wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 4 | TAJUK 6 : REKA BENTUK DALAMAN

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah bukan ruang yang biasanya disusun atur oleh seorang pereka bentuk dalaman?

a)

Ruang hotel

b)

Ruang rumah kediaman

c)

Ruang landskap

d)

Ruang pejabat

2.

Apakah kelayakan minima yang perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin menjadi pereka bentuk dalaman profesional?

a)

Diploma

b)

Lepasan SPM

c)

Ijazah Sarjana Muda

d)

Ijazah Kedoktoran

3.

Gambar foto di atas menunjukkan susun atur ruang tamu bentuk __?

a)

U

b)

L

c)

H

d)

M

4.

Kaedah pengudaraan berkait rapat dengan aspek _______________.

a)

warna dinding

b)

susunan perabot

c)

pencahayaan

d)

saiz tingkap

5.

Antara berikut, yang manakah bukan peluang kerjaya yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk dalaman?

a)

Pelukis pelan

b)

Pereka set

c)

Pereka bentuk dalaman

d)

Pereka animasi

6.

Apakah tugasan yang dilakukan oleh seorang pelukis pelan?

a)

Mewujudkan persekitaran yang selesa, ideal dan menarik hasil gabungan kreativiti, teknikal dan kemahiran.

b)

Menyediakan kajian model, lakaran reka bentuk, lukisan kerja dan laporan berkaitan hiasan dalaman.

c)

Merancang rekaan set pentas, televisyen dan produksi filem serta drama.

d)

Menyediakan sebut harga dengan pembekal dan pekerja.

7.

Apakah maksud bidang reka bentuk dalaman?

a)

Bidang yang berkaitan dengan penataan ruang dan dekorasi dalaman.

b)

Bidang yang berkaitan dengan sains dan seni.

c)

Bidang yang berkaitan dengan hiasan landskap.

d)

Bidang yang berkaitan dengan mereka bentuk perabot.

8.

Ruang apakah yang ditunjukkan dalam gambar foto di atas?

a)

Ruang bilik

b)

Ruang makan

c)

Ruang tamu

d)

Ruang dapur

9.

Apakah skop kerja yang dilakukan oleh pereka set?

a)

Menyediakan lakaran, membina model dan prototaip.

b)

Memberi khidmat nasihat berkaitan warna dan bahan kemasan yang sesuai.

c)

Menyediakan lukisan 3D, model set, memberi taklimat dan memantau petugas teknikal.

d)

Menyemak lukisan perunding, merekod serta menyelenggara lukisan.

10.

Apakah faktor utama kaedah pencahayaan sesuatu ruang?

a)

Berkait dengan ukuran dan saiz manusia.

b)

Berkait dengan kedudukan pintu dan tingkap.

c)

Elemen yang melengkapkan sesuatu ruang dalaman.

d)

Membangkitkan warna dan keceriaan sesuatu ruang.

11.

Gambar foto di atas menunjukkan ruang dalaman sesuatu ______________.

a)

ruang tamu rumah

b)

ruang pameran

c)

ruang set pejabat

d)

ruang set pentas

12.

Jika sesebuah bilik diwarnakan dengan warna gelap, apakah kesan yang akan timbul?

a)

Bilik seakan luas

b)

Bilik seakan sempit

c)

Bilik kelihatan ceria

d)

Bilik sesuai untuk golongan remaja

13.

Jika dinding bilik tidur berwarna hijau muda, apakah warna langsir yang menimbulkan kesan harmoni dengan warna bilik tersebut?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Biru

d)

Hitam

14.

Faktor yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menjadikan ruang sempit di dalam sesuatu bilik agar menjadi luas?

a)

Susunan perabotnya

b)

Pilihan warna dan saiz perabot

c)

Peredaran udara

d)

Saiz perabotnya

15.

Keceriaan dan keselesaan sesebuah bilik atau ruang dapat ditentukan melalui ________________.

a)

cahaya prisma

b)

penyerap cahaya

c)

lampu neon

d)

cahaya

16.

Untuk mewujudkan suasana bersih dan nyaman dalam bilik, warna seperti ________, ________, dan ________ sesuai digunakan.

a)

putih, merah, jingga

b)

putih, hitam, merah

c)

putih, putih susu, kuning cair

d)

putih, merah, biru

17.

Jika siling rumah terlalu rendah, warna apakah yang paling sesuai digunakan?

a)

Putih

b)

Hitam

c)

Merah

d)

Biru

18.

Untuk menambahkan kesan cahaya dalam sebuah bilik tidur, kita perlu __________________________.

a)

menambah penggunaan mentol

b)

menggunakan mentol yang berkuasa tinggi

c)

menambah jumlah tingkap di bilik

d)

menggunakan mentol yang berkuasa rendah

19.

Dinding yang berwana gelap akan menjadikan dinding kelihatan __________.

a)

luas

b)

sempit

c)

pendek

d)

kotor

20.

