Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2021(SBP)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Rajah 1 berkaitan dengan lambang kebesaran yang menjadi salah satu ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X?
A. Regalia
B. Tapak Sireh
C. Bahasa Melayu
D. Wilayah pengaruh
2. Maklumat berikut berkaitan dengan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
- Temenggung
- Laksamana
Apakah kesan pengenalan jawatan tersebut?
A. Keamanan terjamin
B. Percukaian yang adil
C. Perbendaharaan teratur
D. Adat Istiadat terpelihara
3. Revolusi Keagungan telah berlaku di England pada tahun 1688. Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pemerintahan di Thailand
Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut?
A. Mengekalkan warisan budaya
B. Mempertahankan kedaulatan
C, Menghapuskan kapitalis Barat
D. Memansuhkan hak wilayah asingan
5. Bagaimanakah pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris menyedarkan rakyat untuk menentang penjajah pada abad ke-20?
A. Membawa masuk ulama Kaum Muda
B. Menghasilkan karya nasionalisme
C. Mempopularkan idea revolusi
D. Menyebarkan gerakan Islah
6. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha Kaum Muda di negara kita pada awal abad ke-20.
A. prasarana madrasah
B. pemerintahan
C. kebudayaan
D. perniagaan
7. Gambar 1 menunjukkan pertemuan tiga tokoh pemimpin Kuasa Bersekutu di Yalta, Rusia ketika Perang Dunia Kedua.
Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang hasil pertemuan mereka?
A. Penguatkuasaan teknik serangan Blitzkrieg
B. Penyekatan serta merta serangan Jepun
C. Peningkatan kerjasama ketenteraan
D. Penamatan Operasi kod “D-Day”
8. Slogan berikut berkaitan dengan usaha Jepun menjayakan misi mereka ke negara kita.
''Asia untuk Orang Asia"
Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut?
A. Menyelamatkan negara Asia
B. Menonjolkan kehebatan kuasa Barat
C. Memenuhi hasrat penduduk tempatan
D. Menaikkan imej sebagai pembela Asia
9. Semasa pendudukan tentera Jepun, beberapa jawatan tinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
A. Semangat berkerajaan sendiri semakin meningkat
B. Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan
C. Slogan “Asia Untuk Asia” dilaksanakan
D. Imperialis Barat hilang pengaruh
10. Rajah 2 menunjukkan perubahan pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di negara kita.
Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut? PILIH DUA JAWAPAN
I. Melicinkan pentadbiran
II. Meningkatkan pelaburan
III. Mengukuhkan sistem beraja
IV. Membentuk perpaduan kaum
11. Ilustrasi 1 menunjukkan demonstrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua.
Mengapakah poster mereka mencatatkan “We Do Not Want To Be Colonised” dan “Leburkan Koloni”?
A. Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13
B. Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
C. British menindas penduduk tempatan
D. Vyner Brooke tua dan uzur
12. Rajah 3 menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu
Apakah sebab berlaku perubahan tersebut?
A. Tuntutan pelabur asing
B. Sokongan bukan Melayu
C. Cadangan Raja-raja Melayu
D. Desakan Parti Komunis Malaya
13. Gambar 2 menunjukkan tindakan sabotaj oleh komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
A. Melumpuhkan ekonomi British
B. Melengahkan kemaraan tentera
C. Memecah belahkan perpaduan
D. Membuktikan kekuatan
14. Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pegawai British di Tanah Melayu pada zaman darurat.
A. Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan
B. Pasukan keselamatan negara diperbesarkan
C. Kemerdekaan negara disegerakan
D. Kampung Baru diperluaskan
15. Jadual 1 berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan.
Sebagai pemimpin CLC, apakah yang akan dilakukan bagi merealisasikan moto tersebut?
A. Membentuk hala tuju yang sama
B. Memperjuangkan hak sama rata semua rakyat
C. Meningkatkan kesedaran pendidikan vernakular
D. Memperketat pemberian syarat kewarganegaraan
16. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Bagaimanakah penyata tersebut berusaha mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum di negara kita? PILIH DUA JAWAPAN
I. Penggunaan kurikulum yang seragam
II. Pengenalan buku teks berunsur tempatan
III. Pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
IV. Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama bagi semua
17. Jadual 2 berkaitan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Mengapakah Parti Perikatan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut?
A. Mengadakan kerjasama politik
B. Mendaftarkan calon lebih awal
C. Memperjuangkan hak sama rata
D. Meletakkan calon berpendidikan
18. Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanakah suruhanjaya tersebut berperanan membentuk perlembagaan bagi negara merdeka yang sejahtera? PILIH DUA JAWAPAN
I. Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum
II. Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk
III. Memastikan sistem kerajaan Persekutuan yang kuat
IV. Mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan
19. Antara berikut, apakah prasarana yang disediakan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk meraikan pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Rancangan berikut diperkenalkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
"Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961"
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
A. Memodenkan pendidikan
B. Memajukan perindustrian
C. Membangunkan infrastruktur
D. Membanteras ancaman komunis
21. Setem kenangan berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan kedaulatan negara kita?
A. Perkongsian sempadan negeri
B. Pengamalan adat resam yang sama
C. Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat
D. Keharmonian hidup dalam kalangan berbilang kaum
22. Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka.
