WorksheetsSistem Bahasa PT3
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah________ harap diampun," kata Datuk Panglima kepada baginda sultan.
hamba
tuanku
patik
beta
Tiang lampu itu___________ kerana dilanggar lori.
lekuk
benjol
bengkak
bengkok
"Berapakah harga lima____________petai ini?" tanya Puan Mariam kepada peniaga itu.
biji
ulas
buah
papan
Encik Lim menggunakan pemutar skru untuk_____________penutup tin cat yang baru dibelinya.
menarik
menebuk
mengorek
mencungkil
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Senarai (A) barang-barang keperluan telah diedarkan oleh pihak (B) urus setia kepada peserta kursus kepimpinan (C) pengawas sebelum pendaftaran.
(D) Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Gadis (A)manis berbaju kebaya (B)merah jambu itu kelihatan (C)anggun apabila mengenakan pakaian tradisional tersebut.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Penunggang motosikal dinasihatkan (A)agar tidak memecut dan berwaspada (B)bila melalui selekoh yang (C)kadangkala amat berbahaya kepada diri dan pengguna jalan yang lain.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Azlan dan ahli keluarganya begitu (A)ceria dan bergembira ketika (B)mengacau dodol dan (C)merebus lemang untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari esok.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Tandakan ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Setiap orang mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu perkara.
Pandangan di atas bukit itu sangat cantik terutama pada waktu pagi.
Pandangan wanita tua itu tertumpu kepada cucunya yang sedang bermain tingting.
Murid-murid pandangan sambil tersenyum sebelum menjawab pertanyaan guru mereka.
Tandakan ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Zamani mencelah kakinya di dalam air tasik yang jernih itu.
Pelumba-pelumba motosikal itu saling mencelah antara sesama mereka.
Ibu sering mengingatkan kami supaya tidak mencelah semasa orang tua sedang bercakap.
Datuk tersenyum apabila melihat buah rambutan di kebunnya sudah mula mencelah.
........ makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan obesiti.
Penyerapan
Penerimaan
Pengambilan
Penghadaman
Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi ....... lemak dan minyak.
mengandung
mengandungi
terkandung
kandungan
Kesedaran orang ramai untuk mengubah gaya hidup sangat penting untuk menangani masalah ........ mudah dihadapi oleh masyarakat.
pelbagai penyakit-penyakit
pelbagai penyakit
pelbagai-pelbagai penyakit
pelbagai-pelbagai penyakit-penyakit
Kita perlu menjaga kesihatan dan pemakanan kerana tanpa kesihatan yang baik kita mudah ......... penyakit.
serang
menyerang
diserang
berserang
Kebanyakan remaja Malaysia ........ kerana cara pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlebihan-lebihan.
penyakit
menyakiti
berpenyakit
brepenyakitan
Kempen menderma darah sering dilakukan untuk ....... masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.
ingat
mengingati
mengingatkan
pengingatan
Makanan ringan ........ serat, vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan.
kurang
kekurangan
berkurangan
pengurangan
Persekitaran dunia digital menjadikan para pengguna berasa ...... ketika menggunakannya.
leka
ghairah
girang
gilau
Ibu bapa bertanggungjawab menjaga keselamatan anak ........... dengan menyediakan suasana hidup yang selamat.
kalian
mereka
kamu
kami
Semua pengguna jalan raya harus ........ peraturan di jalan raya dan memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan.
mematuhi
kepatuhan
pematuhan
patuh
Semua murid yang menyertai perkhemahan itu perlu memastikan aspek ....... dijaga sepanjang perkhemahan itu nanti.
selamat
terselamat
penyelamat
keselamatan
Berdasarkan gambar, pilih jawapan yang paling tepat.
Radzi telah ____________ pintu biliknya dengan kuat sekali untuk menunjukkan kemarahannya yang meluap-luap apabila mendapat tahu dia ditipu oleh sahabatnya sendiri.
menghempap
menghempas
menghempuk
menendang
Ibnu Khaldun merupakan _________ Islam yang banyak menyumbangkan idea dan panduan tentang asas pembinaan tamadun manusia.
ilmuwan
karyawan
dermawan
budayawan
Hasil daripada __________ yang diterima daripada orang ramai menunjukkan bahawa kenaikan harga barangan asas amat membebankan pengguna.
soal selidik
kaji selidik
temu ramah
maklum balas