Kertas dinding yang berwarna merah jambu amat sesuai untuk bilik tidur _______________.

a)

remaja lelaki

b)

remaja perempuan

c)

tetamu

d)

pasangan dewasa

21.

I. Teknologi

II. Keselamatan

III. Kejuruteraan

IV. Bahan kemasan

Antara yang berikut, yang mana satukah kemahiran dan pengetahuan yang perlu diketahui oleh pereka bentuk dalaman?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Berikut merupakan simbol-simbol yang digunakan dalam pelan lantai.

Manakah simbol bagi pintu?

a)
b)
c)
d)
23.

Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan warna dan bahan kemasan berdasarkan konsep dan tema yang dipilih.

Apakah kerjaya yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?

a)

Pelukis set

b)

Pereka pelan

c)

Pereka ruang pameran

d)

Perunding warna dan bahan kemasan

24.

Seorang pereka bentuk dalaman perlu memiliki kepakaran dalam kemahiran berikut, kecuali _____________.

a)

susun atur ruang

b)

lukisan pelan

c)

menjahit pakaian

d)

pemilihan bahan kemasan

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencahayaan dalam reka hiasan dalaman?

a)

Berkait dengan ukuran dan saiz seperti berat dan ketinggian.

b)

Berfungsi menyerikan suasana, keselesaan dan membangkitkan perasaan.

c)

Berkait dengan rekaan baju mengikut peredaran zaman.

d)

Berfungsi menyuramkan suasana dan memilukan perasaan.

26.

Keceriaan dan keselesaan sesebuah bilik atau ruang dapat ditentukan melalui _________________.

a)

cahaya prisma

b)

penyerap cahaya

c)

lampu neon

d)

cahaya

27.

Maklumat di bawah menerangkan tentang kerjaya pereka bentuk dalaman.

Skop kerjaya meliputi penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod serta penyelenggaraan lukisan.

Apakah bidang kerjaya tersebut?

a)

Pelukis Pelan

b)

Perunding Bahan

c)

Pereka Set Pentas

d)

Kontraktor Hiasan Dalaman

28.

Gambar menunjukkan susun atur ruang dapur bentuk ___.

a)

U

b)

L

c)

H

d)

N

29.

Berikan definisi paling tepat tentang reka bentuk hiasan dalaman berkonsep kontemporari.

a)

Reka bentuk moden.

b)

Reka bentuk tahun 90-an.

c)

Gabungan reka bentuk lama dan baharu.

d)

Reka bentuk berkonsepkan masa kini dan masa depan.

30.

Mengapakah susun atur ruang dapur yang menggunakan reka bentuk konsep kontemporari banyak menggunakan susunan bentuk H?

a)

Konsep H mengurangkan kos.

b)

Kelihatan bergaya dan mewah.

c)

Ruang akan kelihatan lebih luas.

d)

Memudahkan penyimpanan barang.

31.

Antara berikut yang manakah tidak diperlukan sebagai asas bagi seorang pereka bentuk dalaman?

a)

Bahan kemasan

b)

Melukis pelan

c)

Teknologi perisian komputer

d)

Kaya

32.

Berapakah tempoh minimum bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Dalaman?

a)

1 tahun 5 bulan

b)

2 tahun 6 bulan

c)

3 tahun

d)

4 tahun

33.

Apakah pekerjaan yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

a)

Pereka bentuk dalaman

b)

Pelukis pelan

c)

Perunding warna

d)

Pereka set

34.

Apakah peluang perkerjaan yang boleh ditawarkan berdasarkan gambar di atas?

a)

Pelukis Pelan

b)

Pereka Ruang Pameran

c)

Pereka Set

d)

Perunding Warna dan Bahan Kemasan Binaan

35.

Siapakah yang berperanan dalam merancang reka bentuk ruang pameran dalam sesebuh muzium?

a)

Pereka Ruang Pameran

b)

Pelukis Pelan

c)

Pereka Set

d)

Pereka Bentuk Dalaman

36.

Antara berikut yang manakah bukan elemen penting dalam sesebuah reka bentuk dalaman?

a)

Pencahayaan

b)

Pengudaraan

c)

Antropometrik

d)

Konsep kontemporari

37.

Apakah kaedah reka bentuk dalaman yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Pengudaraan

b)

Pencahayaan

c)

Peranginan

d)

Kemewahan

38.

Apakah konsep ruang pada gambar?

a)

Tradisional

b)

Moden

c)

Klasik

d)

Purba

39.

Berikut merupakan peranan dan fungsi reka bentuk hiasan dalaman sesebuah bangunan, kecuali ___________________.

a)

Mencantikkan ruang dalaman

b)

Menjadikan ruang sempit kelihatan luas

c)

Menjadikan rumah kecil menjadi besar

d)

Menjadikan rumah yang murah kelihatan mewah

40.

Apakah prinsip reka bentuk hiasan dalaman yang digunakan dalam gambar di atas?

a)

Imbangan

b)

Kesatuan

c)

Harmoni

d)

Kontra