklah adikmu yang menangis itu, kasihanlah dia.

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat permintaan

28.

Ibu: Amira, masukkan beras itu ke dalam sarung ketupat.

Amira: ___________________________________________________

a)

Baiklah, ibu. Saya akan hidangkan kuih-muih ini kepada tetamu kita sekarang.

b)

Baiklah, ibu. Saya akan masukkan beras itu ke dalam sarung ketupat.

29.
Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.
a)
FN + FN
b)
FN + FS
c)
FN + FA
d)
FN + FK
30.
Bas Ekspres Nasional itu dari utara.
a)
FN + FA
b)
FN + FK
c)
FN + FN
d)
FN + FS
31.
Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.

a)
FN + FK
b)
FN + FA
c)
FN + FS
d)
FN + FN
32.

Nyatakan subjek bagi ayat berikut.


Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

a)

kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

b)

vitamin, mineral dan serat.

c)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

d)

sayur-sayuran kaya

33.

Nyatakan subjek bagi ayat berikut.


Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

hujung jalan itu

d)

keluarga Aznita

34.

Nyatakan predikat bagi ayat berikut.


Mak Siti mengajak anaknya ke pasar tani.

a)

Mak Siti

b)

Mak Siti mengajak anaknya

c)

ke pasar tani.

d)

mengajak anaknya ke pasar tani.

35.

Nyatakan predikat bagi ayat berikut.


Budak yang berbaju merah dan berbadan gempal itu ialah anak kesayangan saya.

a)

Budak yang berbaju merah

b)

Budak yang berbaju merah dan berbadan gempal itu

c)

dan berbadan gempal itu ialah anak kesayangan saya.

d)

ialah anak kesayangan saya.

36.

Yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik?

a)

A. Penggunaan ayat pasif .

b)

B. Kata pinjaman jarang digunakan .

c)

C. Penggunan kata pangkal ayat adalah setara.

d)

D. Banyak menggunakan ayat aktif

37.

Antara yang berikut , yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu Klasik ?

a)

A. Tidak wujud pendepanan predikat dalam binaan ayat.

b)

B. Banyak menggunakan partikal dalam ayat .

c)

C. Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan .

38.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu Klasik kecuali ?

a)

A. Menyerap unsur bahasa Jawa Kuno

b)

B . Meminjam beberapa unsur bahasa arab

c)

C. Mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit.

39.

Penjurit

a)

perajurit/pejuang/askar/tentera

b)

tentera laut

c)

polis

40.

manira

a)

kamu

b)

saya

c)

dia

41.

Alam dalam bahasa klasik disebut

a)

benua

b)

buana

c)

bumi

42.

radak-meradak

a)

siat-menyiat

b)

tusuk-menusuk

c)

tekan-menekan

43.

Bersedih hati, gelisah dan khuatir merupakan asal maksud perkataan

a)

Gempita

b)

Walang

44.

penggawa agung

a)

ketua kampung

b)

ketua balai

c)

ketua istana

45.

Bukan maksud "sebal"

a)

sedih

b)

kecewa

c)

marah

46.

Beta, santap, sembah dan berangkat merupakan contoh

a)

bahasa Melayu

b)

bahasa istana

c)

bahasa kayangan

47.

masyghul bermaksud

a)

kecewa

b)

lesu

c)

sedih

48.

Berikut merupakan maksud kata bahari dalam bahasa Melayu moden kecuali

a)

molek

b)

buruk

c)

indah

d)

bijaksana

49.

Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. Latar yang terdapat pada petikan tersebut ialah..

a)

Masyarakat yang prihatin

b)

Masyarakat yang suka mengambil tahu hal orang lain

c)

Masyarakat yang suka menyelesaikan masalah

d)

Masyarakat yang memahami

50.

Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit. Latar masa yang terdapat dalam petikan ialah..?

a)

Waktu Pagi

b)

Waktu Tengah Hari

c)

Menjelang Waktu Isyak

d)

Pukul 7 pagi

51.

Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap masyarakat yang prihatin?

a)

Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.

b)

Danel menyelamatkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.

c)

Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

d)

Penduduk kampung menyangka bahawa datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.

52.

Pernyataan manakah yang menggambarkan mengenai nilai baik hati?

a)

Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

b)

Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

c)

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

d)

Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.

53.

Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Kita perlulah bersikap setia terhadap pasangan kita.

b)

Kita haruslah sentiasa peka terhadap masalah orang lain

c)

Kita digalakkan untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

d)

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sedia kala.

54.

Jelaskan contoh konflik terhadap diri sendiri?

a)

Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.

b)

Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya

c)

Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.

d)

Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

55.

Novel JMJ menceritakan watak 'aku' yang disuruh oleh ibu menghabiskan cuti persekolahan di Kampung ____________.

a)

Sekolah

b)

Aman

c)

Sejahtera

d)

Sentosa

56.

Semasa di dalam bas, 'aku' telah membaca sebuah buku yang bertajuk _____________.

a)

Panduan Pemakanan Sihat Melalui Bijiran dan Protein

b)

Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayuran dan Buah-buahan

57.

Danel telah berhujah dengan datuk berkenaan dengan ___________.

a)

kelebihan sayur-sayuran berbanding buah-buahan

b)

kelebihan perubatan moden berbanding perubatan tradisional

c)

kelebihan buah-buahan berbanding sayur-sayuran

d)

kelebihan perubatan tradisional berbanding perubatan moden

58.
Watak Danel seorang yang
a)
suka membantu orang lain
b)
suka membantah cadangan orang lain
c)
suka menunjukkan kehebatan diri
d)
tidak suka bergaul dengan orang lain
59.
Antara persoalan JMJ ialah
a)
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
b)
penglibatan remaja dalam judi
c)
sifat suka berkebun dalam kalangan ibu-ibu
d)
kepentingan menjaga hubungan antara tetangga
60.
Antara konflik kisah JMJ ialah
a)
Danel ingin menanam pisang.
b)
Lili gembira bertemu neneknya di sawah.
c)
Datuk Lili tersinggung apabila Danel ingin membawa ayahnya berubat secara moden.
d)
Danel datang ke rumah datuk membawa makanan yang dimasaknya sendiri