A
B
C
D
23. Perkara berikut terlibat dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1965.
Bagaimanakah pindaan perlembagan 1963 mengukuhkan struktur mahkamah tersebut?
A. Membentuk Mahkamah Khas
B. Memperkenalkan Mahkamah Rayuan
C. Mewujudkan Mahkamah Persekutuan
D. Menubuhkan Mahkamah Tinggi Malaya
24. Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?
A. Mengesah pelantikan anggota Jemaah Menteri
B. Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan penting
C. Mempunyai kuasa budi bicara dalam pembentukan kerajaan
D. Memperkenan semua undang-undang yang diluluskan Parlimen
25. Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
A. Tertakluk kepada Akta Parlimen
B. Memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong
C. Terikat dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri
D. Melepasi tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
26. Logo berikut berkaitan pentadbiran Kerajaan Tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, di bawah senarai apakah pentadbiran tersebut diwartakan?
A. Senarai Persekutuan
B. Senarai Tambahan
C. Senarai Bersama
D. Senarai Negeri
27. Maklumat berikut berkaitan reaksi negara jiran terhadap pembentukan Malaysia.
Mengapakah Filipina memberi reaksi sedemikian?
A. Menuntut wilayah Sabah
B. Mempertahan keamanan serantau
C. Membantah dasar neokolonialisme
D. Memperjuang pembentukan Kesatuan Negeri Borneo
28. Antara berikut, yang manakah berkaitan kandungan dalam intipati Perjanjian Malaysia?
A. Perhubungan luar di bawah kuasa negeri
B. Pengagihan kerusi parlimen sama rata
C. Pemerintahan beraja mutlak
D. Pengiktirafan kedaulatan
29. Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah faktor pemisahan tersebut?
A. Hak sama rata semua kaum
B. Peningkatan ancaman komunis
C. Kebebasan bersuara secara mutlak
D. Penghapusan pasaran bersama disegerakan
30. Maklumat berikut berkaitan isu yang dihadapi oleh kerajaan semasa memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
Apakah usaha kerajaan untuk menangani masalah tersebut?
A. Mengukuhkan integrasi nasional
B. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
C. Menggerakkan industri pelancongan negara
D. Melibatkan sektor swasta dalam industri berat
32. Apakah yang mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1967?
A. Penubuhan Universiti Malaya
B. Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
C. Pembinaan sekolah teknik dan vokasional
D. Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan
33. Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974. Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
A.Membuka lebih banyak petempatan baharu
B. Menambahkan pengeluaran bahan makanan
C. Menaik taraf kemudahan kesihatan peneroka
D. Memberikan kemudahan kredit kepada petani
34. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) berjaya melahirkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Bagaimanakah hasrat tersebut tercapai?
A. Meramaikan golongan peneroka
B. Menggalakkan pemilikan saham amanah
C. Menubuhkan agensi pembangunan tanah
D. Membentuk kelas bumiputera komersial
35. Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia menggubal dasar luar yang dinamik dan berbaik-baik dengan semua negara. Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?
A. Mematuhi desakan negara luar
B. Menjaga kepentingan kuasa besar
C. Memelihara kedaulatan negara
D. Memenuhi tuntutan rakyat
36. Malaysia telah menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara berkonflik berikut.
Antara berikut, yang manakah tugas misi di negara tersebut? PILIH DUA JAWAPAN
I. Membantu pentadbiran
II. Mengadakan perjanjian
III. Mengawasi genjatan senjata
IV. Mendaulatkan undang-undang
37. Malaysia terlibat secara aktif menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Indochina terutamanya di Vietnam dan Kemboja. Mengapakah Malaysia berbuat sedemikian?
A. Memenuhi aspirasi kuasa besar
B. Menunjukkan kekuatan ketenteraan
C. Menjamin kestabilan rantau Asia Tenggara
D. Menggagalkan agenda penjajahan bentuk baharu
38. Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa.
Apakah matlamat pertubuhan tersebut?
A.Menyelesaikan konflik serantau
B. Mengukuhkan pakatan ketenteraan
C. Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali
D. Menjaga kepentingan masyarakat negara anggota
39. Krisis politik di Syria yang bermula pada tahun 2011 menyebabkan rakyat Syria menghadapi masalah kekurangan makanan dan kemudahan perubatan. Bagaimanakah rakyat Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat negara tersebut?
I. Menghantar pasukan tentera
II. Memberikan bantuan kemanusiaan
III. Menjalankan aktiviti kesukarelawanan
IV. Membangunkan kemudahan asas
40. Pengisytiharan Deklarasi Langkawi pada bulan Oktober 1989 membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara alam sekitar. Antara berikut, yang manakah usaha Malaysia untuk menjayakan deklarasi tersebut?
I. Melancarkan Tahun Melawat Langkawi
II. Melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara
III. Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara
IV. Mengutarakan Antartika sebagai warisan sejagat
31. Bagaimanakah Laporan Rahman Talib 1960 berusaha mengekalkan teras pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi? PILIH DUA JAWAPAN
i. Mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
II. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
III. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan negara
IV. Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan
