NEW
Font size
WorksheetsSIMPULAN BAHASA TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Kamu jangan __________ dalam perbalahan itu," kata Pak Suhud kepada Mak Lijah.
cepat tangan (bermaksud suka mencuri)
ringan tangan (bermaksud suka membantu orang lain)
campur tangan (bermaksud mengambil tahu hal orang lain)
panjang tangan (bermaksud suka mencuri)
Mustakim Billah Shah seorang yang __________ walaupun beliau seorang yang kaya raya.
ringan kepala (bermaksud orang yang mudah memahami sesuatu perkara)
ringan mulut (bermaksud peramah)
rendah diri (bermaksud tidak sombong)
ringan tangan (bermaksud orang yang suka membantu orang lain)
Di dalam Tahun Empat Afnan, hanya Siti Nur Shamimi seorang __________. Apabila ada perlawanan antara kelas, dia hanya sebagai penonton sahaja.
kaki ayam (bermaksud tidak memakai kasut)
kaki bangku (bermaksud tidak tahu bermain bola)
kaki temberang (bermaksud orang yang suka bercakap bohong)
kecil hati (bermaksud berasa tersinggung)
Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Mohd Fatah Aminudin Shakir hidup ______________.
ringan tulang (Orang yang rajin)
sebatang kara (Tidak beribu bapa dan saudara mara)
nyawa-nyawa ikan (Hampir-hampir mati)
berat tulang (Orang yang malas)
Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.
berat mulut (bermaksud pendiam)
mulut tajam (bermaksud suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas)
mulut murai (bermaksud orang yang suka bercakap banyak)
mulut tempayan (bermaksud orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)
Penduduk Kampung Kuala Kunta Kente berasa __________ kerana kampung kami sering dikunjungi oleh pelancong asing.
iri hati (bermaksud cemburu)
sakit hati (bermaksud tersinggung dan marah kerana dihina misalnya)
tawar hati (bermaksud tidak bersemangat lagi)
besar hati (bermaksud bangga)
Murid baru itu ____________ kepada ketua darjah 4 Arif.
ada bakat (bermaksud bermaksud ada kemahiran)
ada hati (bermaksud bermaksud menaruh perasaan kepada seseorang)
ada angin (bermaksud bermaksud berkelakuan lain daripada biasa)
ada sengat (bermaksud bermaksud ada kuasa)
Saya harap tiada siapa yang ber____________ terhadap apa yang saya katakan tadi kerana semuanya adalah benar belaka.
senyum kambing (bermaksud senyum mengejek)
atas pagar (bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak)
kecil hati (bermaksud merajuk atau rasa tersinggung)
batu api (bermaksud penghasut)
"Cadangan yang diberikan oleh Encik Nazir itu nampaknya __________ juga," kata Tuan Amirul Suresh.
otak udang (bermaksud bodoh)
otak kering (bermaksud orang yang tidak berapa siuman)
masuk akal (bermaksud pendapat atau saranan yang boleh diterima)
masuk campur (bermaksud mencampuri hal orang lain)
Puan Rozana __________ melihat barang perhiasan yang cantik-cantik di kedai perhiasan itu.
rambang mata (bermaksud tidak tahu yang mana satu untuk dipilih)
salah langkah (bermaksud tersilap melakukan sesuatu)
rabun ayam (bermaksud kurang jelas penglihatan pada waktu senja)
sakit mata (bermaksud tidak suka melihat sesuatu yang tidak menyenangkan hati)
Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah semua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.
ringan tulang
ayam tambatan
berputih mata
mata keranjang
Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
Perilaku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
buah mulut
buah fikiran
buah cakap
buah-buahan
