WorksheetsBahasa Melayu 5 TA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih struktur ayat yang betul.
Encik Danial berasal daripada Teluk Intan.
Encik Danial berasal dari Teluk Intan.
Pilih struktur ayat yang betul.
Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.
Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Ayah membeli beg tangan untuk ibu.
Ayah membeli beg tangan bagi ibu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.
Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Ibu menyiang ikan keli di dapur.
Ibu menjerang ikan keli di dapur.
Pilih struktur ayat yang betul.
Bola itu ditendang oleh Ramli.
Bola itu menendang Ramli.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kakak sedang menanak nasi di dapur.
Kakak sedang memasak nasi di dapur.
Pilih struktur ayat yang betul.
Sungguh cantik kereta itu.
Benar cantik van itu.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kami dihujani hujan semalam.
Kami kena hujan semalam.
Pilih struktur ayat yang betul.
Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.
Pokok pisang itu ayah saya tanam.
Pilih struktur ayat yang betul.
Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu.
Medina mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
Pilih struktur ayat yang betul.
Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.
Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.
Pilih struktur ayat yang betul.
Batu karang boleh didapati di dasar laut.
Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Pilih struktur ayat yang betul.
Nama kamu siapa?
Nama kamu siapakah?
Pilih struktur ayat yang betul.
Dia sukar tidur di waktu siang.
Bungkusan merah ini daripada siapa?
" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Abraham kepada penjual di pasar itu.
sebiji
seulas
sehiris
sepapan
Kakak menggunakan banyak ............... perca kain yang berwarna-warni untuk dibuat alas kaki.
cebis
gumpal
bidang
gulung
Ilyas membeli sebatang tebu dan memotongnya kepada beberapa ............... untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.
biji
ruas
hiris
ketul
Insyirah mempunyai beberapa ............... rumah sewa di Kampung Tabura.
rangkai
pintu
papan
bidang
Hawa telah menjumpai ............... kunci di tepi jalan raya sewaktu dia menjalani latihan merentas desa.
sekeping
serumpun
sejambak
seutas
Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.
biji
potong
ketul
butir
Untuk memasak rendang itik, kita perlulah memasukkan ............... asam gelugur dan beberapa ............... bawang merah.
sepotong .... biji
sekeping .... ulas
sehiris .... ulas
seketul .... biji
Darwisyah menggunakan ............... tanah liat untuk dijadikan pinggan tembikar.
sekepul
segugus
setompok
segumpal
Pak Harith menanam beberapa ............... sayur sawi dan tiga ............... serai di tepi rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada minggu ini.
ikat .... jambak
baris .... pucuk
deret .... kelompok
batas .... rumpun
Hanya ............... remaja di Kampung Kenanga dan Jassvini yang mendapat peluang masuk ke beberapa ............... institusi pengajian tinggi awam.
sekumpulan .... baris
sekelompok .... deret
segolongan .... biji
segelintir .... buah
