WorksheetsKertas 1 BM PT3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Kota Bharu.
A. merejam
B. melontar
C. melempar
D. membaling
Dompet itu diperbuat ____________ kulit ikan pari.
A. dari
B. oleh
C. pada
D. daripada
Abang terpaksa___________basikal kerana tayar basikalnya bocor.
A. menolak
B. menonton
C. menuntun
D. mengheret
Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah _______ senja.
A. gelap-gelap
B. samar-samar
C. balam-balam
D. remang-remang
Rombongan ........................... dari Jepun telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.
A. karyawan
B. usahawan
C. sejarawan
D. budayawan
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.
Pihak polis menjelaskan bahawa pemuda terencat akal
yang hilang itu telah ditemui petang semalam. Tiada
kesalahan.
A. menjelaskan
B. terencat
C. ditemui
D. Tiada kesalahan.
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
Penghasilan puisi yang menarik akan mementingkan keseragaman bunyi di hujung keratan perkataannya. Tiada kesalahan.
A. Penghasilan
B. keseragaman
C. keratan
D. Tiada kesalahan.
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
Polis berpendapat bahawa perdedahan terhadap unsur ganas dalam televisyen menjadi punca gejala buli di sekolah. Tiada kesalahan.
A. berpendapat
B. perdedahan
C. punca
D. Tiada kesalahan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Dia memerah mukanya dengan pewarna.
II Manjit sedang memerah susu lembu.
III Langit di sebelah barat sudah mulai memerah.
IV Siang malam dia memerah keringat mencari duit.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. III dan IV sahaja.
II, III dan IV sahaja.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Dia terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kereta.
II Pelanggaran lampu isyarat sering berlaku di kawasan itu.
III Pelanggaran Portugis terhadap Melaka berlaku pada tahun 1511.
IV Dia telah dipenjarakan atas tuduhan pelanggaran hak asasi manusia.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.
Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
Shafiq berulang kali menasihatkan adik supaya berubah perangai yang buruk.
A. berulang kali nasihat
B. berulang kali menasihat
C. berulang kali menasihati
D. berulang kali menasihatkan
Irfan masih belum bertemu dengan calon isteri yang sesuai.
A. belum bertemu
B. masih belum temu
C. masih belum ditemu
D. masih belum bertemu
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Amalan gotong-royong dapat mewujudkan suasana harmoni antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat.
A. Masyarakat harmoni dapat diwujudkan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat.
B. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan kegiatan bergotong-royong supaya hubungan harmoni antara satu sama lain dapat diwujudkan.
C. Amalan bergotong-royong, masyarakat akan hidup dalam suasana harmoni.
D. Masyarakat perlu mengamalkan hubungan harmoni kerana bergotong-royong dalam masyarakat digalakkan.
Gejala buli kian menular dalam kalangan pelajar malah turut melibatkan murid di sekolah rendah.
A. Pelajar terlibat dalam masalah buli di sekolah menengah juga didapati melakukannya di sekolah rendah.
B. Murid-murid di sekolah rendah terlibat dalam masalah buli sehingga menular ke sekolah menengah.
C. Masalah buli kian menular dalam kalangan pelajar sekolah malah turut berlaku di sekolah rendah.
D. Masalah pelajar di sekolah rendah dan menengah ialah kesukaran menangani kes-kes buli.
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Encik Lim singgah di kedai Dobi untuk mengambil beberapa helai pakaiannya.
II Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, tetapi dia masih belum dapat melupakannya.
III Halim bercadang membuka perniagaan secara kecil-kecil dahulu sebagai bermula pengalamannya di bidang perniagaannya.
IV Persahabatan Julia dan Nazirah sudah terjalin sejak mereka masih di bangku sekolah lagi.
A. II dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang berikut.
Anak raja itu gemar bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira kedudukan malahan baginda sangat gemar berkunjung ke kampung-kampung di kawasan pedalaman. Keadaan ini menunjukkan bahawa situasi ini bersesuaian dengan peribahasa .
A. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
B. ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
C. ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk.
D. batu yang bergolek tidak akan menyerimpan lumut.
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan usaha kecuali
A. yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang
B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
D. jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Azhan dan adiknya sedang ______ badan sebelum memulakan larian.
mendidihkan
menyejukkan
melembutkan
memanaskan
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Sempena ulang tahun perkahwinan, ibu membelikan sebuah buku agama kepada ayah.
ibu membeli ayah sebuah buku agama
ibu membelikan ayah sebuah buku agama
ibu membeli kepada ayah sebuah buku agama
ibu membelikan sebuah buku agama kepada ayah.
Bagai kacang lupakan kulit
Pengajaran yang diperoleh daripada maksud peribahasa di atas ialah
kita perlu sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
kita perlu mengenang budi seseorang yang telah banyak berjasa kepada kita.
kita perlu mengikis sikap menyombong diri agar disenangi oleh semua orang.
kita perlu mengubah nasib kita kerana hanya kita yang mampu
mengubahkannya.
