Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH PRA-SPM 2021/2022

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut berkaitan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.

* Raja

* Undang-undang

* Wilayah Pengaruh

* X


Apakah X

a)

Rakyat

b)

Kerajaan

c)

Kedaulatan

d)

Lambang Kebesaran

2.

Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan. Apakah jawatan yang berperanan menjaga keselamatan Kota Melaka?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

3.

Gambar 1: Dato' Onn Jaafar


Apakah pendapat beliau berkaitan maksud nasionalisme?

a)

Mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia

b)

Mengembalikan hak mutlak bangsa

c)

Mewujudkan bangsa yang teguh

d)

Menuntut kesetiaan ulung individu

4.

Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme barat pada abad ke-19. Apakah seruan gerakan tersebut?

a)

Menyebarkan ideologi demokrasi

b)

Mengekalkan pendidikan tradisional

c)

Mengukuhkan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Mengamalkan pemikiran Islam yang sebenar

5.

Bagaimanakah British menyekat kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Pertama?

a)

Memperkenalkan undang-undang

b)

Menubuhkan pasukan ketenteraan

c)

Mengawal pergerakan parti politik

d)

Mewujudkan badan perisik

6.

Gambar tersebut adalah novel karya Ahmad Murad Nasaruddin pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Apakah mesej yang disampaikan melalui karya tersebut?

a)

Peluang dalam pentadbiran

b)

Perjuangan seorang wira

c)

Perpaduan antara kaum

d)

Pendidikan golongan wanita

7.

Bagaimanakah cara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union?

a)

Melalui ugutan

b)

Melalui desakan

c)

Memalsukan dokumen

d)

Membuat pakatan

8.

Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

a)

Menghadapi masalah perwarisan takhta

b)

Menamatkan pemberontakan rakyat

c)

Memodenkan sistem pentadbiran

d)

Mengekalkan sistem monarki

9.

Apakah matlamat Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan oleh British pada 25 Julai 1946?

a)

Membentuk kabinet bayangan

b)

Mengembalikan keamanan negara

c)

Mewujudkan sistem pengagihan kuasa

d)

Membincangkan asas perjanjian baharu

10.

Bagaimanakah kewarganegaraan secara pendaftaran diperoleh dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Berkelakuan baik

b)

Memahami adat resam

c)

Mahir membaca dan menulis

d)

Bermaustautin selama 10 tahun

11.

Gambar 3 menunjukkan pihak yang terlibat dalam Rundingan Baling pada 28 Disember 1955. Apakah tuntutan pihak kerajaan terhadap Parti Komunis Malaya dalam rundigan tersebut?

a)

Mendaftarkan pertubuhan

b)

Membayar ganti rugi

c)

Meletakkan senjata

d)

Menyerah diri

12.

Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangn di Tanah Melayu. Apakah kesan situasi tersebut?

a)

Peningkatan harga barang

b)

Pertambahan buruh asing

c)

Pengawalan barang import

d)

Perkembangan tanaman dagangan

13.

Masalah ketegangan kaum yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

Bagaimanakah CLC berusaha menangani cabaran tersebut?

a)

Menamatkan darurat

b)

Mengadakan rundingan

c)

Menubuhkan parti politik

d)

Mengukuhkan pentadbiran

14.

Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951?

a)

Melindungi institusi beraja

b)

Melaksanakan pendidikan sekular

c)

Memperkenalkan kurikulum baru

d)

Melatih pendudukan tempat

15.

Gambar tersebut berkaitan perkara yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali di negara kita. Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada gambar tersebut?

a)

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

b)

Pengamalan sistem demokrasi

c)

Pemusatan kuasa pentadbiran

d)

Pembentukan Jemaah Menteri

16.

Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?

a)

membincangkan soal kewangan

b)

mengesahkan rang undang-undang

c)

meningkatkan hubungan diplomatik

d)

memperkenalkan prinsip kesamarataan

17.

Jadual berikut berkaitan Rundingan Kemerdekaan di London. Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan tersebut?

a)

menuntut tarikh kemerdekaan

b)

melaksanakan pilihan raya umum

c)

memperakui pelantikan Menteri Kabinet

d)

membentuk Majlis Perundangan Persekutuan

18.

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat reaksi daripada parti-parti berikut:

*UMNO

*Parti PAS

*Parti Negara


Apakah persamaan reaksi tersebut?

a)

mengkritik sistem birokrasi barat

b)

menolak syarat kewarganegaraan

c)

meneruskan pendidikan vernakular

d)

memartabatkan bahasa kebangsaan

19.

Gambar merujuk kepada ucapan penurunan bendera Union Jack pada malam 30 Ogos 1957 di Tanah Melayu. Apakah simbolik peristiwa tersebut?

a)

Pemansuhan Malayan Union

b)

Permulaan Gagasan Malaysia

c)

Pengakhiran pentadbiran British

d)

Pemasyuran Yang di-Pertuan Agong

20.

Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara Komanwel selepas merdeka?

a)

memastikan negara bebas senjata nuklear

b)

menyuburkan kebudayaan serantau

c)

mengukuhkan pertahanan negara

d)

mengamalkan dasar berkecuali

21.

Maklumat berikut berkaitan dengantakrif kedaulatan dalam Bahasa Arab.


Daulah


Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

keadilan sistem perundangan

b)

kekuatan semangat beragama

c)

kerajaan bebas dan merdeka

d)

kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

22.

Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mewujudkan perpaduan kaum pada masa kini?

a)

memantapkan hubungan diplomatik

b)

mengukuhkan bidang ketenteraan

c)

menggalakkan pelaburan asing

d)

mengamalkan semangat toleransi

23.

Apakah bidang kuasa raja sebagai ketua eksekutif di peringkat negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan?

a)

menganugerahkan bintang kehormat

b)

mengetuai pasukan keselamatan

c)

menguruskan perbendaharaan kerajaan

d)

mengisytihar undang-undang darurat

24.

Mengapakah perlembagaan Tanah Melayu 1957 telah dipinda pada tahun 1963?

a)

Pembubaran Parlimen

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pemisahan Singapura

d)

Pengenalan Rukun Negara

25.

Maklumatberikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua


* Negeri-negeri Melayu Bersekutu

* Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut?

a)

Raja Melayu kekal berdaulat

b)

Hubungan dengan Siam diperkukuh

c)

Pembesar kekal sebagai penasihat

d)

Kuasa negeri diselaraskan

26.

Rajah berkaitan dengan prinsip kebebasan asasi dalam Perlembagaan Malaysia.


Apakah tujuan prinsip tersebut dilaksanakan?

a)

mempelbagaikan undang-undang

b)

mengelakkan ancaman luar

c)

menjamin keadilan awam

d)

menepati syarat kewarganegaraan

27.

Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan Perlembagaan Malaysia?

a)

Kebajikan awam

b)

Kerajaan tempatan

c)

Kebudayaan dan sukan

d)

Keselamatan dalam negeri

28.

Apakah tujuan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2013?

a)

membangunkan infrastruktur

b)

menjaga keselamatan rakyat

c)

membina petempatan baharu

d)

memajukan kawasan perairan

29.

Mengapakah Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada Januari 1962?

a)

meninjau reaksi penduduk

b)

menyebarkan maklumat tentang Malaysia

c)

menyediakan rangka perlembagaan

d)

mengemukakan laporan kepada British

30.

Gambar merujuk kepada majlis menandatangani Perjanjian Persetujuan Normalisasi di Jakarta pada 11 Ogos 1966


Apakah kepentingan perjanjian tersebut?

a)

Pengukuhan hubungan diplomatik

b)

Penetapan sempadan perairan

c)

Persefahaman dalam budaya

d)

Penyelarasan kadar cukai

31.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?

a)

Sikap masyarakat tempatan

b)

Kekurangan tenaga kerja

c)

Keluasan muka bumi

d)

Bahan mentah terhad

32.

Maklumat berikut berkaitan usul Tunku Abdul Rahman ketika membahaskan pemisahan Singapura daripada Malaysia.


Apakah isu yang membawa kepada usul tersebut?

a)

Bekalan air

b)

Pengangkutan

c)

Hak sama rata

d)

Royalti petroleum

33.

Apakah resolusi yang dicapai melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 22 Jun 1956?

a)

Pengajian Melayu di UKM diperkenalkan

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah

d)

Pemerkasaan sekolah menengah aliran Melayu

34.

Gambar menunjukkan dua orang penggiat seni di negara kita.


Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

menyemarakkan penulisan kreatif

b)

memperkasakan industri perfileman

c)

memartabatkan muzik tradisional

d)

memperjuangkan kesenian rakyat

35.

Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan bagi membangunkan masyarakat bumiputera di negara kita.


* Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA

* Institut Latihan Perindustrian (ILP)


Apakah kesan penubuhan institusi tersebut?

a)

Melahirkan siswazah bumiputera

b)

Mengurangkan kadar buta huruf

c)

Mewujudkan identiti bangsa

d)

Meningkatkan taraf hidup

36.

Bagaimana strategi berikut dapat memastikan kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?


* Estet Perindustrian

*Taman Teknologi Perindustrian

* Zon Perindustrian Bebas

a)

Penyelidikan pertanian dipergiatkan

b)

Penubuhan koperasi peladang

c)

Pelaburan modal bertambah

d)

Penerokaan tanah baru diperkenalkan

37.

Antara berikut yang manakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Keperluan Nasional

b)

Ikatan Sejarah

c)

Pengaruh Luar

d)

Desakan Antarabangsa

38.

Apakah sumbangan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam bidang pendidikan?

a)

pembangunan pusat serantau pendidikan

b)

penubuhan universiti antarabangsa

c)

pembinaan makmal penyelidikan

d)

penambahan institusi tahfiz

39.

Bagaimanakah Malaysia menyelesaikan isu tuntutan bertindih pulau berikut?


* Pulau Batu Putih

* Pulau Sipadan

* Pulau Ligitan

a)

Mengisytiharkan Zon Aman Bebas dan Berkesuali

b)

Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif

c)

Merujuk kepada Mahkamah Antarabangsa

d)

Membahaskannya dalam forum ASEAN-China

40.

Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Oranisasi Human Care Malaysia (MyCare) kepada rakyat Syiria?

a)

Ketenteraan

b)

Kepimpinan

c)

Kemanusiaan

d)

Kebudayaan